Blogging: Di manakah hala tuju seseorang blogger?

Posted by boy_bersahaje on August 6th 2010

hala tuju blogger 300x300 Blogging: Di manakah hala tuju seseorang blogger?

Sedarkah kita selain dari memberi kepuasan pada diri dan juga mendidik pembaca blog, kita perlukan matlamat pada jangka masa panjang untuk corak dan masa depan blogging kita. Boleh blogging sekadar untuk suka-suki. Tapi, percayalah, kalau matlamat untuk long term kita tak nampak, lama-kelamaan ia akan menjadi hambar dan pupus la semangat murni kita untuk blogging. Ya, blogging for money at the end of the hope. Itulah hakikat yang sentiasa ada pada diri seseorang blogger untuk meneruskan cita-citanya sebagai blogger yang kental.

Maafkan aku kalau pendapat aku salah dan bukan sehaluan dengan kamu. Tetapi, sedarkah kita, blogging  sebenarnya mempunyai kos overhead yang perlu diambil kira. Seperti kos domain dan hosting, maintenance laptop dan juga kos bil api dan air. Ya, aku tahu itu semua boleh ditolak tepi, tapi bila dikira  kos tersebut dalam masa setahun, sebenarnya nilainya boleh mencecah ratusan ringgit. Tidak mengapa, aku menulis entri ini bukan untuk menakutkan kamu yang baru bermula, cumanya, aku suka ingatkan agar berfikirlah ke hadapan. Sikap suka-suka hanyalah sementara.

blogging1 300x300 Blogging: Di manakah hala tuju seseorang blogger?

Jadi, apa yang perlu kita buat? Matlamat blogging kerana duit tidak seharusnya timbul untuk kita memulakanya. Sebab, untuk menuai hasil blogging, ia memerlukan masa yang agak lama untuk konsisten dan mahir. Mahir bukan dari sudut teknikal, tetapi lebih kepada pengurusan masa, penulisan, traffik dan sebagainya. Kalau di awal pembabitan kamu sudah memikirkan hal duit, takut nanti kecundang ditengah jalan kerana blogging is about patient and time! Ia tak sama seperti business ebay, clickbank dan menjual ebook. Jadinya, belajar lah secepat mungkin melalui mereka yang telah berjaya dan belajar untuk cekalkan diri untuk fokus pada dunia blogging. Ingat, di dalam niche  blogging itu tersendiri terdapat pelbagai cabang industrinya. Tak percaya? Jom teruskan pembacaan entri ini.

Blogging bukan sahaja berkaitan dengan menulis blog dan mendapatkan komen dari pembacanya. Tetapi, blogging adalah berkaitan dengan keperihalan blog. Seperti theme, social bookmark, pengiklanan, traffic, produk, designing, traffic, SEO dan sebagainya. Asalkan ada bau-bau bacang dengan blog, ia boleh dikategorikan dalam niche blogging. Dan dari situ, kita sebagai blogger kental, haruslah mengambil kesempatan untuk menjana pendapatan. Janganlah terlalu narrow down spec seorang blogger hanyalah dengan menulis blog.

forum komuniti 300x233 Blogging: Di manakah hala tuju seseorang blogger?

Sebagai contoh, kamu sangat mahir dalam selok-belok modifikasi kereta. Dari blog akan lahirnya sebuah komuniti yang mengfokuskan hanya pada kereta sahaja. Dari komuniti ini akan lahir sebuah forum. Dari forum akan lahirlah produk hasil dari buah fikiran ahli-ahli forum. Nah, dari seorang blogger yang bersahaje, sehingga terbit forum dan produk sendiri. Inilah yang kita inginkan dari seorang blogger! Produk yang membuka mata masyarakat. Tidak kiralah produk itu dipandang rendah oleh masyarakat lain, tapi, kejayaan melahirkan produk atau sesuatu hasil dari pengalaman blogging (meremang bulu roma aku!) Itu adalah salah satu contoh sahaja, tetapi kita boleh meniru konsep tersebut. Iya, bukan masa sehari dua, ia mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya ada hasil dari carca-marba icon smile Blogging: Di manakah hala tuju seseorang blogger?

Setuju tak dengan apa yang aku cuba huraikan di atas? Apa produk yang kamu rasa akan diketengahkan sebagai seorang blogger? Atau itu hanya fantasi yang kamu rasakan mustahil untuk dikecapi?

“Craziest make world impress” …boy_bersahaje

Posted in Arena Blogging

Comments

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 06, 2010 at 11:28 am

    Blogging is fun… soal duit tolak ketepi dulu…. keep it up posting new entry…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 4:12 pm

      Nice zik. so far blogging memang seronok. dapat kawan baru huhuhu

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: August 06, 2010 at 11:41 am

    Ulasan yang komprehensif dan ‘bersahaje’. Aku guna blog untuk semua share idea n at the same time cari duit untuk cover overhead cost… berbaloi2 :D

  • ibnujusup ibnujusup http://geniusreality.com Posted on: August 06, 2010 at 11:41 am

    ya aku stuju ngan ko bro..mesti punye matlamat… :-) tanpa matlamat sia2 hdup… ade matlamat je tapi x de action, pun haru biru gak…. mungkin produk ebook , affiliate or forum cam wang cyber… multiple way of income..
    x de yg mutahil bro… klu kite sabar dan tawakkal…insyaallah..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 4:14 pm

      Wang cyber besar dan tidak narrow niche. Better buat yang lebih kecil dan niche focus. Yup, as long as there is a way, i’allah semua kita boleh lakukan dengan bersahaje

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 06, 2010 at 11:57 am

    setuju sebab aku pun pernah ulas tentang matlamat halatuju neh…..

    berblog di mulakan dengan minat dari minat kita boleh panjangkan dia sebagai income dan yang paling penting jgn buat blog hari ni esok dah nak dapat hasil…lupakan je kalau mcm tu

    pergi join skim cepat kaya kalau nak hasil cepat,

    nak menghasilkan beras pun dari padi terlebih dahulu, dan bukan tanam padi hari ini esok dah boleh jadi beras

  • hafidz hafidz http://www.hafidzlife.com Posted on: August 06, 2010 at 4:03 pm

    Setakat ni maklamat aku untuk blogging mengenai personal sudah tercapai :)

    Jana duit dengan blog? Oh bagi aku jika dapat menjana duit dengan blog itu adalah sebagai saguhati untuk diri sendiri ;)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 4:19 pm

      Takpe, personal tu yang akan bawa kita lebih jauh.

  • zool zool http://ligakampung.com Posted on: August 06, 2010 at 5:40 pm

    Kalau blogging utk duit kita akan ada sasaran untuk dicapai.. sebagai contoh cam traffik, earning .. mungkin akan lebih memotivasikan diri.. he ehhee
    tapi masa mula2 tak leh lah nak kejau duit nanti kecewa..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 7:38 pm

      dats y mula-mula kene perbanyakkan menuntut kihkhihkhih

  • NK NK http://notakosong.com Posted on: August 06, 2010 at 7:54 pm

    Alright,

    hebat idea tu, blog ni akan jadi satu asset, dan asset ni xkan datang kalau tanpa pelaburan

    lagipun, baik ada hobi blogging daripada pergi merempit atau buat kerja tak senonoh kan?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 07, 2010 at 1:38 am

      yezza…jadikan ia asset yang memberi income untuk jangka masa yang panjang. Blogging memang boleh hindarkan penyakit sosial remaja =)

  • bujang3 bujang3 http://bujang3.wordpress.com Posted on: August 07, 2010 at 12:03 pm

    waaahhh!!! rupanya, banyak benda yang aku tak tau pasal blogging nie… nak kena belajar lebih nie… blogging for money ??? aku tak pandai ler !!!

  • bujang3 bujang3 http://bujang3.wordpress.com Posted on: August 07, 2010 at 12:05 pm

    oh yerrr!!! setakat nie…aku bersemangat untuk berblogging hanya kerana minat !!! di masa depan aku tak tau ler… kalau dah pandai..mungkin boleh cuba cari duit plak…sapa tau ..yer tak ???

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 07, 2010 at 12:19 pm

    Ya benar..blogging is about patient and time, tak perlu rush (padahal aku pun rush gak dulu, tapi bila pikir2 balik…haha..rilex sudah..belajar sikit2…then buat)..tp 1 kepuasan bila berblogging adalah bila kita tulis, ada orng baca, dan komen..lg best komen itu berbentuk support..oh nikmatnya

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 08, 2010 at 3:43 pm

    sgt setuju ngn ko boy, agak sama ngn pngalaman aku blogging thn lpas. hoho. btw, aku lbh prefer style blogging skunk ni, aku dpt blaja camne nk convert visitor kpd ka-ching. sprti kata john chow. :D

  • Fazreen Fazreen http://www.fazreen.me Posted on: August 11, 2010 at 12:15 pm

    blog dah macam bini aku dah..hahaha

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 11, 2010 at 1:23 pm

      macam bini ko? cene tu? hahaha

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.