Agensi pelancongan: Rahsia disebaliknya
written by bersahaje on February 18th 2010Tajuk yang terlalu off topic. Ini lah perkara yang ramai orang tidak mengambil berat mengenainya. Lebih buruk lagi, ada sesetengah pihak yang menganggap agen pelancongan adalah mahal dan tidak diperlukan sama sekali. Kenapa ini terjadi? Sebenarnya, konsep agensi pelancongan adalah memudahkan proses kita untuk merancang perjalanan dan percutian dengan lebih selesa dan teratur. Tanpa kamu perlu membuang masa memikirkan tempat dan aktiviti-aktiviti yang menarik di sana kelak. Pelancongan yang berbaloi bukan sahaja diukur dari segi kos malahan juga aktiviti dan kepuasan yang semestinya dapat meninggalkan seribu satu kenangan di lubuk hati.
Pada awal penglibatan aku dalam dunia pelancongan Malaysia, aku hanya bergantung pada kemampuan diri untuk melancong ke destinasi yang dihajati. Bermakna, aku study sendiri, mencari di internet bertanyakan kepada rakan-rakan dan juga berbincang melalui forum-forum tempatan. Hasilnya bolehlah aku banggakan kerana ilmu yang aku ada hanya setakat apa yang aku cari. Tetapi, percutian yang aku pergi tidak dapat memberikan keseronokan yang sepenuhnya. Sebab apa? Sebab, ilmu yang terbatas mendalami sesuatu tempat yang menarik bagi sesebuah kawasan agak terhad. Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat dan aktiviti yang belum aku lawati di sebabkan kekurangan maklumat. Nah, rasa sangat rugi dan kurang bersahajekan?
Untuk kes seperti di atas, pihak yang perlu kita rujuk selain dari rakan taulan ialah agensi pelancongan. Ya, agensi pelancongan. Walaupun kamu tidak berminat untuk membeli pakej-pakej dan produk pelancongan dari mereka, tetapi gunakanlah mereka sebagai sumber maklumat bagi sesuatu kawasan yang bakal kamu lawati. Selain mengetahui dan pakar mengenai tempat tersebut, mereka juga dapat memberikan kamu tricks dan rahsia untuk mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang murah dan menarik selain dari ‘disembelih’ oleh agen pelancongan yang tidak beretika. Saya pernah mendengar rintihan dari sahabat yang mendakwa mereka telah berhabis sebanyak RM3000+ untuk 3 hari 2 malam bercuti di Langkawi. Bila ditanya apakah aktiviti yang telah dibuat, mereka hanya lah memberikan pakej yang sangat asas iaitu hotel, kereta sewa dan tours guide. Harga pasaran untuk pakej seperti itu hanyalah kurang dari RM800. Perkara sebegini boleh dielakkan dengan mendapatkan khidmat nasihat dari yang lebih arif dan jujur.
Di sini aku ingin memberkan sedikit tips bagaimana mencari agensi pelancongan yang dapat memberikan harga yang agak rendah selain aktiviti yang sangat memuaskan. Berikut adalah beberapa tips:
- Freelance travel agent- Mereka mempunyai kepakaran yang tinggi disebabkan kebanyakan mereka terdiri daripada anak jati kawasan tersebut. Mereka mengambil peluang kerana kawasan mereka adalah tempat pelancongan. Selain pakar mengenai sesuatu kawasan, harga sangatlah berpatutan disebabkan merekalah yang mengendalikan pakej-pakej yang ditawarkan tanpa melalui orang tengah.
- 1 tempat sahaja- Bermakna mereka menawarkan pakej-pakej melancong hanya untuk satu tempat sahaja. Ini bermakna mereka mempunyai niche yang sangat narrow (1 kawasan). Kelebihan di sini ialah mereka akan memberikan servis yang sangat memuaskan kerana mereka memberikan fokus 110% pada sebuah kawasan.
- Online (Atas talian)- Agensi pelancongan yang berpangkalan di online adalah jauh lebih murah di sebabkan tiada cost overhead yang tinggi. Selain itu, mereka mampu memberikan harga yang sangat-sangat kompetitif kerana jumlah pesaing yang tidak terkira banyaknya. Ini juga dapat mengurangkan kos dan masa kamu.
- Kurang dari harga pasaran- Buat pengetahuan kamu, sebenarnya ke semua agensi pelancongan mampu untuk memberikan rate yang lebih rendah dari harga pasaran. Sebagai contoh, sebuah Hotel X membuka harga RM180 untuk satu malam. Tahukan kamu bahawa, agensi pelancongan yang bijak boleh memberikan harga yang kurang dari RM180. Setidak-tidaknya RM160-RM175. Walaupun nilai kurangnya tidak begitu tinggi, tapi kalau di darabkan dengan 2-3 malam, sebenarnya mampu untuk kamu jimat sehingga RM15- RM60. Nah, ini kan satu kelebihan untuk kita sebagai pengguna.
Jadi, adakah kamu telah bersedia untuk mencari dan berbincang bersama agen pelancongan? Andai iya jawapan kamu, baguslah. Jom kita borak-borak pengalaman manis dan pahit kamu yang pernah menggunakan khidmat agen pelancongan. Nak juga aku dengar demi kebaikan kita bersama…
Posted in Bersahaje, Featured, Merayap
