written by boy_bersahaje on January 5th 2010

Blogging is my passion
Hari demi hari, sentiasa silih berganti. Bagi yang sedar sentiasa, diucapkan tahniah. Tetapi bagi yang masih belum menyedarinya, tiada apa yang perlu dikesalkan melainkan berubah daripada tiada kepada ada dan dari kurang baik kepada yang lebih terbaik. Dahulunya; tahun lepas, aku adalah seorang manusia yang tiada apa-apa melainkan sebuah account di blogspot.com. Aku menulis apa yang dilalui dan cerita-cerita kehidupan aku di situ. Cerita sewaktu di asrama, kecil-kecil dan pengalaman yang tidak seberapa. Pada waktu yang sama, aku sentiasa meneliti perkembangan dan produk-produk yang telah dikeluarkan oleh IM tanahn-air. Banyak pelajaran yang ditimba. Berkobar-kobar rasa hati untuk memulakan perniagaan melalui internet. Tapi, langkah aku silap. Aku hanya mengharapkan dari blog yang percuma. Blog yang kesukaran untuk aku membina kredibeliti diri disebabkan aku hanya menumpang kasih di hosting dan domain yang bernama blogspot.com. Senantiasa aku memerhatikan kejayaan demi kejayaan pengusaha internet Tanah-air yang di tempa melalui blog yang berbayar. Tapi aku…tetap dengan pendirian kononya ingin terus mengunakan medium blogpost…Namun…
Berbekalkan ebook Pakej Kit Blogger dari Smartzul, aku memberanikan diri untuk mencuba nasib. Dari satu hal ke satu hal yang lain aku belajar mengenaik proses untuk install wordpress ke dalam hosting. Budak baru belajar, biasalah terkial-kial. Tapi semangat yang cekal dan tabah, alhamdulillah, sekarang hasilnya aku dapat merasai 25 buah blog dengan hasil usaha aku sendiri. Dan ke semua blog tersebut mampu memberikan aku income tetap $300 secara semi-pasif setiap bulan. Apa yang aku ingin tekankan di sini ialah, usah takut dan was-was untuk memiliki sebuah blog yang berbayar. Dari situ barulah kita akan maju dan mengorak langkah yang lebih jauh dan advance. Modal hanya sekelumit dari apa yang telah anda bazirkan selama ini, apalah kiranya membayar hosting pada kadar RM10 setahun demi mengasah bakat yang terpendam untuk mencari duit tepi.

Shaffik & Nuaeman
Aku tahu, tidak semua antara anda yang boleh buat dengan hanya membaca dari ebook. Namun begitu, itu bukanlah sebab dan tujuan untuk kita patah semangat dan berpaling arah mencari sumber income yang lain…Alhamdulillah, teman rapat aku dari shaffik.com dan juga brader yang aku respek dari blog.nuaeman.com akan menganjurkan sebuah bengkel asas blogging selama 2 hari berturut-turut.
Sebab kami tahu bahawa adalah amat SUKAR untuk belajar semuanya dalam 1 hari. Dahulu kami juga seperti anda dan kami tahu bagaimana keadaannya jika semuanya terpaksa di lakukan dalam 1 hari. Atas sebab itulah, maka kami sanggup bersama anda untuk 1 hari lagi.
Ulasan berkaitan dengan 2 hari bengkel dari Bengkel Blogging
Apa yang aku boleh katakan di sini ialah, mereka berdua sangat pakar dalam selok-belok berkaitan dengan arena blogging. Tidak dinafikan, banyak perkara dan skill blogging yang telah mereka ajarkan kepada aku yang masih mentah ini. Apa yang menarik berkenaan bengkel ini ialah:
- Anda hanya perlu bayar 1 hari dan percuma 1 hari.
- Percuma domain dan hosting
- Teknik menambah backlinks untuk blog anda
- Penceramah rahsia yang sememangnya akan membuatkan anda ternganga bila mendengar ceramahnya!
Jadinya, berfikirlah dengan bijak sebelum membuat satu keputusan. Mungkin, corak kehidupan anda akan berbeza dari yang dulu kepada yang lebih baik. Lambat membuat keputusan dan membiarkan sesuatu peluang keemasan berlalu pergi begitu bersahaje bukanlah langkah bijak untuk mengubah nasib cara kehidupan anda kelak.
Mungkin anda ada pertanyaan yang boleh aku jawab atau kemusykilan yang boleh aku uraikan… Jangan malu dan segan, lemparkanlah sesuka hati di rungan komen di bawah ini.
Salam bersahaje, dari boy_bersahaje
Posted in Arena Blogging
written by boy_bersahaje on January 3rd 2010

Aku keseorangan di rumah dengan ditemani oleh bunyi derauan kipas angin di sebelah kiri. Kadang-kadang rasa aman dan tenang bila keseorangan dan kadang-kadang juga merasakan kebosanan. Tapi hari ini aku bersama-sama fuitheart menjalankan proses pencarian theme baru untuk blog nya. Memang meletihkan. Asyik-asyik theme yang sama. Ade yang cantik tapi tak kena pula layout sidebar. Ada yang cantik tapi, bahagian komen agak kehuru-haraan. Lebih kurang 2 hari kami mencari tapi masih buntu. Proses mencari theme berlangsung sehingga ke hari ini (Ahad 3 Jan 2010)
Tetapi, apa yang menggembirakan kami sekeluarga berdua adalah penemuan satu web yang menyediakan premium wordprees theme. Aku telah bernekad untuk menjadi ahli elegantthemes selama setahun dengan bayaran serendah $19.95 (Lebih kurang RM70). Bukan apa, bagi aku ia sangat berbaloi di sebabkan themes yang sangat menarik dan sesuai untuk penggunaan pada personal blog; aku tidak rekomen kan pada niche blog ya. Kombinasi warna yang memukau mata buatkan aku tak teragak-agak untuk terus membayar yuran keahlian demi fruitheart aku yang tercinta. Kira, ini adalah collection themes yang paling menarik dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

Salah satu theme menarik dari Elegantthemes
RM70, berpatutan ke boy? Aku senyum seraya berkata dengan bersahaje ‘Aku tak habis lagi cerita, ko dah menyampuk. Rilex brader’. Jikalau hanya satu themes sahaja, memang la aku pun tak terigin nak bayar. Anda akan dapat memiliki hak eksklusif selama 365 hari untuk download dan pakai ke semua theme yang berjumlah 29 Premium theme. Di tambah dengan support dari pihak yang berkuasa (admin). Kalau kita dapat lihat di web-web wordpress themes provider, harga untuk satu theme premium sahaja dah bernilai lebih kurang $30-$50. Tetapi, ellegantthemes dengan bersahaje memberikan full access selama setahun untuk ke semua collection nya yang sangat memukau selera anda. Aku percaya, hari demi hari akan ada lagi terbitan demi terbitan themes yang terbaru lagi cun di dalam koleksi elleganthemes ini. So, apa yang aku nak rasa rugi?
Kalau sebelum ini, fruitheart aku akan sentiasa tak berpuas hati dengan themes pada blog nya. Tapi sekarang, dia dah boleh menarik nafas lega disebabkan elleganthemes mempunyai themes yang dapat meluluhkan jantung bila aku melihatnya sendiri. Aku pun jenis orang yang sangat cerewet dalam hal-hal ini. Jadinya, ia dapat juga mengurangkan pembuangan masa aku untuk pemilihan themes yang menarik untuk di pakai. Apa yang menariknya, elleganthemes membenarkan themes nya di gunakan tanpa had limit bilangan blog (domain). berikut adalah kenyataan dari pihaknya:
How many sites can I use your themes on?
Once you join Elegant WordPress Theme, you can use each of our theme on as many websites as you like, provided that you own each site. You are forbidden to resell or redistribute the theme to others.
***Quote di atas adalah di ambil dari ruangan FAQ ellegantthemes
Jadinya, dengan bersahaje aku terus subscribe dan membayar untuk menjadi salah seorang ahli ellegantthemes sebelum promosi ini berakhir tidak lama lagi. Peluang hanya akan datang sekali sahaja. Aku tak nak menagis di kemudian hari disebabkan hanya dengan bayaran yang seciput itu. Apa yang aku pegang dan percaya adalah kepentingan kualiti untuk menghasilkan kepuasan hati sama ada untuk pembaca blog ini dan juga diri aku sendiri
Agak-agak la kan, tak terliur ke anda bila melihat themes yang telah di hasilkan oleh
ellegantthemes ni? Perasaan aku sangat meluap-luap ingin ketahuan dari mata hati anda semua….
Posted in Arena Blogging, Featured
written by boy_bersahaje on January 1st 2010
Selamat tahun baru 2010. Semoga dengan tahun baru ini memberikan anda semangat setiakawan yang kental untuk meneruskan kehidupan. Adakah kita masih lagi di takuk yang lama atau satu revolusi dalam diri akan berlaku? Itu semua bergantung pada ketabahan, perancangan dan pengalaman hasil dari kehidupan yang lepas. “Kita belajar dari kesilapan boy” itulah kata-kata hikmat dari arwah Ayan, teman sepelajaran aku di universitas tak lama dahulu. Dari pengalaman baru kita bangun dan kembali merancang strategi untuk menjadi lebih baik. Kesilapan bukanlah sesuatu yang mesti ditangisi tetapi lebih kepada satu motivasi yang akan mengubah diri kita sendiri. Tanpa kesilapan, manusia tidak akan berjaya!
Kehadiran 2010 akan lebih bermakna buat diri aku yang telah banyak melakukan kesilapan pada 2009. Tak perlulah untuk aku membuka pekong sendiri. Tapi cukuplah andai diri ini masih lagi mampu untuk mengakui dan menerima kesilapan yang lampau bagi menjadikan pengajaran untuk sesi kehidupan yang baru pada 2010.
- Untuk fruitheart tercinta, kita kekalkan kebahagiaan dan kasih sayang kita dan kita berusaha untuk menamatkan pelajaran tepat pada hujung tahun 2010.
- Kepada mama dan papa, percayalah yang anak mu; Boy akan membawa berita yang lebih gembira dengan segulung lagi Scroll; Ijazah Sarjana dari anak mu yang nakal ini.
- Buat teman-teman pula, marilah kita membina ikatan persaudaraan yang sifar dari hasad dengki, cemburu dan busuk hati. Kita hidup di dunia sementara dan ini lah masa untuk kita hidup dengan aman dan tenteram
Harapan aku agar aku dan kamu dapat menghasilkan suatu kehidupan yang jauh lebih baik dari 2009. Salam bersahaje dari boy_bersahaje
Posted in Bersahaje, Diari