Puasa oh puasa! (Aku dan Ramadhan)

written by boy_bersahaje on August 21st 2009

rambu puasa Puasa oh puasa! (Aku dan Ramadhan)

Ikhsan navy102.wordpress.com

Huh…Ramadhan Al-Mubarak…Aku rindukan kamu sih!!!(Sih=sangat) Masakan tidak, seribu kenangan akan sentiasa tercipta semasa di bulan ini. Buat-buat sakit, buat-buat tensen, buat-buat termakan dan ibu segala buat-buat semua terkeluar pada bulan itu. Huh!!! Memang tidak kematangan langsung. ‘Ma, boy rasa boy cam tak boleh tahanlah dengan air milo ais dalam iklan tu’ kata aku yang masih kecil. ‘Boy, tu semua kan dugaan untuk kita berpuasa. Boy kena tahan sikit je. Boy kan gentle boy. Kata nak jadi hero.’ Kata ibu aku yang masih segar dalam medula oblongata aku ini. Kata-kata ini lah yang menjadi semangat dan inspirasi untuk aku terus berpuasa pada zaman kecil dahulu… (more…)

Posted in Bersahaje, Diari

Paypal: Apakah dan Bagaimana?

written by boy_bersahaje on August 19th 2009

paypal big1 Paypal: Apakah dan Bagaimana?A’kom dan salam sejahtera kepada mereka yang diberikan peluang untuk terus membaca dan mengikuti perkembangan ‘Boy Punya Scrap Book la’. Blog yang dibina cukup ringkas dan bersahaje ini icon smile Paypal: Apakah dan Bagaimana? … Apa khabar anda semua? Harapan aku adalah sihat dan bebas daripada penyakit H1N1 hendaknya. Pelbagai wabak dan penyakit telah menular di negara kita yang tercinta ini. Wabak H1N1 semakin di takuti rentetan jumlah kematian yang telah meningkat dari semasa ke semasa. Apa yang mampu aku, kau dan kita semua lakukan adalah langkah-langkah pencegahan selain berdoa kepada Nya untuk dijauhkan dari malapetaka ini… Amin.

Tujuan entry kali ini di tulis adalah tidak berkaitan langsung dengan wabak tersebut ya rakan-rakan. Itu hanyalah mukaddimah seorang yang sangat prihatin kepada isu terkini icon razz Paypal: Apakah dan Bagaimana? . Ok, berbalik kepada tajuk entri di atas, Paypal: Apakah dan Bagaimana? Mungkin kalian sudah biasa dengan paypal dan mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya Paypal dan bagaimana untuk mendapatkanya. Entri ini hanyalah sekadar secebisan tahi gigi di molot anda. Tidak mengapa, aku menaip entri ini untuk mereka dan juga rakan-rakan aku yang masih blur tentangnya. (more…)

Posted in Arena Blogging, Duit punya hal, Featured

Kini Ku Bahagia dan Bersahaje

written by boy_bersahaje on August 14th 2009

Huh!!! Rasanya dah dekat sebulan aku berada di Perlis. Macam-macam perkara aku lalui dengan hanya waktu yang singkat. Ada manis dan ada juga yang memeningkan kepala. Walaupun bergelar student, akan tetapi kepala aku masih ligat mencari lagi peluang-peluang yang ada untuk berniaga. Sama ada online mahu pun offline. Project-project online telah diatur secara kasar dari segi pergerakan, operasi, modal dan juga management. Untuk bebarapa project tersebut, aku akan bergabung dengan rakan online aku. Mungkin kalian kenal mungkin tidak. Identiti rakan online aku tersebut masih lagi menjadi Misteri Nusa Jaya. Hahaha. Project ini bukan la secara besar-besaran, hanyalah untuk duit sampingan menampung perbelanjaan aku di sini seperti minyak kereta, sewa rumah, sewa astro, api air, streamyx dan juga bil-bil yang lain. Aku tidak mahu mengusik langsung segala duit peniagaan aku yang telah berjalan di Johor Bahru. Mungkin itu semua adalah untuk perkara yang telah aku rancangkan. Tetapi, di sini, duit pencarian aku baru bermula untuk dilaksanakan. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari, Duit punya hal, Featured, My Study
Copyright © 2010 Reza Mohyin.