Keghairahan Mencari Harta, Mengejar Dunia

written by bersahaje on January 15th 2012

emas Keghairahan Mencari Harta, Mengejar Dunia

Sedar tak sedar, kini dah pun masuk tahun 2012. Kalau barat keparat kata, the end of the day. Ya lah, dia orang memang nak menyesatkan manusia seluruh dunia. Sesuka hati nak cakap macam tu. Kita sebagai manusia yang berpegang pada ajaran Islam dan keimanan, tidak boleh langsung mempercayai dakyah songsang. Ada sesetengah pihak dan kawan-kawan hampir mempercayai. Walaupun bunyi macam tak percaya, tapiitu lah hakikatnya.

Ini disebabkan, National Geography pernah menayangkan beberapa siri kajian secara scientific, mengatakan pada 12 hari bulan Disember, matahari akan mengeluarkan beberapa letupan yang mengakibatkan suhu dunia berubah dan kemungkinan besar tiada hidupan yang survive. Itu hanyalah kajian dan tidak sememstinya kita perlu percaya dan terus melatah membuat kesimpulan bahawa, itulah tandanya kiamat. Nonsense! kalu pun itu adalah kebenaran, tetapi membuat kesimpulan hari kiamat pada waktu dan tarikh yang ditetapkan oleh manusia sendiri adalah salah dan terpesong akidah! Jadinya, kalau menonton movies Hollywood, buat lah ia hanya hiburan untuk release stress sahaja. Jangan sampai dijadikan pedoman dan lekat dalam hati. (more…)

Posted in Diari

Rahsia Kahwin: Jangan di Salah Erti

written by bersahaje on September 12th 2011

perkahwinan1 Rahsia Kahwin: Jangan di Salah Erti

Semakin lama, usia kita semakin bertambah. Pemikiran dan cara hidup juga akan berubah. Salah satu perubahan dalam hidup yang kita akan kecapi adalah alam perkahwinan. Alam di mana tanggungjawab bertambah, perasaan cinta yang halal, kasih yang tidak berbelah-bahagi dan juga sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan si isteri atau suami yang tercinta selagi ia masih tidak bercanggah dengan tuntutan syara’.

Sebagai masyarakat yang bertanggunjawab, kita hendaklah sentiasa memberikan sokongan kepada pasangan-pasangan yang baru berumah-tangga. Terutama sekali rakan-rakan terdekat. Sokongan bermaksud, memahami jadual waktu yang semakin ketat untuk melepak, bersuka-ria- sama seperti di zaman bujang dan remaja. Aku terlahir di kalangan rakan-rakan yang hidup di alam asrama. Ikatan persahabatan kami boleh dikatakan kuat. Makan sepinggan, hidup susah bersama, suka bersama dan menangis bersama-sama. Bila mengenangkan zaman tersebut hampir pupus, kadang-kadang rasa sedih datang. Banyak masa rakan kita akan lebih bersama dengan keluarga mereka. Ini adalah tanggungjawab yang memang tidak boleh diabaikan. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari

Raya 2011: Pastinya Suasana Berbeza Buat Aku

written by bersahaje on August 25th 2011

Sedar tak sedar, sekarang sudah masuk minggu terakhir berpuasa. Lagi 5 hari sahaja lagi (semasa post ini ditulis) untuk kita menyambut Aidilfitri yang mulia. Pelbagai pengalaman manis yang semestinya menjadi kenangan terindah Ramdan tahun ini. Antaranya ialah aku yang sudah bertukar status icon smile Raya 2011: Pastinya Suasana Berbeza Buat Aku , berpuasa di kilang dan puasa full di rumah; Johor Bahru.

P4100189 1024x768 Raya 2011: Pastinya Suasana Berbeza Buat Aku

Kalau dulu, puasa bujang-bujang, ikut suka je nak buka atau sahur apa. Rokok sebatang pun dah boleh dengan air seteguk dua. Tapi sekarang dah berubah sikit, at least kurma sebiji dua dengan air. Walaupun isteri berada 800 km++, tapi perasaan tetap berlainan jika dibandingkan dengan dulu. Zakat fitrah tahun ni untuk kawasan Johor Bahru ialah rm7.50. Tapi aku bayar rm15 =). Rasa seronok lain macam. Benda baru kan, semuanya jadi excited semacam. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari
Copyright © 2010 Reza Mohyin.