Niche: Apakah dan bagaimana?

written by boy_bersahaje on October 28th 2009

pemilihan niche Niche: Apakah dan bagaimana?

Alhamdulillah, pelbagai masalah dan cerita yang mengusutkan hampir sahaja selesai ditangani dengan penuh bersahaje! Kestabilam mental dan kewarasan akal memang tercabar. Hanya berpandukan pengalaman dan petunjuk dari Nya dan mereka yang tercinta. Percayalah pada diri sendiri dan yakin la dengan kebolehan yang ada pada kamu orang. Please don’t give up my men!!! Haa, pembuka kata mesti bagi semangat, baru boleh baca entri aku dengan selsesa dan bersahaje. Hidup ni perlukan semangat yang sentiasa panas membakar, baru kita dapat berjuang habis-habisan menegakkan kebenaran yang kian pudar.

Malam ni hujan renyai-renyai, so topik untuk hujan renyai-renyai ni biasanya berkaitan dengan niche blog kamu orang. Niche? pa itu niche dan bagaimana untuk membunyikan nye? Bab2 bunyi ikut suke hati korangla nak bunyikan camne. Aku pun agak tergeliat nak sebut hahaha. Niche ni adalah pengkhususan sesuatu topik untuk blog. Contohnya, niche untuk blog aku dalah personal dan juga blogging. Bermakna, blog ini akan menceritakan hal yang berkaitan dengan boy_bersahaje dan juga perihal blogging. Lain-lain perihal atau topik tidak akan diberi kompromi seperti politik, memancutkan isteri, hasutan, artis dan sebagainya. Penjagaan niche pada sesebuah blog atau website adalah sangat-sangat penting untuk menarik para pelabur di luar sana melabur untuk blog yang korang bangunkan. Accept, korang memang dah niat blogging ni bukan untuk menambahkan pendapatan icon wink Niche: Apakah dan bagaimana? .

Ok, sekarang ni bagaimana kita sebagai blogger ingin maintain niche di blog kita. Untuk pengetahuan kamu orang, aku memiliki lebih kurang 25 niche blog yang mana ke semua blog tersebut sangat menjadi rebutan advertiser. Niche sememangnya bukanlah satu perkara yang senang untuk di kekalkan (maintain) bagi setiap blog yang aku ada. Oleh itu, beberapa penekanan telah aku reka bagi mendisiplinkan diri untuk mengekalkan niche blog daripada out of topic! Berikut adalah cara yang aku gunakan:

  1. Membeli domain yang ada kaitan dengan niche tersebut seperti; technobuzz.net (teknologi niche), healthbuzz.com (health niche) car.com (car niche) dan sewaktu dengan nya.
  2. Theme yang bersesuaian dengan niche tersebut. Sebagai contoh, niche tech; penekanan pada gambar2 gadgets dan juga teknologi yang latest MESTILAH di tampilkan dengan jelas untuk hidangan pelawat kamu orang.
  3. Membaca artikel2 dan press release yang khusus berkenaan dengan sesuatu niche yang korang ingin tulis. Sebagai contoh; korang membaca berita iPhone yang akan mengeluarkan model terbaru dari syarikatnya. Maka, korang pun menulisla berita tersebut di blog yang ber-topik-kan teknologi.
  4. Aku akan fokuskan masa untuk update blog niche dengan kadar yang optimum. Biasanya, satu malam aku perlukan dalam 1 jam untuk update 4-6 blog. Jangan paksa minda dan fizikal korang untuk update sebanyak yang mungkin. Ini untuk mengelakkan dari hasil yang tiada kualiti!!!
  5. Aku jadikan aktiviti harian aku sebagai topik untuk blog niche aku. Sebagai contoh, aku bermain futsal untuk niche soccer. Aku study dan membaca buku di library untuk niche education, aku menghisap rokok untuk niche health, aku berjiwang karat dengan fruitheart aku untuk niche dating. Haaa, kan itu buatkan kamu orang akan merasakan keseronakan ber blogging dengan niche yang khusus!!!

Apakah kepentingan niche? Nape tak nak campurkan semua niche dalam satu blog sahaje? Haaa, bagus soalan tu. Kamu memang bijak!!! Untuk blog yang mencampurkan ke semua niche dalam satu blog, itu di panggil niche General ya rakan-rakan. Buat pengetahuan kamu orang, niche General adalah niche yang agak kemurahan di sisi advertiser. Lebih kurang macam niche personal icon wink Niche: Apakah dan bagaimana? . Jadi, untuk menjadi usahawan internet, kepala dan otak kita mestila terkehadapan dari itu!!! Pelaburan yang sihat diperlukan kalau kita benar-benar mahu jadi seorang blogger kental. Aku tak cakap yang niche general tak boleh buat duit, just itu adalah niche yang tidak perlu di bahaskan. Semua orang boleh bikin maaa…

Apakah niche yang terhebat di pasaran? Biasanya, ini adalah menjadi rahsia bagi yang mengaku dirinya konon sebagai seorang HOTAI. Tapi, tapi ingat aku bukan HOTAI icon wink Niche: Apakah dan bagaimana? . Mengikut statistik niche yang selalu menjadi dan mendap[at permintaan yang sangat rakus adalah seperti berikut:

  1. Finance
  2. Tech
  3. Health
  4. House Improvement
  5. Real estate
  6. SEO
  7. Blogging
  8. Automotive
  9. Insurance
  10. Sports

Tapi ingat, ini demand bukan Malaysia yang punya. Itu negara barat yang punya. So, jangan ngade-ngade nak buang duit korang bikin semua niche di atas dengan menggunakan medium bahasa Malaysia. Ini negara, niche yang paling hot adalah seperti berikut:

  1. Teknik blackhat
  2. Gosip artis
  3. Skim cepat kaya
  4. Rahsia budak malas boleh dapat duit riban-riban
  5. 3gp
  6. Game
  7. Mencari jodoh
  8. Makanan
  9. Politik
  10. eBook

Mungkin pemilihan niche adalah sesuatu yang agak sukar untuk dipilih. Tetapi, dengan rajin membaca dan membuat kajian bagi sesuatu niche dengan lebih mendalam, pastinya itu membuahkan satu keseronokan yang membuatkan kamu orang Addict untuk menambah blog beserta niche yang baru. Tambahan pula, setiap blog yang dibangunkan mampu menjana pendapatan yang agak lumayan jika benar-benar kene pada tekniknya icon smile Niche: Apakah dan bagaimana?

Maka jadinya, pilihan semua ditangan kamu orang.  Kamu oranglah yang menentukan masa depan sendiri di arena internet ini. Aku? Aku hanyalah seorang yang tidak HOTAI tetapi mampu berfikir dengan waras untuk sentiasa memperjuangkan dan menegakkan kebenaran bagi membetulkan minda masyarakat Malaysia berkenaan dengan perniagaan internet yang semakin maju. Maju dengan anasir yang menjengkelkan.

So, apakah niche yang kamu orang bangunkan? Boleh kita tukar pendapat dan kritikan di bawah icon smile Niche: Apakah dan bagaimana? . Salam bersahaje!!!

Posted in Arena Blogging

Apa pendapat anda sebagai Peminat M.U???

written by boy_bersahaje on October 27th 2009

Maafkan aku andai korang peminat fanatik M.U. Ini sekadar melepaskan kebohsanan aku yng sedang membuat research DC Motor Induction. Aku memperoleh gambar ini dari rakan ku di Facebook. Thanks Wan icon smile Apa pendapat anda sebagai Peminat M.U??? . Marilah berhibur.

Apa kata peminat m.u Apa pendapat anda sebagai Peminat M.U???

Apa pula pendapat dari bahagian Liverpool??? Mari kita saksikan pertembungan hebat ini. Kihkihkih

Posted in Bersahaje

Pembentangan Bajet 2010: Penantian yang penuh debaran!

written by boy_bersahaje on October 22nd 2009

bajet 2010 Pembentangan Bajet 2010: Penantian yang penuh debaran!Aku sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengharapkan revolusi kepada pembangunanan dan kemodenan negara ini akan sentiasa berdebar apabila tiba waktu pembentangan Bajet negara. Korang pun tahu, bajet kewangan adalah yang menentukan hala tuju pentadbiran serta kemajuan negara kita. Aku suka ibaratkan bajet ni seperti bajet sesebuah family. Kita boleh lihat kecenderungan sesebuah family adalah disebabkan pengaruh sistem kewangan mereka. Apa maksud aku tu? Sebagai contoh, family yang mementingkan pelajaran, hampir ke semua peralatan, perkakas, rutin harian malah idelogi mereka adalah ke arah pendidikan. Ada juga family yang cenderung kepada muzik, travel, fashion dan sebagainya. Kalau aku, family aku adalah lebih cenderung kepada perniagaan. Ketua sesebuah institusi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju dan kejayaan anak-anak buahnya.Klau time Pak Lah dulu memerintah, negara kita banyak fokus pada industri pertanian. Maka, banyaklah peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan kewangan dari sektor tersebut seperti loan, seminar-seminar dan juga usahawan. Maka tidak hairanlah kolam-kolam ikan keli, kebun-kebun lada merah dan sebagainya begitu membangun sewaktu pemerintahan beliau.

Ada beberapa sumber yang aku baca menunjukan Bajet 2010 kali ini akan lebih memfokuskan pada rangsangan ekonomi seperti di Pusat Maklumat Rakyat dan juga Utusan Malaysia. Berikut adalah sedutan yang menarik yang aku sunting dari kedua-dua sumber…

Pusat Maklumat Rakyat

Bajet 2010 akan memberi penekanan terhadap langkah merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan ke arah mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi…

Utusan Malaysia

Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Kedua-dua sumber telah menyatakan bahawa, Bajet 2010 ini banyak memfokuskan pada sektor perkhidmatan dan juga kepada golongan luar bandar selain menarik dengan lebih banyak lagi FDI (pelabur asing) melabur di negara ini. Kemelesatan ekonomi global baru-baru ini menyebabkan hampir 50-60% FDI hilang dari melabur ke negara ini. Ini adalah perkara yang membimbangkan. Mungkin, dengan Bajet 2010, segala-galanya akan terjawab bagaimana kerajaan kita mengatasi masalah tersebut.

Bukan apa, aku ni adalah salah seorang daripada ribuan penuntut ilmu yang bertuah mendapat tajaan dari Bajet Mini yang telah di laksanakan oleh kerajaan kita pada bulan Mac 2009 . Oleh itu, aku sangat teruja dan menanti dengan penuh debaran untuk Bajet 2010 ini. Secara kasar, kita akan dapat menilai apakah peluang-peluang dari segi perniagaan dan juga sektor industri yang bakal di buka dengan luasnya untuk tahun hadapan. Bagaimana pula nasib pengusaha perniagaan Internet, pengusaha kecil dan sebagainya untuk masa akan datang?

Mudah-mudahan, pembentangan Bajet 2010 ini akan memberikan kepuasan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia ini. Salam bersahaje icon smile Pembentangan Bajet 2010: Penantian yang penuh debaran!

Posted in Bersahaje, Diari, Featured
Copyright © 2010 Reza Mohyin.