Laporan: Hujung minggu yang ber ‘Google’

written by boy_bersahaje on February 27th 2010

SEO atau Search Engine Optimization adalah perkara yang sangat penting bagi mendapatkan kedudukan yang cemerlang di dalam SERP; Search Engine Result Page. Dan hampir ke semua penggiat tegar online mengoptimasikan SEO page atau site mereka untuk engin carian Google. Kenapa bukan Yahoo, Bing dan what so ever? Kerana hampir majoriti pencari tegar internet menggunakan Google sebagai enjin bantuan mencari maklumat. Maka, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk meraih traffic yang sekaligus menukarkan ia menjadi $$$. Aku tidak menyebut bahawa traffic adalah segala-galanya tetapi segala-galanya adalah bermula dengan traffic. Walaupun kita dapat menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada traffic, tetapi  tidak salah kalau kita mengaplikaiskan pepatah ‘sambil selam minum air’. Lihat kembali apakah tujuan kamu membina sesebuah website atau blogs? Maka dengan meneliti tujuan ini, barulah kita dapat mengorak langkah seterusnya sama ada perlu atau tidak mengoptimasikan SEO secara besar-besaran pada site tersebut.

Jadi, pada 27 February 2010, aku telah menghadiri sebuah seminar yang telah diadakan oleh Encik Azman. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tapi, apa ada pada nama kalau ilmu yang diajarkan mengatasi kepopularanya kan? Ilmu SEO yang aku ada masih cetek. Tetapi beberapa exsperimen yang aku belajar sendiri membuahkan hasil yang cemerlang sebelum ke kelas beliau. Berapa cemerlang? Sangat cemerlang! Competitor sebanyak 155,000,000 dan tahu kah kamu bahawa blog aku dapat ranking yang ke-2 dari 155,000,000? Tak percaya? Nak kan bukti ke? Hehehehe…

 Laporan: Hujung minggu yang ber Google

Kata orang bijak pandai, ilmu itu seluas lautan dan apa yang kita ada hanyalah setitis dari itu. Maha besar tuhan yang Esa. Oleh sebab itu, bagi mendalami dan memantapkan lagi ilmu SEO ini, aku dengan bersahaje pergi menghadiri kelas ‘Bengkel 4 6 jam bersama Google‘.

Dari Perlis ke Ibu Kota bukanlah sesuatu yang rare yang pernah aku buat.  Walaupun terpaksa meninggalkan fruitheart yang tersayang, aku menggagahkan diri juga. Setakat untuk mendapatan ilmu yang sangat berharga ini, terpaksalah aku bekorban. Yuran serendah Rm100 beserta dengan sarapan, sangat berpatutan. Tapi agak malang, aku kelewatan hampir setengah jam dek kesesatan mencari Wisma Norbaya bersama Yam dan callister. Tapi aku bernasib baik kerana, Encik Azman baru sahaja memulakan sesi ice breaking bersama peserta bengkel yang lain…Huh lega…

Bengkel bermula dengan penerangan ringkas 2 teknik utama utuk mendominasi Google iaitu; On-page dan off-page. On-page adalah pengoptimasian keywords dalam site kita iaitu pada header, title, keywords density dan sebagainya manakala off-page pula adalah proses link building atau backlinking. Alhamdulillah, aku barulah faham teknik yang sebenar-benarnya untuk mendapatkan ranking yang cemerlang. Bukan susah seperti yang digembar-gemburkan. Cukuplah sekadar 2 teknik tadi sudah memadai untuk sesebuah site menjadi mantap!

Dari segi modal? Beberapa bahagian dalam optimasi SEO ini memerlukan kita mengeluarkan modal untuk menjimatkan masa dan tenaga. Benarlah, pelaburan mana yang tidak memerlukan modal? Tetapi modal kita hanya keluarkan sekali sahaja untuk ranking yang berpanjangan. Jadi, tiada apa yang merugikan icon smile Laporan: Hujung minggu yang ber Google kerana 80% traffic datang dari kedudukan yang pertama hingga ke 5. Traffics ini lah yang mampu convert kepada sales. Dan dari sales ini dapat kembalikan pulangan dan keuntungan hasil pelaburan yang telah kita keluarkan. Rugi ke? Tidak kan…

Start dari hari ini, aku boleh tersenyum bila bangun tidur. Pasal apa? Aku dah dapat tahu dengan jelas teknik link building yang pasti dan bukan ragu-ragu. Korang pula? Apa teknik yang dah pakai untuk dapat kan rank best kat SERP? Ada berani mau kongsi????

p/s: Aku menaip sambil Yam tidur kepenatan diatas katil depan aku. Hahahaha

pp/s: Tak sabar nak balik Perlis esok pagi; aku kerinduan fruitheart tersayang (maaflah, jadi mat bunga sebentar ye icon razz Laporan: Hujung minggu yang ber Google )

Posted in Diari, Google

Godaddy promo: I love it!

written by boy_bersahaje on February 26th 2010

Hai kawan-kawan, saja aku update ringkas ni. Hari ini aku dapat tahu godaddy mengeluarkan lagi coupon $0.99 untuk domain dot com. Apa tunggu lagi, cepat sebelum di tutup promo ini. Di bawah adalah screen shot yang menunjukan aku baru sahaja membeli satu domain  niche blog.

Ni coupon dia BUY2010. So, selamat mencuba. Haaa, satu lagi, pembelian ini hanya sah menggunakan debit atau credit card sahaja. Bukan dengan Paypal tau…Salam bersahaje

 Godaddy promo: I love it!

Posted in Arena Blogging

Servis Perunding blog:Rezamohyin.com

written by boy_bersahaje on February 24th 2010

boy bersahaje Servis Perunding blog:Rezamohyin.comLama dah sebenarnya aku nak menubuhkan servis ini. Tapi, masa 4 ke 5 bulan lepas, pengalaman masih cetek bagaikan melukut di tepi gantang swimming pool kanak-kanak. Banyak lagi skill yang perlu aku pelajari seperti edit php, css, custom field theme, SEO dan sebagainya. Memang tak aku nafikan bahawa, ilmu aku masih lagi cetek berbanding dengan mereka yang dah lama bertapak dalam dunia blogging ini. Terima kasih kepada Yam yang telah banyak mengajar aku menguasai teknik dan skill wordpress dan juga laman web. Banyak masa dah dihabiskan demi membina kredibiliti dalam bidang ini. Aku sangat meminati keperihalan wordpress dan blogging. Tak pernah ada perasaan jemu setiap kali aku mula membina blog yang baru. Walaupun agak leceh seperti mencari themes, setting widgets, install plugin, memasukkan iklan dan membuat perubahan kecil pada theme, tapi ke semua itu benar-benar buat aku stim seronok. Maka dengan tanpa segan silu, aku merasmikan Servis Perunding Blog dari rezamohyin.com untuk semua bakal bloggers, bloggers dan bloggers pencen.

Apa yang ada pada servis ini? Seperti yang aku maklumkan, servis perunding blog ini adalah rundingan berkaitan perihal blog. Segala-gala perihal blog telah aku sediakan di sini dengan harga yang cukup bersahaje melainkan servis untuk SEO. Servis SEO masih lagi dikaji. Buat pengetahuan kamu semua, untuk promosi pembukaan ini aku telah menawarkan sebanyak 15 kuota. Di mana, kuota tersebut adalah berkaitan dengan servis untuk set up blog. Sebuah blog di kira sebagai 1 kuota. Harga untuk promosi ini adalah serendah RM45 untuk pakej yang telah disediakan di sini. Setalah kuota ini berjaya dihabiskan, harga akan beralih dan mengorak kepada RM65 pula. Tetapi, aku yakin ini adalah harga yang paling tak masuk akal. Pasti ada yang akan mempertikaikan hasil kerja yang bakal aku pamerkan memandangkan harga pasaran sekarang untuk set-up sebuah blog mencecah RM100+. Aku pasti, kamu akan berasa puas dengan Servis Perunding Blog dari rezamohyin.com

perjuangan blogger bersahaje 300x225 Servis Perunding blog:Rezamohyin.com

Perjuangan blogger bersahaje (aku dan megat.net)

Di sini, aku ingin menekankan, ‘perjuangan seorang blogger bersahaje’ adalah berkait rapat dengan apa yang aku buat sekarang. Aku cuba dan berusaha memberikan servis dan info yang terbaik dengan kadar mampu milik dan tanpa ragu-ragu untuk memilikinya. Ada yang kata aku down rate harga pasaran. Maaf, aku tidak mengambil kesah dengan harga pasaran yang entah siapa yang menciptanya. Aku bukan menjual barangan mentah yang dikawal harganya. Aku tidak menganyai sesiapa melainkan menggalakkan masyarakat Malaysia untuk berblogging dan menjana pendapatan sampingan dengan cara yang halal dan tidak memeningkan sesiapa.

Maka, jangan lepaskan peluang ini wahai rakan-rakan sekalian. Segala details servis dan juga maklumat harga dan pembayaran ada termaktub di rezamohyin.com/servis. Selamat maju jaya dan salam bersahaje icon wink Servis Perunding blog:Rezamohyin.com

p/s: Kalau ade cadangan dan komen mengenai servis ini, silalah berkomen-komen di bawah ye. Aku pasti berdezup membalas setiap feedback dari kamu icon smile Servis Perunding blog:Rezamohyin.com

Posted in Arena Blogging
Copyright © 2010 Reza Mohyin.