Income Tambahan: Aku ada idea untuk kamu!

written by bersahaje on March 11th 2010

Grafik2 1 Income Tambahan: Aku ada idea untuk kamu!Sering kala, kata melihat sesuatu bakat atau talent yang ada pada diri sendiri adalah sesuatu yang biasa. Sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat atau keuntungan. Tetapi, tahukah kamu bahawa, bakat ini lah anugerah dari Ilahi untuk kita mengaut keuntungan di muka bumi ini. Tak percaya? Baca lagi…Tak semua apa yang kita pelajari, kita hadir ke seminar-seminar buat duit akan mendatangkan hasil yang lumayan sebagai income tambahan. Sebab, itu semua bergantung pada usaha dan juga rezeki seseorang. Tapi, aku ada idea unt kamu yang ade bakat dalam seni grafik. Dar kamu design sendiri tanpa menjualnya, benarkan aku untuk membuka minda kamu mengenai industri grafik ini.

Industri grafik pesat membangun seiring dengan kemajuan bisnes internet. Kalau bisnes offline, peniaga sering kali menghias kedainya dengan pelbagai dekorasi semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan masuk ke dalam kedainya. Lumrah mansia suka dan cinta pada kecantikan. Maka tidak hairanlah peniaga yang berjaya sanggup untuk berhabis ratusan ribu malahan jutaan ringgit semata-mata untuk menghias tempat perniagaanya demi menambat hati pelanggan. Nah, di sini, kamu boleh mengaplikasi kan ia ke dalam bisnes online kamu. Tapi, kita nak hias dengan apa ye? Sudah semestinya dengan rekaan grafik yang sangat manambat hati. Selain dari kata-kata pujukan minda separuh sedar, percayakah kamu bahawa grafik yang memukau mampu membuatkan visitor untuk terus membeli tanpa berfikir panjang. Inilah kuasa grafik yang aku maksudkan.

Maka, perkembangan industri grafik adalah sangat pesat sekarang mengalahkan indstri kereta tanah air. Aku percaya, di luar sana, ada lagi mereka yang masih kabur di manakah tempat untuk kita dagangkan hasil seni grafik yang telah kita hasilkan. Kamu hanya memerlukan sebuah laptop yang berharga kurang dari RM2k dan juga software untuk kerja-kerja mereka-bentuk grafik. Tapi, dengan hanya berbekalkan modal yang sangat rendah, kamu mampu untuk menjana income tambahan seperti kedai-kedai printing di luar sana. Percaya atau tidak, untuk mereka yang masih amatur dalam seni bina grafik ini pun sudah mampu menjana income tambahan 3-4 angka dalam masa sebulan. Tapi, itu adalah untuk mereka yang benar-benar inginkan sahaja. Kalau kamu nak tahu apa caranya…Jom kita baca lagi

Setiap grafik, ada tempat-tempat yang tertentu sahaja yang boleh dijual. Dan, tempat-tempat iniah yang memainkan peranan untuk harga bagi setiap grafik yang telah kamu hasilkan. Konsep ini adalah sama juga seperti ini; sepasang jeans tiruan dijual pada kadar RM50-RM60 di pasar malam. Tapi, harga boleh melambung tinggi jika ia ditempatkan di pasar raya ternama seperti Pavillion, The Curve, One utama atau JJ Tebrau. Sebab apa? Sebab tempat yang eksklusif membuatkan harga melambung tinggi. Inilah hakikat! Dan inilah RAHSIA yang telah dibongkarkan oleh Reezluv. Seorang pakar grafik yang tak perlu aku perkenalkan lagi. Beliau lah yang mereka header aku diatas tu. Semua lubuk rahsia nak mendapatkan income tambahan dalam arena grafik ada diterangkan secara detail di dalam report terbaru beliau iaitu Rahsia Duit Grafik.

Dalam report Rahsia Duit Grafik ini, kamu bukan hanya didedahkan dengan 1 rahsia sahaja, tetapi ada 4 rahsia  secara detail, teknik untuk kamu menjana income tambahan daripada grafik. Sila rujuk gambar di bawah:

 Income Tambahan: Aku ada idea untuk kamu!

  1. Rahsia Duit Grafik – Banner
  2. Rahsia Duit Grafik – Ecover
  3. Rahsia Duit Grafik – Logo
  4. Rahsia Duit Grafik – Web

Ke empat-empat laporan tersebut sangat mudah difahami. Setiap lubuk duit ditayangkn tanpa segan dan silu dalam Rahsia Duit grafik ini. Bagi pendapat peribadi aku, ini adalah satu perkara yang baru didedahkan. Bermakna, teknik yang Reezluv bongkarkan ini masih ramai lagi yang belum mengetahuinya. Dan yang paling penting ialah teknik ini lambat atau tidak akan tepu di persada grafik. Kamu akan sentiasa mampu menjana income tambahan setiap masa tanpa perlu risau! Sebab apa aku katakan begitu? Sebab, selagi kamu mengikut segala step dan petua yang terdapat dalam Rahsia duit Grafik ini, selagi itu lah kamu bleh menjana income tambahan dalam niche grafik. Ingat, pasaran yang didedahkan oleh reezluv adalah pasaran yang sangat berkualiti. Sumpama cerita jeans yang aku ceritakan di atas tadi. Ini pasaran  High  QUALITY dan memang boleh buat income tambahan andai kamu adalah seorang pereka grafik.

Tapi, nanti dulu…Kalau kamu berniat nak beli laporan Rahsia Duit Grafik ni, baik janganlah beli. Sebab apa? Sebab, aku akan bagi rebet RM5 untuk sesiapa yang beli laporan Rahsia Grafik menggunakan link ini Rahsia Duit Grafik. Pembayaran rebet akan diberikan setelah cukup hujung bulan untuk setiap bulan! Selain itu jugak, ada beberapa bonus misteri yang bernilai $25 akan aku berikan pada yang sudi membeli dengan menggunakan link ini Rahsia Duit Grafik. Jadinya, clear kan cookies browser kamu, dan layarilah Rahsia Duit Grafik dengan aman…

Posted in Duit punya hal

Bersahaje:Produktiviti

written by bersahaje on March 4th 2010

Kata orang, keselesaan tempat kerja adalah nadi utama seseorang untuk menjadi lebih produktif. Ada benarnya kata-kata ini. Dari mana? Aku pun tidak pasti. Cuma sedikit lagi aku suka menambah, keselesaan rumah dan tempat kerja adalah nadi untuk aku terus bersemangat dalam apa jua yang aku lakukan. Tempat yang bersih dan selesa boleh mendatangkan banyak ilham dan idea. Aku sendiri banyak mendapat idea bila duduk di bilik atau di rumah. Idea atau ilham datang dengan pelbagai bentuk. Ada ketika mimpi, duduk bersendiri, mengelamun, membaca dan sebagainya. Macam aku pula, ilham itu akan datang bila duduk dan membaca forum-forum dan blogs ketika di dalam bilik. Aku lebih banyak menghabiskan masa di internet berbanding menonton tv. Tapi kalau ada game Chelsea di Astro, mungkin aku akan berfikir 2 kali kihkhihkhihkih. Post kali ini lebih bersifat santai. Aku baru sahaja selesai dengan kerja-kerja online, siapkan order dan sedikit pembacaan untuk penambahan ilmu berkaitan dengan backlinks. Mungkin hari ini produktiviti aku meningkat lebih dari hari-hari sudah icon smile Bersahaje:Produktiviti .

Aku saja buat post ini untuk berkongsi tempat di mana aku blogging setiap hari. Bagi aku, ini adalah cara untuk aku lebih dekat lagi dengan pembaca seperti kamu. Untuk teman-teman yang telah mengenali aku pula, ini adalah cara bagaimana untuk kamu mengenali aku dengan lebih lanjut sebagai seorang teman online mahu pun offline. Barulah kamu boleh hayati dengan lebih mendalam setiap post yang telah dan akan aku terbitkan di dalam blog ini. Tak gitu? Buat pengetahuan kamu, tempat aku blogging ini belum lagi bleh di kategorikan sebagai SOHO (Small Office Home Office). Hentahlah, aku lebih selesa dengan nama ‘bilik’ dari ‘office’. Bebas dari tekanan dan sangat bersahaje! Lagi pun, masih banyak lagi equipments yang belum cukup seperti mesin fax, scanner, binding machine dan lain-lain. Apa yang ada hanyalah sebuah laptop ACER lama berusia lebih 5 tahun (pemberian fruitheart icon smile Bersahaje:Produktiviti ), sebuah printer lame pun seusia laptop, sebuah CPU, sebuah subwoofer Philips, 2 buah meja, 1 papan memo. Tidak dilupakan almari, rak solek dan buku, katil dan pintu sehelai permaidani biru.

bilik boy Bersahaje:Produktiviti

Pandangan belakang

Buat pegetahuan kamu semua, kerusi biru tu baru je aku beli bulan lepas Before ni dok atas kerusi kayu meja set meja makan. Bila pungkok dah tak boleh tahan lenguh, aku pun ushar kat Kangar. Ternyata harga perabot kat perlis jauh lebih murah berbanding kampung halaman aku di JB. RM80 sahaja. Keselesaan berganda, produktiviti pun meningkat icon razz Bersahaje:Produktiviti . Barang-barang lain kebanyakan nya aku memang dah ada sejak awal-awal belajar dulu. So, jangan membazir, gunakan apa yang ada. Kalau kreatif, mesti lagi cantik hias bilik. Sorilah, memang aku saja tak kemas bilik pun. Kihkihkihkih.

bilik boy2 Bersahaje:Produktiviti

Pandangan sisi

Insya-Allah, hari demi hari, aku akan tingkatkan lagi segala keperluan dalam bilik aku dengan perkakasan yang lebih baik. Seperti, laptop baru, mesin fax, dan autoresponder monitor. Yelah, lepas aku lepak rumah Yam, aku teruja tengok si Yam ada 2 monitor. Baru laju buat kerja. Hahahaha

Walau se simple mana kamu hias tempat kamu bekerja di rumah, walau se sempurna mana pun equipments SOHO kamu, yang penting berapa income yang kamu boleh generate dari itu semua. Ini lah yang menjadi pegangan aku sampai sekarang. Kalau harga total equipments yang kamu beli melebihi daripada pendapatan, baik berusaha dengan lebih keras untuk mengembalikan duit yang telah kamu belanjakan. Dan kalau pendapatan kamu melebihi dengan apa yang kamu telah laburkan, aku dengan bersahaja dan berbesar hati mengucapkan jutaan tahniah atas pencapaian yang diperolehi. Tambahkan lagi usaha dan strategi perniagaan kamu dan hadiahkan lah diri dengan sesuatu yang kamu impikan. Dengan itu, mesti semangat dan produktiviti kamu akan lebih meningkat. Yang penting sekarang hanyalah keberanian yang tiada kompromi.

Haaa apa tunggu lagi, meh sini aku dengar bagaimana kamu set tempat kamu blogging atau bekerja di rumah. Aku memang suka

Posted in Bersahaje
Copyright © 2010 Reza Mohyin.