written by boy_bersahaje on January 25th 2010
Kita menulis blog ada banyak tujuan. Dan aku percaya salah satu tujuan tersebut adalah untuk mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan adalah pendapatan yang kita perolehi dengan meluangkan masa kurang dari 4-5 jam sehari. Lagi bersahaje, hanya 1-2 jam sahaja. Ia juga di kategorikan sebagai residual income, pasif income dan income tax side income. Tapi, bagi aku, itu semua bergantung pada cara seseorang mencorakkanya. aku lebih suka menggunakan gelaran ‘side income’. Sebab apa? Sebabnya, aku tiada mata pencarian utama disebabkan aku masih study lagi. Jadinya, untuk aku berfoyar-foyar aku gunakan duit dari sumber pendapatan internet. Untuk itu, pelbagai cabang telah aku cuba untuk mempelbagaikan jenis pendapatan yang bakal aku perolehi setiap bulan. Jual links, jual links dan jual links selain project pelancongan dan shopping online yang bakal aku lancarkan sedikit masa lagi (tak siket gak). Tapi, sedarkah kamu bahawa kita boleh mempelbagaikan sumber penjualan ling dengan banyak sekali. TNX.net, , blogvertise dan banyak lagi. Tapi aku hanya focus yang 3 sahaja buat masa ini.
Jadi, apa yang perlu kamu tahu untuk mendaftar ke semua program-program di atas? Berikut aku terangkan mengikut pengalaman yang telah aku belajar. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memudahkan lagi kamu mendapat job dari mereka:
1) Pagerank blog sebaiknya 3 dan ke atas.
Tetapi, yang seronoknya tnx.net menerima ke semua jenis pr. Yang penting blog kamu telah di index sepenuhnya oleh Google. Lagi tinggi pr blog, lagi tinggi point yang kamu dapat. Tnx mempunyai corak yang berbeza berbanding dengan 2 program yang lain itu. 1000 point= $0.95. Seronoknya Tnx ini, ia adalah pasif income kerana proses jualan links adalah secara automatik. Ada bebrapa tricks yang aku pelajari dari guru underground aku untuk program TNX ini. Kita perlulah membuat limit yang maximum untuk penjualan links di blog. Limit maksimum umtuk sesebuah blog adalah 4 links satu page. Kamu boleh set dari 1-4 links. Tapi, kalau nak points lebih kenalah letak se maksimum yang bisa. Aku ada 16 biji blog dalam TNX. Ada lagi 2 blogs pr3 yang aku simpan untuk meletupkan TNX. Tunggu TNX!

TNX
Untuk TLA pula, majoritinya menerima blog yang pr3+. Ada juga sesetengah kes, yang mana blog tersebut pernah mendapat pr3, tetapi telah di tampar oleh Google menyebabkan pr nya turun ke 0. Tetapi, sales dari TLA tetap masuk. Haaa ini mungkin disebabkan TLA pernah jatuh cinta dengan blog tersebut dan tak mampu untuk melepaskanya begitu sahaja.Aku hanya ada 1 blog sahaja di TLA. Lagi 2 blogs aku akan letak pada bulan hadapan untuk memudahkan aku monetize lagi dengan baik.

TLA
2) Description yang menarik
Ini adalah salah satu trick yang aku belajar. Untuk memudahkan blogs kamu di lamar oleh pihak advertiser, kamu perlu lah membuat diskripsi yang menarik untuk blog kamu. Bila nak tulis nya? Haaa semasa kamu hendak submit blog kamu, ada ruang yang perlu kamu isi untuk bahagian diskripsi. Diskripsi yang menarik akan membuatkan pihak advertiser terpikat dan suka memberikan job untuk blog tersebut. Tak percaya? Cubalah…
3) Blogvertise memerlukan kamu menyiapkan entri.
Aku selalu mendapat job untuk niche sports, education dan juga real estate untuk blogvertise. Tapi, sebelum blog sport aku di tampar Pr nya, aku pernah mendapat 4 job dalam satu-satu masa. Setiap job berharga $10. Sedap bukan? Kamu perlu la menulis 3 perenggan di ikuti dengan 3 links dari advertiser dengan penuh beretika. Tapi, jika tidak memenuhi kehendak, entri tersebut akan diberikan peluang untuk ditulis kembali. Di sini trick yang perlu kamu ikuti adalah, cepat-cepatla memperbaiki nya. Ini kerana, job akan mudah masuk andai kamu cepat bertindak. Bulan pertama, job aku lebih dari 5 yang aku dapat. Tapi bulan ke 2 agak kureng di sebabkan aku leka untuk membetulkan kembali entri yang telah aku tulis selain mengalami masalah pada hosting. Hasilnya, hanya 3 job sahaja pada bulan itu. Sangat menyedihkan.

Blogvertise
Jadinya, banyak juga tips yang aku bagi untuk tatapan kamu. Dapatlah generate $100-$200 untuk ke tiga-tiga program tersebut setiap bulan. Itu baru 3 program kan? Kalau banyak lagi program yang aku masuk, bermakna lagi masyuk laaaa side income aku. Tapi, tidak ada apa yang perlu aku gelojoh kan. Jadi, apa pula trick kamu? Jom la share sekali. Tak kan nak simpan buat jeruk kot. Kihkhihkhihkhih
Posted in Arena Blogging
written by boy_bersahaje on January 17th 2010

Waaa!
An aversion to a person, place, activity, event, or object that causes emotional distress and often avoidance behavior. healthline.com
Takut. Semua orang ada perasaan takut. Cumanya, perasaan itu mampu dikawal oleh mereka dengan baik atau tidak. Kita mampu untuk mengawal dan menguasai takut andai semangat kita kuat. Takut lawanya berani. Berani ini umpama hero yang menyelamatkan perasaan takut itu. Cuba hayati gambar di atas, takut betul budak hitam itu kan. Aku sering tergelak andai melihat saje gambar itu. Sepanjang penulisan entri ini, gambar tersebut sentiasa di tutup untuk mengelakkan hati aku jadi gelap disebabkan terlalu banyak ketawa.
Takut menyebabkan kita berhenti melakukan sesuatu yang kita minat atau lebih buruk lagi menjauhkan dari peluang yang terbuka. Apa maksud nya? Sesuatu peluang yang terbuka tetapi ia pernah menjadi igauan ngeri untuk seseorang itu mencuba dan terjebak. Ada juga perasaan takut timbul disebabkan cerita-cerita dari mereka yang dah berpengalaman atau prediction semata-mata. Prediction yang salah umpama ‘kalau aku buat nanti..’ mestilah kita buang jauh-jauh. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu. Kadang-kadang perasaan ini yang menyebabkan kita tak pergi jauh dan sukar untuk menempa kejayaan. Mereka yang berani cuba dan gagal adalah mereka yang disanjungi.
Takut. Dalam dunia internet, banyak masalah dan komplikasi akan berlaku. Berani berhadapan dengan sebarang masalah dan tegar untuk menyelesaikanya dengan berfikiran terbuka. Takut untuk memulakan langkah pertama hanyalah amat merugikan semata-mata. Takut untuk berhadapan dengan advertiser luar, berkongsi idea-idea, meluahkan pendapat dan tentangan, berkawan dan melakukan sesuatu yang baru. Tapi kenapa takut yang anda fikirkan? Cuba kita tinggalkan perasaan takut tu sebentar dan merenung sejenak…Bila perasaan takut tiada, dapatkah anda bayangkan kejayaan dan hasil yang bakal kita rasai di kemudian hari? Hasil titik peluh dan keberanian kita, kita bukanlah lagi di takuk yang lama. Buangkan sikap ‘kalau’. Pedulikan dengan sebarang komplikasi yang akan berlaku. Kita punyai otak untuk berfikir dengan baik dan bersahaje. Tiada apa yang perlu di kusutkan. Just do it and feel it! Dah buat baru kita dapat improve sama ada sistem, customer service, kekurangan produk dan sebagainya. Tiada perniagaan atau kehidupan yang sempurna. Kesempurnaan atau hampir sempurna terjadi bila kita belajar dari kesilapan yang lepas.
Takut. Takut dimaki, diherdik, dikutuk, gagal, diketawakan,tersungkur…Ahhhh persetankan semua itu. Apa yang mereka dapat. Mahu kah kita membenarkan semua telahan dan tindakan dengan membiarkan diri kita tersungkur dan mendapat benjol di kepala? Tidak kan? Jadinya, dari herdikan itu semua, membuatkan ketakutan sudah tiada lagi kerana, kerana kita dapat menukar dari ketakutan kepada pengalaman yang sangat berharga, dari kebencian dan kemakian kepada sanjugan dan kepuasan hati mereka. Nahhh! Ini barulah betul. Dari langsung takut untuk mencuba sudah menjadi berani untuk menerima kekalutan yang akan terjadi. Sebabnya, kita telah mulakan langkah pertama iaitu…
BERANI
Posted in Featured
written by boy_bersahaje on January 8th 2010
Banyak sangat perkara yang baru yang perlu aku pelajari hari demi hari. Siang aku sebagai student dan malam aku sebagai Usahawan Internet yang berjaya bersahaje. Kadang-kadang rasa berat sangat kepala. Dari directory hinggalah kepada web- designing . Tapi memang itu minat dan komitmen yang aku rasa aku perlu lakukan dengan sehabis baik. Bukan bermakna apa yang aku lakukan perlulah terlalu sempurna tetapi cukuplah kalau hasilnya dah buatkan aku puas hati. Walaupun kadang-kadang sifat cerewet aku ini agak menyusahkan diri sendiri, tetapi aku berjaya atasi dengan perlahan-lahan. Mungkin sifat ini turun dari Mama ku. Kalau ikutkan belah papa, sangat bersahaje. Ala balai aje. Hahaha. Tapi, percayakah korang yang sifat cerewet ni ada pro and cons nya?
Cerewet adalah sikap yang terlalu memilih dan berhati-hati dalam menjalankan sesuatu perkara. Ia menghampiri kepada perfectionist. Bagi pendapat peribadi aku, sikap cerewet ini memang bagus. Dapat menghasilkan sesuatu yang hampir sempurna dan memusakan hati untuk semua pihak. Kalau dalam industri perniagaan seperti kedai makan dan juga pelancongan, servis yang tip-top adalah idaman bagi semua pihak; pelanggan dan juga taukehnya. Maka nya, cerewet dapat membantu seseorang untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Alangkah indahnya, kalau hampir semua kedai makan yang kita pergi dapat memberikan servis yang bagus dan memuaskan hati. Taukeh atau owner kepada sesuatu perniagaan yang cerewet bagi memastikan servis yang terbaik untuk pelangganya adalah taukeh yang bijak. Ini kerana, mereka peka dan sensitif terhadap keperluan pelanggan dan kelemahan pada produknya. Manakala mentua yang terlau cerewet memilih menantunya, adalah untuk kebaikan anaknya di masa hadapan. Ibu bapa mana yang inginkan anaknya sengsara dan menderita di masa depan kelak. Itu sebab, kadanag-kadang parents kita terlalu cerewet dan berja-jaga dalam hal mencari jodoh. Silap memilih pasangan, padah menimpa.
Tetapi, kalau kite terlalu cerewet pun ada jugak keburukanya. Mungkin lagi banyak keburukan dari kebaikan. Apa pendapat korang berkenaan dengan keburukan cerewet? Ada pengalaman pernah hadapai situasi cerewet melampau??? Sila lah kongsikan dengan kami semua di ruangan komen bawah tu je…
Posted in Bersahaje