Blog: Adakah blog anda benar-benar sebuah BLOG???
Posted by bersahaje on March 21st 2010
Tempat yang semakin dipandang…Boleh dikatakan masyarkat Malaysia sudah mengetahuinya (mama aku pun dah tahu
)…Tujuanya adalah berbeda mengikut warna yang telah dicorakkan oleh empunya nya…Tempat menjana pendapatan atau income tambahan…Ramai yang telah berjaya dengan memilikinya…dan kita…kita hanya melihat semua detik kejayaan seorang demi seorang tanpa melakukan sebarang tindakan yang positif…Tapi…Ada juga yang menyalah gunakanya sebagai medium perbalahan, pencacian dan persengketaan…BLOG…BLOG…BLOG. Adakah, blog kamu benar benar sebuah blog???
Blog yang bagus adalah blog yang mampu menarik perhatian untuk pembacanya membaca dan terus membaca dengan lebih mendalam. Pembacanya sanggup mengorek dan membongkar segala isi dalaman blog. Ada yang lebih dahsyat lagi, membaca hampir keseluruhan isi kandungan blog walaupun entri telah mencecah lebih 10 000. Ini lah yang terjadi pada aku yang lalai dan leka membaca kebanyakan blog yang dimiliki oleh professional bloggers di luar tanah air. Percaya atau tidak, dalam masa seminggu, aku telah menghabiskan membaca hampir ke semua isi kandungan sebuah blog yang mengandungi 10 000+ entries. Sebabnya, sangat menarik dan menimbulkan sangat keseronokan untuk aku terus membaca dan membaca…Apkah rahsia si empunya blog yang sangat bertuah itu???
Mengikut pengalaman dan sedikit uji kaji yang aku telah lakukan beberapa minggu kebelakangan ini, sebuah blog yang menarik adalah terletak kepada 6 factors. Berikut aku huraikan sedikit demi sedikit setiap factor yang telah aku dapat simpulkan.
- Theme @ Appearance blog tersebut – Apa yang aku lihat, kebanyakan professional bloggers di luar sana menggunakan themes yang unik. Unik bermakna, hanya satu di dunia. Custom design. Pereka theme bagi blog tersebut telah menghasilkan kerja yang sangat menakjubkan. Mereka mampu untuk menarik perhatian dan mata pembaca untuk focus pada contents. Penggunaan warna yang menarik, dapat menarik perhatian minda separa sedar; iaini, pembaca tanpa menyedari telah terpukau dengan warna theme itu sendiri. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah membaca contents entri-entri yang terdapat pada blog tersebut tanpa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Sangat menakjubkan!
- Topik yang menarik – Sudah terbukti, pengunjung datang ke satu-satu blog adalah untuk mendapatkan informasi yang berguna dan menarik. Menarik bermaksud, mereka tidak bosan membaca dan mempunyai perasaan yang meluap-luap untuk mengetahui isi kandungan yang ditulis. Ini adalah satu teknik yang bukan sehari boleh digilap oleh seorang blogger. Perlukan latihan dan pengalaman selain pembacaan yang hyper banyaknya. Inilah kelebihan seorang blogger!
- Disiplin mengemaskini blog – Ahaaaa! Inilah point yang aku lemah. Blog yang sentiasa di update, adalah blog yang cemerlang! Itulah blogger yang berdisiplin dan bertangungjawab. Walau sesibuk mana pun, update blog adalah menjadi rutin yang wajib bagi mereka. Pembaca yang biasa akan menjadi pembaca yang setia. Pembaca yang setia akan menjadi pembaca yang tegar. Pembaca yang tegar akan memgeluarkan komen tanpa disuruh. Komen inilah motivasi bagi blogger untuk terus menulis dan meulis. Kamu nampak kan kesinambungan dan keperluan antara blogger dan pembacanya?
4. Niche yang tidak mencapah – Memang tidak dinafikan, blog personal adalah sebuah blog ROJAK. Kadang-kadang, blogger juga perlukan kelainan untuk mencari mood atau untuk menghiburkan pembacanya. Tetapi, sedarkah kamu, traffic dan visitors yang datang ke satu-satu blog adalah di sebabkan niche yang telah ditetapkan oleh blogger itu sendiri? 90% cerita dalam satu-satu blog adalah berkaitan dengan niche nya. Ini adalah apa yang telah di apply oleh pro bloggers di luar sana. Agak payah untuk kita mencari cerita peribadinya yang bukan berkenaan dengan niche blog tersebut. Inilah tahap yang perlu kita contohi.
5. Kesalahan tatabahasa - Termasuklah ejaan. Ejaan atau tatabahasa yang teruk membuatkan readers bosan. Blogger yang baik adalah yang menjaga setiap ejaan dan tatabahasa yang sedang-sedang elok untuk mata melihat. Mata membaca, hati yang menilai. Tidak perlulah menulis seperti sebuah karangan SPM. Cukuplah sekadar sedap membacanya.
6. Interlinking – Ini adalah senjata yang paling berkesan untuk readers mengorek entri-entri lama yang berkaitan. Pembacaan yang seronok + interlinking yang bagus ke entri-entri lama = readers korek tak henti-henti! Tapi, pernahkan kamu berfikir, bagaimana blogger yang mempunyai 10 000 lebih entri di blognya mampu mencari permalink untuk setiap post yang berkaitan dengan keywords nya? Haaa inilah pentingnya penggunaan plugin Crosslinker dan juga Insight. Hanya taip kan sahaja keywords yang kamu hajati, ke semua post-post yang berkaitan akan keluar dengan bersahaje! Cuba lah
Buat pengetahuan kamu, inilah post yang pertama aku melebihi 600 patah perkataan! Sebelum ini aku hanya update dan menulis dengan perkara-perkara on surface. Bukan apa, aku masih belum lagi menguasai teknik penulisan panjang yang boleh buatkan kamu habis membacanya. Tetapi kali ini dan seterusnya, aku akan meneruskan berkongsi dan berkongsi tips yang baru atau lama tetapi masih relevan dan praktikal untuk di amalkan dalam arena blogging. Mungkin hampir ke semua kamu telah mengetahuinya, tetapi aku anggap tulisan aku adalah untuk mengingatkan diri aku dan juga kamu semua
. Banyak lagi skill dan tips blogging yang aku dapat hasil dari pembacaan 10 000+ entries di blogs luar sana. Hanya masa dan kekuatan menuntukan sama ada aku mampu untuk berkongsi dengan kalian atau tidak.
p/s: Nantikan kemunculan ebook percuma dari boy_bersahaje. Dianggarkan lebih 50 muka surat tidak termasuk halaman depan untuk tatapan kamu.
Posted in Arena Blogging

Blog ney adalah blog yang paling last ling akan pegi. Tah2 tak singgah pun
Sebab saye bukanlah orang yang no 3 seperti di atas. Sob sob sob…
@ash, Ling pun sama
. Tapi kita kan boleh improve. Your writing is improving fruitheart!!! Congratz huhuhu
blog ko ni selalu je aku singgah..tapi bila singgah,tak de entry baru..hehe..sama la macam aku..bab no 3 tu payah sikit..
@khairolghani, Tol tu kay. I’allah lepasni maintain update 3 hari sekali
.
pada permulaan sebelum aku baca.. aku mmg nak komen dah ko punya entry ni boleh tahan banyak.. tapi at the end ade plak ko cite dah 600 patah perkataan..
point no 3 tu aku sendiri pun akui mmg lemah juga.. he he.. tak dinafikan..
keep up great article coming in..
@boss, Thanks boss! I’allah yang terbaik dari ladang aku hidangkan right after this.
No 3 & 4 itu yang menjadi kekangan setakat ini. huhu
Yup. Itulah cabaran utama bloggers. Berkenaan dengan point no 4, kalau kita memang ahli dalam satu-satu bidang, I’allah tidak mendatangkan masalah. Kalau kita bukan ahli, maknanya memang perlu perbanyakan membaca
No.6 tu bagi aku adalah input baru.Terima kasih.
No.3 tu adalah cabaran untuk aku dan semua rakan-rakan blogger yang lain.
Yup, memang betol. Lagi-lagi kalau bz sangat dengan projek dan urusan lain. Thanks singgah blog ni. Hope dapat sentiasa bertukar pandangan di sini
no3 selalu prob. erm ebook percuma?? wahh tak sbar nie..hehe
@zik, Yup…Huhu, rajin2 la ushar blog buruk ni ye. kalau demand tinggi, sape yang terlambat gigit jari
Bro.. plugin crosslinker dgn insight mana yg bagus? ke bro guna dua-dua?
aku pakai insight. crosslinker pun ok
Oo.. aku baru gak test insight.. tp tak working lah utk insert link tu.. nampaknya kene copy gak lah link tu.. tp kalau dia tambah option untuk cari tag dan category lagi best ni..
banyak lagi perkara yg perlu dilakukan oleh saya..:)
thanks seronok membaca di sini..