Advertiser dan contest: Ada cerita untuk kamu!

Posted by boy_bersahaje on August 4th 2010

contest 191x300 Advertiser dan contest: Ada cerita untuk kamu!

Alhamdulillah, entri ‘Penulisan blog: Redah sahaja’ telah berjaya menambat hati penganjur pertandingan, iaitu reezluv.com untuk memberikan pengiktirafan kepada aku menyandang tempat kedua icon smile Advertiser dan contest: Ada cerita untuk kamu! . Walaupun aku menulis berdasarkan pengalaman dan tidak megharapkan sangat kemenangan, tapi perasaan kegembiraan itu memang tak boleh aku nafikan. Hehehehe. Dan salah satu sebab aku sangat excited kerana inilah julung-julung kalinya aku menyertai contest untuk review blog melayu. Sebelum ini, aku banyak menulis review berbayar untuk web barat seperti Canada, US dan UK. Tetapi, review blog melayu memberikan aku satu kepuasan kerana 2 sebab:

  1. Aku bebas untuk menulis tanpa memikirkan grammar
  2. Aku dapat memuaskan hati pembaca kerana aku berkongsi salah satu pengalaman dan pendapat aku sendiri

Hadiah untuk pemenang tempat kedua ialah pengiklanan banner selama SETAHUN di blog rezluv.com. Terima kasih ya reez hehehehe.

Ok, bercerita mengenai review blog atau web, apa sebenarnya yang diinginkan oleh advertiser? Adakah traffic atau kempen linkbuilding semata-mata? Untuk kes ini, kita perlu lihat 2 jenis blogs kamu (asyik 2 je entri kali ini icon razz Advertiser dan contest: Ada cerita untuk kamu! ):

  1. Traffic tinggi
  2. Tiada traffic @ traffic rendah

Buat pengetahuan kamu, semalam selepas aku solat magrib, aku didatangi sebuah email yang biasa sahaja. Aku pun membuka dan membacanya.

advertiser Advertiser dan contest: Ada cerita untuk kamu!Jadinya, aku berpuas hati dengan tawaran itu. Walaupun kecil, tetapi bagi aku sudah memadai. Sebab apa? Ada 2 sebab:

  1. Aku just copy and paste kerana article telah disiapkan oleh si advertiser.
  2. Traffic alexa menghampri 10 juta atau lebih senang cakap tiada traffic

Dengan $5 = rm15, aku dah boleh bermain futsal selama 5 kali berturut-turut. Best kan? Tetapi, sebenarnya, kita boleh dapat sale lebih dengan hanya satu advertiser sebegini. Ini boleh kita lakukan andai memiliki blog network atau blog yang lebih daripada 1. Sebagai contoh, aku sekarang mempunyai 20 niche blog (9 blogs lagi dah terminate). Dan hampir separuh daripada blogs tersebut boleh memuatkan artikel daripada advertiser ini. Bagaimana nak pikat hati advertiser? Tapi perlu  diingatkan, bahawa ke semua blogs kamu mestilah mempunyai IP address yang berbeza. Kalau tak, advertiser kurang atau tak akan berminat. Sebab apa? Backlinks yang terletak pada berlainan blogs tetapi IP address yang sama, dianggap sebagai satu backlinks sahaja icon wink Advertiser dan contest: Ada cerita untuk kamu! . Masih pening dengan backlinks, kamu boleh dapatkan eBook PERCUMA yang aku tulis di Menjana duit dari backlinks.

p/s: Ok ke kalau rezamohyidotcom pun nak anjurkan satu contest untuk pembaca nya?

Posted in Arena Blogging

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.