Blogging: Untuk kepuasan atau mendidik?

Posted by boy_bersahaje on August 5th 2010

blogging 213x300 Blogging: Untuk kepuasan atau mendidik?

Blogger sekarang tumbuh bagaikan cendawan. Aku berjinak sebagai seorang blogger bermula selepas tamat pembelajaran ijazah pada tahun 2008 di Unimap. Walaupun pengajian aku adalah berkaitan dengan engineering, tapi itu bukanlah menjadi penentu untuk aku menulis berkaitan dengan engineering. Lebih mendukacitakan, aku tidak tahu apa yang hendak diceritakan dengan course yang aku ambik icon razz Blogging: Untuk kepuasan atau mendidik? . Aku lebih suka menceritakan mengenai kehidupan, motivasi dan pendapat. Kehidupan sebagai seorang biasa yang memiliki sebuah keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang memahami dan fruitheart yang tersayang. Itu adalah kepuasan bagi aku. Bukan untuk menunjuk tetapi untuk kepuasan. 2 ayat yang menyelesaikan erti tajuk entri kali ini icon smile Blogging: Untuk kepuasan atau mendidik? .

Sebagai blogger, bagi aku itulah yang kita cari. Kepuasan yang sebenar dalam menulis. Ditambah dengan feedback dari pembaca, uuhhhh kenikmatan hingga menjilat jari. Tetapi, sebagai blogger yang kental, tidak semestinya setiap post diterima dan mendapat feedback yang bagus. Dan itu lah kadang-kadang menyebabkan sesetengah blogger berkecil hati untuk teruskan perjuangan dalam penulisan. Perjuangan seorang blogger bersahaje. Huhuhu, bunyi nampak gempak. Tapi kamu orang tahu ke maksud disebaliknya? Masa aku terbitkan blog ini, aku ditekan oleh pihak lain untuk menubuhkan blog ini. Untuk menceritakan hasil pendapatan dari blogging. Ya, itu adalah kepuasan. Berusaha dan mendapat hasil, lalu menceritkan pengalaman; itu adalah kepuasan. Tetapi, setelah melihat suasana sekekliling dunia online yang penuh dengan SCAM atau menipu untuk mendapatkan hasil, aku berubah untuk cuba mendidik pembaca untuk membongkar fenomena ini.

blogging 300x200 Blogging: Untuk kepuasan atau mendidik?

Alhamdulillah,entri-entri aku pada masa itu banyak berkaitan dengan cara yang bermoral dan beretika untuk memperolehi pendapatan dari internet. Tetapi itu semua berkaitan dengan blogging dan bukan internet Marketing. Aku pasti, kamu orang tahu perbezaan antara itu. Aku bukan lah seorang IM tetapi masih belajar dalam hal itu. Tetapi, bak kata cikgu aku, aku ini sebagai usahawan internet. Perbezaan yang sangat ketara jika kamu mendalaminya dengan lebih halus. Blogger tidak semestinya menceritakan produk dan menjual sesuatu produk. Blogger lebih kepada penulisan dalm blog. Seperti Darren Rowse dan juga John Chow. Kalau kita teliti antara 2 nama besar tesebut, pasti kamu dapat lihat perbezaan yang cukup jelas. Di mana, Darren rowse 99% adalah berkaitan dengan blog, blogger dan blogging. Tetapi, John Chow, banyak kepada marketing untuk sesebuah produk. Kamu akan jelas mengenai perbezaan ini jika melanggan news letter kedua-dua dari mereka.

Google AdWords 300x204 Blogging: Untuk kepuasan atau mendidik?Bermakna, ada blogger yang menjadikan blog nya dalah tempat untuk mengiklan, menaikkan kredibiliti dan memasarkan produk atau pun produk rakanya. Tetapi, ada blogger yang hanya memperolehi pendapatan melalui blog nya sahaja. Sebagai contoh, David Resley, salah seorang blogger hebat berkata, ” Jika kamu tidak mempunyai produk, tujuan kamu memiliki blog adalah sia-sia! ” Ya, pada mulanya aku memang tidak sependapat dengan dia. Dan bila aku pahamkanĀ  betul-betul kata-katanya itu, David Risley menekankan ini adalah utuk niche make money online. Kalau kita menulis blog untuk menulis semata-mata, persetankan sahaja kata-kata ini. Tetapi kalau kita mencari duit dengan blog, please take it as your guidance!

So, yang mana 1 pilihan kamu? Dan yang mana 1 jenis kamu sebagai seorang blogger?

Posted in Arena Blogging

Comments

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 05, 2010 at 10:14 am

    boy bila soalan ini kau lontarkan, aku memang dah fikir lama dah, satu sebab utama berblogging ini ialah untuk mendapatkan kepuasan, puas apabila yang aku sampaikan pembaca memahami…dan bila berada di satu tahap, berblog juga adalah untuk mendidik mereka di luar sana, tidak semestinya menjadi cikgu untuk mengambil tugas mendidik kerana ia terlalu meluas..

    jadi tiada pilihan kat sini untuk aku :) yang penting kepuasan dalam mendidik :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 10:22 am

      Yezza, jawapan ceni yang saya suka =). Mendidik dan mencari kepuasan dalam menulis.

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 05, 2010 at 10:59 am

    kepuasan yang maksimum….. self actualization

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 11:47 am

      yezza…kepuasan diri yang terbaik untuk kita nikmati

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 05, 2010 at 11:18 am

    blog melayu untuk kepuasan…blog niche..untuk duit..tp puas bila dapat duit…

    bolehkah boy??..haha

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 11:46 am

      Terbaik…aku pun camtu gak hehehehee

  • catzer catzer http://www.catzer.com Posted on: August 05, 2010 at 12:30 pm

    aku berblog sbb selain dari term2 engineering passion aku terarah ke blogging. Kepuasan tu semestinyalah, bab education tu just option pada mereka yang nak amik port apa yg aku tulis. :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 2:43 pm

      Kepuasan dari segi ape tu catzer? duit or mendidik? hehehehe

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: August 05, 2010 at 1:48 pm

    persoalan yang menarik…aku pilih dua-dua, puas hati bila idea dan hasil kerja kita ada yg menghargai, dan mendidik melalui perkongsian assignment dan slide presentation hik3 :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 2:43 pm

      terbaik bro..kita memang seiring dan sejalan ;P

  • ibnujusup ibnujusup http://geniusreality.com Posted on: August 05, 2010 at 2:16 pm

    last phrase tu memang kene dengan saye sket bro…. ade sesetengah blog kite hanye untuk sharing aje… dan yg blog2 lain tu memang straight to the point… make money….

    good luck with your new forum-to-be

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 2:43 pm

      Yup. Sambil selam minum air…tak gitu :)

  • AyieBlog AyieBlog http://www.ayieblog.com/ Posted on: August 05, 2010 at 2:52 pm

    Salam,aku blogger untuk kepuasan dan untuk berkongsi sesuatu yang diketahwi juga melibatkan personal :) ,apa yang terlintas dalam kepala aku tulis,apa ilmu yang aku tahu aku kongsi,hehehe :) .

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 3:04 pm

      Terbaik…yang penting jujur dan sentiasa menulis tanpa henti =)

  • Kujie Kujie http://www.kujie2.com Posted on: August 05, 2010 at 3:11 pm

    Puas bila sesuatu berjaya disampaikan dengan membuat pembaca faham – kadang2 pendapat kita berlawanan arus dgn isu semasa atau pendapat ramai..dan waktu inilah keadaan memerlukan ‘ketabahan’ dan ‘kekentalan’ seorang blogger tu diuji.

    Berblogging juga menjaga diri untuk ‘ bersederhana’ dlm apa juga – memberi komen atau menulis pendapat sendiri kerana perkataan yg dibaca jarang dapat mengambarkan secara total keadaan sebenar

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 4:29 pm

      Kesederhanaan dalam melontarkan pendapat. Kalau pun kita tak puas hati dengan sesuatu perkara, kita perlu tunjukan dengan cara yang waras dan beradab. Ada juga sesetengah bloggeryang menggunakan kata-kata kesat. Tapi tang tu yang saya tak berapa boleh terima =). Nice view kak.

  • Amir Amir http://ohmalaysia.com/ Posted on: August 05, 2010 at 3:28 pm

    rasa puas kalo apa yg kita tulis tu dapat dikongsikan dengan orang lain. :-)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 4:30 pm

      Betul tu. lagi-lagi kalau dapat respond positif dari pembaca…=)

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 05, 2010 at 4:07 pm

    we give value we got “value”. kita bg kepuasan kpd visitor (especially yg desperate) & at the end nnt, kita pun akan dpt “kepuasan” :P

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 4:32 pm

      Terbaikla naz. Aku gain something dari ayat ko tu. Lu memang terbaek dari ladang naz. hahahaha

  • sangilapi sangilapi http://rezekimurah.com/ Posted on: August 05, 2010 at 6:57 pm

    “dunia online yang penuh dengan SCAM atau menipu untuk mendapatkan hasil”…..kasi bongkar nama-nama penipu ni ,boy ! :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 8:34 pm

      eh, bro kan lagi ariffin dalam hal ini kahkahkahkahkah

  • x-po x-po http://mohdhafizuddin.com Posted on: August 05, 2010 at 8:06 pm

    diherdik, dicaci, dimaki kerana menulis entry yg memberikan kontroversi, adalah asam garam seorang blogger..huhu

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 8:34 pm

      eh dasat tol dugaan ko. hahahaha…dah macam pemberita artis ni. terbaik XPO. yang penting kita enjoy ape yang kita buatkan?

  • sinagarmba sinagarmba http://karyasinagarimba.blogspot.com Posted on: August 05, 2010 at 11:54 pm

    salam boy,
    tq singgah blog aku. Aku happy dengan gaya tulisan ko. Selamba tapi penuh mesej. Aku dah try gaya tulisan camni tapi member yg kepala pusing-pusing lebih suka gaya ada lawak-lawak sengal cam entry yg kau baca . Memikirkan gaya tulisan penting untuk bezakan antara blogger, rasanya aku terus jer gaya camtu. Janji ada info yang kita boleh syer kat pembaca.

    Aku pilih berblog untuk kepuasan. tapi dalam masa yg sama mendidik pembaca.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 1:24 am

      Thanks bro. 1st time aku dapat komen macam ni =). Just be your self. Dan itulah yang buatkan kita unique. Xpe, lain orang lain gaya penulisan dan ada kelebihan masing-masing. Yang penting, info yang hendak disampaikan tu dapat difahami pembaca =)

  • blinkky blinkky http://blinkky.com Posted on: August 06, 2010 at 3:50 am

    Kalau dulu, saya blogging untuk suka-suka je =)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 3:51 am

      Ohh itu dulu…kalau sekarang??? hehehehe

  • rohaizad rohaizad http://www.rohaizad.com Posted on: August 06, 2010 at 12:29 pm

    Aku berblogging hanya untuk kau Boy… ya, demi kau.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 06, 2010 at 12:36 pm

      Hahahaha, demi aku punya ape plak ni jad?

  • bujang3 bujang3 http://bujang3.wordpress.com Posted on: August 07, 2010 at 12:11 pm

    aku berblog hanya untuk kepuasan diri…sebab tu..kalau ko dapat lawat dan komen kat blog aku…aku dah rasa ok dah…

    nak mengajar ?? aku sendiri pun tak pandai ..cam ner nak mengajar orang..dan bukan niat aku nak tunjuk pandai….tapi kalau ada yang dapat belajar plak dari blog aku..

    .Alhamdulillah… Syukur….

  • Ali ridha Ali ridha http://ali-alridha.com/blog Posted on: August 11, 2010 at 10:17 am

    aku berblog kerana aku suka blog.hehehehe…..

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.