Blogpost: Bagaimana monetize blogpost yang lepas? (part1)

Posted by boy_bersahaje on March 23rd 2010

monetize blogpost Blogpost: Bagaimana monetize blogpost yang lepas? (part1)Mungkin kita sedang enak-enak blogging tidak sedar akan potensi sebenar blogpost atau entri kita yang sudah lapok ; adalah, salah satu cara untuk kita dapat income tambahan dari blog. Iye, inilah keyataan yang sememangnya benar! Mungkin ini adalah sesuatu yang baru bagi kamu. Bagaimanakah caranya? Untuk post part 1 ini, mari kita kaji roughly kaji apakah yang menjadikan blogpost lama di sesebuah blog begitu berharga sama ada untuk diri kamu dan juga untuk traffic. Terdapat 2 stream yang perlu kita tahu- SEO dan juga Affiliate. Mari kita lihat 2 aspek ini :

1. SEO @ Trafic - Sebenarnya, entri lama di blog kita masih lagi dicari oleh pengguna tegar internet di luar sana. Pokok pangkalnya ialah; adakah topik itu sesuatu yang masih relevan atau tidak. Bermakna, entri yang telah kita tulis masih lagi menjadi sumber informasi yang dicari-cari oleh pengguna internet. Contoh entri yang tak pernah lapok dek masa ialah, pelancongan, duit dan internet marketing. Topik-topik ini adalah antara carian yang tertinggi untuk setiap bulan di seluruh Malaysia.

Selain dari itu, advertiser yang gilakan SEO akan mencari keywords yang telah lame berada dalam database search engine. Atau dengan kata mudahnya – entri anda telah di indexed dengan jayanya. Semakin lama diperam, semakin sedap lah pada mata advertiser. Ini adalah salah satu kaedah yang tercepat untuk campaign link building bagi sesebuah website. Jadinya, inilah peluang untuk kita buat income tambahan dari blog.

Dalam hal ini, andai keywords yang kita gunakan menepati, maka ini adalah satu kredit yang sangat besar untuk kita. Sebab itu, kita digalakkan untuk menggunakan keywords yang ada market, long tail dan bernilai. Tidak perlu memandang susah untuk simple On Page SEO. Petua yang biasa digunakan ialah, kamu menggagap diri kamu adalah seorang pencari informasi. Apakah keywords yang kita akan taip untuk mencari sesuatu maklumat. Sebagai contoh, lampin bayi. Kebiasaanya, kita akan menaip dengan lebih detail seperti ‘lampin bayi murah di Malaysia’ atau ‘jualan lampinĀ  bayi murah dan berkualiti’. Nah, tidak susah bukan? Hanya perlu kan sedikit ketabahan dalam memikirkan sesuatu keywords yang relevan icon wink Blogpost: Bagaimana monetize blogpost yang lepas? (part1) .

affiliate Blogpost: Bagaimana monetize blogpost yang lepas? (part1)2) Affiliate - Apa kejadahnya post lame berkait dengan affiliate? Mungkin sesetengah kita telah dapat mengagak dan ada juga yang menggaru kelapa kepala. Ada beberapa terms atau kondisi di mana, blogpost kita yang lepas adalah berbentuk review atau testimoni hasil kita menggunakan sesuatu produk atau servis. Dalam sedar atau tidak, ada ramai lagi yang masih tercari-cari review sesuatu barangan untuk mereka membelinya. Tapi, jangan kamu salah sangka pula bahawa, apa yang diceritakan di sini tiada kena mengena dengan produk yang dikeluarkan oleh mana-mana IM. Sebagai contoh lagi, kamu telah membuat satu review ringkas berkenaan dengan suatu produk lampin bayi di pasaran . Kamu menyatakan kebagusan produk tersebut dengan penuh rase gembira dan ikhlas. Tanpa ada niat menjual. Jadi, blogpost yang bagus diselangi dengan beberapa keywords yang bagus, akan menjadi tumpuan para ibu bapa yang mencari review berkenaan dengan produk ini. Di sini lah yang akan memberikan kita sedikit keuntungan.

Akan tetapi, bagaimana untuk kita mengetahui sama ada blogpost tersebut adalah yang telah dicari atau dibaca oleh pengguna internet yang lain? Ada beberapa free tools untuk kita mengetahuinya. Sangat mudah dan tidak la begitu teknikal.

Untuk bahagian kedua siri ini, kamu akan dihidangkan dengan lebih detail cara bagaimana untuk kita monetize dan akhirnya akan menghasilkan sedikit income tambahan dari blogpost kita yang lama. Sebelum itu, apa pendapat kamu berhubung dengan teknik ini.

Pernahkah kamu adaptasi dalam blog yang kamu miliki? Atau adakah kamu mempunyai cara yang lebih unik dari ini. Jom kita kongsi bersama di kotak komentar di bawah situ icon smile Blogpost: Bagaimana monetize blogpost yang lepas? (part1)


Posted in Arena Blogging

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.