Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!!

written by bersahaje on November 2nd 2009

301020091076 225x300 Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!!

Aku dan Smartzul

Letih badan naik 2 bus. From Jb to Shah Alam then from Shah Alam to Kuala Perlis. Dekat 15 jam dalam bas. Tapi semangat ini mengatasi segala-galanya disamping bertemankan fruitheart yang tercinta icon smile Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!! . So, bagaimana weekend kamu orang di luar sana? Aku pasti dan yakin, mesti lagi bersahaje dari aku kan? Huhu. Weekend kan masa untuk kita berehat dan melapangkan minda dari terus dibayangi dengan hal-hal yang membebankan kepala. Tak gitu? Actually, pada weekend yanag lepas ni, aku balik ke JB adalah untuk menyelesaikan beberapa projek dan juga isu yang berkenaan dengan Jambu. Alhamdulillah, beberapa objektif dah pun tercapai. Tinggal perlaksanaan sahaje berserta dengan sedikit masa untuk proses observation. Bukan ape, setiap keputusan dan objektif boleh tercapai, tetapi keberkesananya juga perlu kan penelitian dan masa. Dari situ baru lah kita dapat menilai sama ada keputusan yang telah dibuat itu efektif atau tidak.

Setelah selesai segala-galanya, aku pun banyak membuang masa terluang dengan melepak sambil belajar bersama-sama blogger dan hotai IM yang terkenal di Malaysia. Pada malam Jumaat malam Sabtu kami; Rohaizad, Smartzul dan juga aku telah melabuhkan punggung di sebuah medan selera yang baru, Tepian Tebrau. Boleh tahan juga tempat ni, just toilet dia tak berapa boleh nak blah. Inilah masalah yang biasa kita temui hampir kebanyakan medan selera. Bila tiada kemudahan, masyarakat kebanyakan akan mengeluh dan complaint. Tapi bila kemudahan cantik dah disediakan, vandalisme dan kerosakan mudah sahaja berlaku. Sayang seribu kali sayang tapi sebagai masyarakat yang berkesedaran civic, aku hanya mampu melihat dan menutup hidung…

301020091075 300x225 Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!!
Khusyuk berborak bersama Smartzul

Banyak topik yang telah kami bincangkan secara tidak sengaja. Actually, 2 orang ini adalah sifu aku. Aku belajar membina blog dari produk dewa Smartzul iaitu Pakej Kit Blogger. Produk yang sampai sekarang aku masih jadikan sebagai refrence dan guidance. Produk yang buatkan aku kenal apa itu wordpress dan segala macam hal yang berkaitan denganya. Thanks a lot Zul. Aku bangga dapat berjumpa dengan owner produk Pakej Kit Blogger ini. So, tidak lain dan tidak bukan banyak aku bertanyakan asal-usul, rintangan, product-launching dan sebagainya. Memang banyak betul dugaan yang Zul hadapi terutama semasa hendak merasmikan jualan ebook ini. Mana tak nya, pada tarikh yang telah dirancang (4 tahun lepas!!!) untuk proses perasmian, hosting Zul telah di suspend disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku dapat rasakan betapa kusut kepala masa itu andai aku di tempatnya. Tapi, brader Smartzul ni rilex dan bersahaje. Akhirnya, setelah penat dan lelah dikorbankan, produk yang sememangnya sentiasa menjadi buah mulut blogger kini menjadi antara produk yang disegani dan sentiasa mendapat permintaan. Satu produk yang sangat informatif meyebabkan ia mampu bertahan di arena Internet Malaysia selama lebih 4 tahun. Huh!!! Congratz Zul. Sekarang ni Zul dalam pembikinan menulis 3 buah buku. Selain itu, ada juga aku bertanyakan dan berbincang menegenai isu-isu hangat dunia Internet Marketing Malaysia. Bagaimanakah nasib dan masa depan, produk-produk, attitude dan banyak lagi. Thanks Zul, sudi berdiskusi dengan penuh sifat keterbukaan. Aku sangat selesa dengan itu. Huhuhu. Insya-Allah, aku akan buat satu sesi review untuk produk Pakej Kit Blogger untuk kalian yang masih terkapai-kapai dalam pemasangan blog wordpress. Tunggu ya.

Pada malam tersebut juga, kami ada membincangkan future project bersama. Bukan keuntungan yang kami bincangkan ye. Tapi, projek ini adalah salah satu usaha kami yang mungkin dapat mengajar dan menegakkan beberapa isu yang semakin runcing dek manusia yang mementingkan wang ringgit lebih dari nilai sesebuah produk. Jangan ditanya apakah projek tersebut. Bukan tidak mahu untuk menceritakanya tetapi adalah lebih baik berdiam dulu kerana ia baru dirancang icon smile Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!! . Ingat, ini bukan projek terbitan ebook baru ya. Ebook Pakej Kit Blogger pun korang belum lagi beli, ni dah tanye pasal ebook yang lain hahahaha…

Pada keesokanya pula, aku Smartzul dan Rohaizad bermain bowling di Diamond Bowl Johor Jaya. Turut hadir, Azree dan juga Nuaeman memeriahkan acara. Hahaha, habis aku kalah dengan ketiga-tiga opponent. Ijad la paling banyak strike diikuti Smartzul dan Nuaeman. Nak cerita selanjutnya, baca kat sini dan sini. Habis 4 frame, kami menjamu slera Nasi Ayam penyet di Kg Melayu Majideee. Sempat juga berborak dengan owner Studiomuslim.com (Azree). Sempoi je orangnya. Sederhana dan lemah lembut je bila berborak. Ada lah beberapa topik sempat kami berbincang terutamanya berkenaan dengan wang pos. Hentah macam mana boleh timbul topik tu pulak. Hahahaha. Actually, Azree ni datang dari KL. Umah dia kat area Larkin. Tapi pada hujung tahun ni dia dah kene berpindah. Kalau tak dapat lepak sama lagi join kite orang melepak. Huhuhu.

Malam tu pulak, selepas Ijad temankan aku beli tiket bas, kita orang melepak dengan team smart blogging. Abg Joe, Herman dan isterinya. Banyak cerita panas yang Abg Joe hidangkan kat kite orang selain dari 150 cucuk satay yang sangat mencengkam jiwa kesedapanya. Seperti biasa la, Ijad adalah juara bab makanan ni telah menelan hampir 30 batang cucuk dengan berkata ‘Kalau Wan mus ada ni kompem habis 150 cucuk’  hahahaha. Thanks Abg Joe dan Herman yang sudi meluangkan masa berborak dengan kite orang yang riuh-rendah ni. Hahaha. Aku tengok dan dengar cerita dari abang Joe buatkan aku lebih semangat. Ini kerana, sebagai orang lama banyak betul dugaan dan rintangan yang terpaksa dia hadapai. Wa respek sama lu brader!!!

Huh, amacam laporan kali ni? Best kan? Nak lagi best klau kamu orang dapat merasakan kehidupan sebagai usahawan internet. ‘Banyak masa sampai tak tau nak buat ape’, kata Smartzul selaku owner produk Pakej Kit Blogger. Hahaha. So, apa pandangan korang terhadap aktiviti yang aku jalankan seperi di atas? Adakah kamu orang mempunyai kehidupan weekend yang lagi best? Jom kongsikan bersama di sini.

Salam bersahaje dari aku, boy_bersahaje icon wink Laporan: Hujung minggu yang beronggeng!!!

Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Jambuku
Copyright © 2010 Reza Mohyin.