written by boy_bersahaje on March 23rd 2010
Mungkin kita sedang enak-enak blogging tidak sedar akan potensi sebenar blogpost atau entri kita yang sudah lapok ; adalah, salah satu cara untuk kita dapat income tambahan dari blog. Iye, inilah keyataan yang sememangnya benar! Mungkin ini adalah sesuatu yang baru bagi kamu. Bagaimanakah caranya? Untuk post part 1 ini, mari kita kaji roughly kaji apakah yang menjadikan blogpost lama di sesebuah blog begitu berharga sama ada untuk diri kamu dan juga untuk traffic. Terdapat 2 stream yang perlu kita tahu- SEO dan juga Affiliate. Mari kita lihat 2 aspek ini :
1. SEO @ Trafic - Sebenarnya, entri lama di blog kita masih lagi dicari oleh pengguna tegar internet di luar sana. Pokok pangkalnya ialah; adakah topik itu sesuatu yang masih relevan atau tidak. Bermakna, entri yang telah kita tulis masih lagi menjadi sumber informasi yang dicari-cari oleh pengguna internet. Contoh entri yang tak pernah lapok dek masa ialah, pelancongan, duit dan internet marketing. Topik-topik ini adalah antara carian yang tertinggi untuk setiap bulan di seluruh Malaysia.
Selain dari itu, advertiser yang gilakan SEO akan mencari keywords yang telah lame berada dalam database search engine. Atau dengan kata mudahnya – entri anda telah di indexed dengan jayanya. Semakin lama diperam, semakin sedap lah pada mata advertiser. Ini adalah salah satu kaedah yang tercepat untuk campaign link building bagi sesebuah website. Jadinya, inilah peluang untuk kita buat income tambahan dari blog.
Dalam hal ini, andai keywords yang kita gunakan menepati, maka ini adalah satu kredit yang sangat besar untuk kita. Sebab itu, kita digalakkan untuk menggunakan keywords yang ada market, long tail dan bernilai. Tidak perlu memandang susah untuk simple On Page SEO. Petua yang biasa digunakan ialah, kamu menggagap diri kamu adalah seorang pencari informasi. Apakah keywords yang kita akan taip untuk mencari sesuatu maklumat. Sebagai contoh, lampin bayi. Kebiasaanya, kita akan menaip dengan lebih detail seperti ‘lampin bayi murah di Malaysia’ atau ‘jualan lampin bayi murah dan berkualiti’. Nah, tidak susah bukan? Hanya perlu kan sedikit ketabahan dalam memikirkan sesuatu keywords yang relevan
.
2) Affiliate - Apa kejadahnya post lame berkait dengan affiliate? Mungkin sesetengah kita telah dapat mengagak dan ada juga yang menggaru kelapa kepala. Ada beberapa terms atau kondisi di mana, blogpost kita yang lepas adalah berbentuk review atau testimoni hasil kita menggunakan sesuatu produk atau servis. Dalam sedar atau tidak, ada ramai lagi yang masih tercari-cari review sesuatu barangan untuk mereka membelinya. Tapi, jangan kamu salah sangka pula bahawa, apa yang diceritakan di sini tiada kena mengena dengan produk yang dikeluarkan oleh mana-mana IM. Sebagai contoh lagi, kamu telah membuat satu review ringkas berkenaan dengan suatu produk lampin bayi di pasaran . Kamu menyatakan kebagusan produk tersebut dengan penuh rase gembira dan ikhlas. Tanpa ada niat menjual. Jadi, blogpost yang bagus diselangi dengan beberapa keywords yang bagus, akan menjadi tumpuan para ibu bapa yang mencari review berkenaan dengan produk ini. Di sini lah yang akan memberikan kita sedikit keuntungan.
Akan tetapi, bagaimana untuk kita mengetahui sama ada blogpost tersebut adalah yang telah dicari atau dibaca oleh pengguna internet yang lain? Ada beberapa free tools untuk kita mengetahuinya. Sangat mudah dan tidak la begitu teknikal.
Untuk bahagian kedua siri ini, kamu akan dihidangkan dengan lebih detail cara bagaimana untuk kita monetize dan akhirnya akan menghasilkan sedikit income tambahan dari blogpost kita yang lama. Sebelum itu, apa pendapat kamu berhubung dengan teknik ini.
Pernahkah kamu adaptasi dalam blog yang kamu miliki? Atau adakah kamu mempunyai cara yang lebih unik dari ini. Jom kita kongsi bersama di kotak komentar di bawah situ
Posted in Arena Blogging
written by boy_bersahaje on March 21st 2010

Tempat yang semakin dipandang…Boleh dikatakan masyarkat Malaysia sudah mengetahuinya (mama aku pun dah tahu
)…Tujuanya adalah berbeda mengikut warna yang telah dicorakkan oleh empunya nya…Tempat menjana pendapatan atau income tambahan…Ramai yang telah berjaya dengan memilikinya…dan kita…kita hanya melihat semua detik kejayaan seorang demi seorang tanpa melakukan sebarang tindakan yang positif…Tapi…Ada juga yang menyalah gunakanya sebagai medium perbalahan, pencacian dan persengketaan…BLOG…BLOG…BLOG. Adakah, blog kamu benar benar sebuah blog???
Blog yang bagus adalah blog yang mampu menarik perhatian untuk pembacanya membaca dan terus membaca dengan lebih mendalam. Pembacanya sanggup mengorek dan membongkar segala isi dalaman blog. Ada yang lebih dahsyat lagi, membaca hampir keseluruhan isi kandungan blog walaupun entri telah mencecah lebih 10 000. Ini lah yang terjadi pada aku yang lalai dan leka membaca kebanyakan blog yang dimiliki oleh professional bloggers di luar tanah air. Percaya atau tidak, dalam masa seminggu, aku telah menghabiskan membaca hampir ke semua isi kandungan sebuah blog yang mengandungi 10 000+ entries. Sebabnya, sangat menarik dan menimbulkan sangat keseronokan untuk aku terus membaca dan membaca…Apkah rahsia si empunya blog yang sangat bertuah itu???
Mengikut pengalaman dan sedikit uji kaji yang aku telah lakukan beberapa minggu kebelakangan ini, sebuah blog yang menarik adalah terletak kepada 6 factors. Berikut aku huraikan sedikit demi sedikit setiap factor yang telah aku dapat simpulkan.
- Theme @ Appearance blog tersebut – Apa yang aku lihat, kebanyakan professional bloggers di luar sana menggunakan themes yang unik. Unik bermakna, hanya satu di dunia. Custom design. Pereka theme bagi blog tersebut telah menghasilkan kerja yang sangat menakjubkan. Mereka mampu untuk menarik perhatian dan mata pembaca untuk focus pada contents. Penggunaan warna yang menarik, dapat menarik perhatian minda separa sedar; iaini, pembaca tanpa menyedari telah terpukau dengan warna theme itu sendiri. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah membaca contents entri-entri yang terdapat pada blog tersebut tanpa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Sangat menakjubkan!
- Topik yang menarik – Sudah terbukti, pengunjung datang ke satu-satu blog adalah untuk mendapatkan informasi yang berguna dan menarik. Menarik bermaksud, mereka tidak bosan membaca dan mempunyai perasaan yang meluap-luap untuk mengetahui isi kandungan yang ditulis. Ini adalah satu teknik yang bukan sehari boleh digilap oleh seorang blogger. Perlukan latihan dan pengalaman selain pembacaan yang hyper banyaknya. Inilah kelebihan seorang blogger!
- Disiplin mengemaskini blog – Ahaaaa! Inilah point yang aku lemah. Blog yang sentiasa di update, adalah blog yang cemerlang! Itulah blogger yang berdisiplin dan bertangungjawab. Walau sesibuk mana pun, update blog adalah menjadi rutin yang wajib bagi mereka. Pembaca yang biasa akan menjadi pembaca yang setia. Pembaca yang setia akan menjadi pembaca yang tegar. Pembaca yang tegar akan memgeluarkan komen tanpa disuruh. Komen inilah motivasi bagi blogger untuk terus menulis dan meulis. Kamu nampak kan kesinambungan dan keperluan antara blogger dan pembacanya?
4. Niche yang tidak mencapah – Memang tidak dinafikan, blog personal adalah sebuah blog ROJAK. Kadang-kadang, blogger juga perlukan kelainan untuk mencari mood atau untuk menghiburkan pembacanya. Tetapi, sedarkah kamu, traffic dan visitors yang datang ke satu-satu blog adalah di sebabkan niche yang telah ditetapkan oleh blogger itu sendiri? 90% cerita dalam satu-satu blog adalah berkaitan dengan niche nya. Ini adalah apa yang telah di apply oleh pro bloggers di luar sana. Agak payah untuk kita mencari cerita peribadinya yang bukan berkenaan dengan niche blog tersebut. Inilah tahap yang perlu kita contohi.
5. Kesalahan tatabahasa - Termasuklah ejaan. Ejaan atau tatabahasa yang teruk membuatkan readers bosan. Blogger yang baik adalah yang menjaga setiap ejaan dan tatabahasa yang sedang-sedang elok untuk mata melihat. Mata membaca, hati yang menilai. Tidak perlulah menulis seperti sebuah karangan SPM. Cukuplah sekadar sedap membacanya.
6. Interlinking – Ini adalah senjata yang paling berkesan untuk readers mengorek entri-entri lama yang berkaitan. Pembacaan yang seronok + interlinking yang bagus ke entri-entri lama = readers korek tak henti-henti! Tapi, pernahkan kamu berfikir, bagaimana blogger yang mempunyai 10 000 lebih entri di blognya mampu mencari permalink untuk setiap post yang berkaitan dengan keywords nya? Haaa inilah pentingnya penggunaan plugin Crosslinker dan juga Insight. Hanya taip kan sahaja keywords yang kamu hajati, ke semua post-post yang berkaitan akan keluar dengan bersahaje! Cuba lah
Buat pengetahuan kamu, inilah post yang pertama aku melebihi 600 patah perkataan! Sebelum ini aku hanya update dan menulis dengan perkara-perkara on surface. Bukan apa, aku masih belum lagi menguasai teknik penulisan panjang yang boleh buatkan kamu habis membacanya. Tetapi kali ini dan seterusnya, aku akan meneruskan berkongsi dan berkongsi tips yang baru atau lama tetapi masih relevan dan praktikal untuk di amalkan dalam arena blogging. Mungkin hampir ke semua kamu telah mengetahuinya, tetapi aku anggap tulisan aku adalah untuk mengingatkan diri aku dan juga kamu semua
. Banyak lagi skill dan tips blogging yang aku dapat hasil dari pembacaan 10 000+ entries di blogs luar sana. Hanya masa dan kekuatan menuntukan sama ada aku mampu untuk berkongsi dengan kalian atau tidak.
p/s: Nantikan kemunculan ebook percuma dari boy_bersahaje. Dianggarkan lebih 50 muka surat tidak termasuk halaman depan untuk tatapan kamu.
Posted in Arena Blogging
written by boy_bersahaje on March 18th 2010

Search engine optimization buatkan aku agak kesibukannullazi sejak akhir-akhir ini. Sambutan yang sangat menggalakkan membuatkan aku tidak teragak-agak untuk membina sebuah lagi site servis provider khas untuk link building service. Domain tersebut aku dah lama beli, cuma masih belum lagi diguna pakai. Nah, sekarang la masanya untuk aku menggunakan sepenuhnya domain tersebut dari terbiar tanpa belas kasihan. Boleh saja untuk aku gunakan subdomain dari domain blog ini untuk tujuan itu, tapi bagi aku, untuk aku menerjah ke syarikat-syarikat gergasi pada masa akan datang, lebih molek untuk aku menggunakan sebuah domain yang baru. Domain yang melambangkan diri aku dan hasil kerja aku. Walaupun semacamnya domain itu tiada kena-mengena dengan service yang aku provide, ade aku kesah??!!! aku percaya domain name hanya memberikan impak yang amat sekelumit kepada search engine optimization. Selebihnya…ada diceritakan di sini. “Ala boy, takkan baru set up satu site dah rasa diri tu busy? Rilex la brader” detik hati kamu orangla
. Sebenarnya aku bukan busy dengan set up site tersebut sahaja, ade 6 buah blog tempahan dari 2 orang brader dan juga beberapa tempahan Killer Backlink Building (KBB) daripada beberapa orang juga pangkat brader-brader. Selain itu, weekend aku yang lepas, aku telah memberanikan diri untuk menerjah ke Kuala Terengganu bagi menghadirkan diri aku ke majlis teman sepelajaran aku di Unimap ini. Sangat seronok sesekali berjalan meninggalkan kerja part time dan juga tempat pembelajaran. Orang kata release the tension not to get the tension ntah apa-apa ayat aku tu.
Pada masa aku sedang buat-buat sebok tu jugalah, aku sentiasa melawat ke blogs kawan-kawan yang lain untuk menimba ilmu dan juga mengetahui perkembangan terkini mereka. Maaflah, ada beberapa blogs sahaja yang sempat aku tinggalkan komen. Untuk blogs yang belum berkesempatan, nantikan komen aku yang sangat bersahaje untuk kamu orang. Aku juga banyak menghabiskan masa membaca, mengkaji, membeli dan bertanya produk-produk IM (Internet Marketer) luar negara demi menambahkan lagi ilmu pengetahuan aku untuk mengembangkan lagi online business ini. Auto-responder, ebook, warriorforum, wangcyber, johnchow, mazlienadzri, clickbank dan macam-macam lagi. Idea banyak yang aku dapat, tinggal perancangan dan perlaksanaan yang memenatkan belum lagi aku laksanakan. Dalam sedar tidak sedar, aku telah mencapai 4 dari 8 wish-list aku untuk tahun 2010 ini. Insya-Allah akan bertambah dari bulan ke bulan sampai cukup 8. Buat pengetahuan pembaca yang setia yang aku sayangi, daripada 8 wish-list tersebut, hanya 2 sahaja yang bukan berorientaskan internet. Terlalu banyak plan yang aku perlu kejarkan sebelum tamat 2010. Sangat memenatkan tapi aku gembira dengan apa yang aku sedang lakukan (bukan menaip ye).
Pada 15 haribulan Mac lepas hari jadi aku disambut dengan ala kadar bersama fruitheart tersayang di Kuala Teengganu. Aku mendapat hadiah yang selama ini aku idamkan; bermuda quicsilver buatan India. Ahahaha. Thanks fruitheart. Sekarang aku dah boleh bergaya di tepi pantai Kuala Perlis dengan bermuda tersebut di damping dengan sepasang Santa-Cruz-Crocs tiruan buatan China yang aku baru beli di KT tempoh hari. Uuuuuhhh sangat bersahaje! Harga pasaran RM70 tapi aku telah berjaya mendapatkan nya dengan harga rm55 sahaja. Boleh jual kat orang JB.

santa-cruz-crocs
Terengganu memang sebuah bandar yang sangat cantik. Aku sangat suka sama terengganu. Laut yang biru, bandar yang bersih, keropok lekor yang banyak, nasi dagang yang sedap…hampir complete ciri-ciri bandar idaman aku. Thanks Terengganu, aku akan datang ke Pulau Perhentian nanti!!!
Thanks to Boss dan dr.aku.la yang sudi mengingatkan aku untuk update blog ni. Huhuhu, kalau tak makin lambatlah aku nak update nya
p/s: Sedikit masa lagi, aku akan keluarkan sebuah ebook percuma mengenai arena business online khas untuk semua pembaca blog ini
. Ini adalah salah satu cara untuk aku berterima kasih
. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membacanya…
Posted in Bersahaje