Blogpost: Bagaimana monetize blogpost yang lepas? (part2)
Posted by boy_bersahaje on April 12th 2010Semua telah maklum bahawa, keywords adalah nadi bagi search engine. Kita sendiri menggunakan keywords untuk mencari info atau subjek yang kita kehendaki. Di sini lah, kesempatan itu kita gunakan untuk meraih sedikit pendapatan dari blogpost atau entri kita yang lama. Buat pengetahuan kamu, blog ini lebih banyak bercerita mengenai perihal blogging dan juga mencari duit di internet. Nama blog pun ‘Perjuangan seorang blogger bersahaje’
. Tapi tahukah kamu, bahawa, 90% traffic datang adalah berkaitan dengan Langkawi, SEO dan juga set up blog? Alhamdulillah, walaupun aku tak memberikan fokus sepenuhnya pada blog ini tapi ternyata dia masih sayangkan aku lagi ahahaha.
Setelah kita mengetahui potensi blogpost lame kita boleh memberi kita income tambahan seperti yang telah di terangkan di dalam entri yang lepas, maka kita akan melangkah lagi ke satu tapak iaitu, cara dan teknik untuk kita monetize nya. Ada beberapa tools yang diperlukan untuk tujuan ini. Pertama sekali ialah, tools untuk mengetahui apakah keywords atau tujuan blog kita didatangi oleh pengunjung. Aku menggunakan plugin statpress. Plugin ni sebenarnya sama fungsinyea dengan Goggle Analytics. Tapi aku lebih gemar menggunakanya kerana ia dah ada dalam blog, so senang untuk kita buat sedikit kajian berkenaan dengan keywords. Dengan menggunakan Statpress, kita dapat mengetahui traffic yang datang ke blog kita mengenai satu-satu keywords.
Sebagai contoh, entri Agensi pelancongan: Rahsia disebaliknya selalu mendapat kunjungan untuk beberapa keywords yang berkaitan dengan agen pelancongan langkawi, pakej-pakej ke langkawi dan kereta sewa di langkawi. Ok, bila statpress dah menunjukan beberapa keywords yang bagus yang dapat mendatangkan traffic ke blog kamu, di sini lah timbulnya teknik untuk convert pengunjung kepada sale. Dengan menggunakan keywords tersebut, masukkan beberapa link affiliate kamu ke dalam blogpost tersebut. Pastikan keywords yang mengandungi link affiliate itu adalah berkaitan dengan apa yang dicari oleh traffic atau pengunjung. Bukan sahaja link affiliate, kamu juga boleh memasukkan lain-lain link yang bleh membawa traffic untuk membeli sesuatu yang mereka cari. Sebagai contoh terdekat, kebayakkan links di entri Agensi pelancongan: Rahsia disebaliknya adalah membawa traffic ke web Pakej Langkawi yang aku miliki. Sedikit sebanyak dapat juga tempias backlinks dari blog ini. Untuk membuatkan ia lebih menarik, banners yang cantik juga dapat meraih lebih jualan daripada text-link. Bermakna, jangan letakkan banners ini di sidebar blog tetapi letakkan ia di dalam kandungan entri tersebut.
Ada beberapa tricks yang aku gunakan untuk optimize on page SEO pada satu-satu entri. Ini hanyalah teori yang aku sendiri praktikan untuk meningkatkan lagi ranking dalam google. Terpulang pada kamu untuk menggunakanya atau tidak. Tiada sebarang risiko. Ingat, iniadalah entri atau blogpost lama yang telah jauh ke belakang dari home page blog kamu. Aku tidak galakkan teknik ini diadaptasi untuk blogpost atau entri yang baru…
Langkah pertama - Lihat keywords yang telah membawa traffic ke blog dan kenalpasti blogpost mana.
Langkah kedua - Copy semua keywords tersebut dan ke dalam notepad. Pastikan keywords tersebut hanya menumpu pada satu-satu entri sahaja.
Langkah tiga – Buka google adwords keyword tool. Masukkan keywords yang telah kamu copy tadi ke dalam kotak 1 dan captcha di kotak 2 seperti di bawah

Langkah empat – Setelah list keywords keluar, pastikan kita fokus pada nilai carian local yang tiggi.Tinggi bermakna 200 dan ke atas untuk carian setiap bulan. Selain itu, kita perlulah melihat long tail keywords yang mana ia lebih mudah untuk kita target. Long tail keywords adalah keywords yang lebih dari 2 words. seperti percutian murah ke langkawi, percutian bajet langkawi. Ambil 5-10 keywords long tail dan save ke dalam notepad.
Langkah lima – Buka entri lama tadi. Pergi ke bahagian palng bawah blogpost kamu, iaitu penghujung entri. Pastekan semua keywords yang telah kamu dapat tadi melalui google adwords keyword tool seperti gambar di bawah (kotak merah)
Teknik adalah untuk memantapkan lagi ranking untk mendominasi beberapa keywords yang berkaitan dengan apa yang dicari oleh pengunjung. Tidak semestinya ia diletakkan link. Cukupla hanya dengan ada keywords tersebut, InsyaAllah blogpost atau entri kamu dapat ranking dengan baik. Tetapi kalau nak kan lebih baik, perlukan Off page SEO atau lebih dikenali dengan backlinks. Tak tahu nak lakukanya atau tiada masa? Boleh dapatkan khidmat dan nasihat SEO Service dari yang pakar
Harap kamu orang dapat mengadaptasi dan mengoptimasikan blogpost lama yang ada keywords yang berpotensi. Ingat ini adalah teknik yang telah berjaya aku gunakan. Walaupun tidak lah menyumbang kepada kekayaan, tapi kira membantu untuk mendapatkan beberapa jualan untuk menambahkan pendapatan dari blog.
Jadinya, boleh la tanya atau nak berkongsi teknik yang kamu gunakan pula. Berkongsi kan amalan mulia


keyword umpama jarum emas dalam sekam.. susah nak cari.. tapi bila dah dapat.. rezeki murah.. keyword emas anda lah kunci kejayaan sesuatu blog tak kira dari segi tarik traffik ataupun untuk monetize! aku pun tengah mencari2 keyword emas tu.. manalah agaknya yek..
Betul tu boss, tersilap buat percaturan pasal keywords, buruk padahnya kihkhihkhih
Wahh fish oil? Macam kenal jer
Ahaks, itula contoh terbaik. Huhuhu
Salam Boy,
Lama sudah tak bertandang ke blog ni. Makin lama makin berjaya. Alhamdulillah.
Sekarang ni memang fokus dekat SEO ke bro?
@Aqif, SEO tu antara yang terbaru. Tapi bogging tetap seperti dulu. Thanks qif sudi bertandang ke sini lagi
salam,
bagus tip ni, nak cuba buat.. terima kasih kerana kongsikan ilmu
@etomyam, Sedap nye tomyam! Ni tomyam online ke? Hehehe… Sama-sama bro. Kalau dapat hasil dari blogpost lepas bagi tau la ye.
hahaha….baru ok blog ko,boy…..kalau tak memang tak boleh masuk
@sangilapi, Tu la bos, ade masalah virus sedang melanda. Tapi alhamdulillah, sealserver memang terbaik!
Yap. Jika bijak main SEO. memang takde masalah nak monetize blog kat blogspot nih..
@knightblogger, SEO adalah care pengiklanan yang terbaik!
nak tanya sikit ni,kalau kita buat search tentang keyword ni,kalau kita tak tengok local punya takleh ke?kiranya tengok yang montly yang bukan local,camtu boleh ke?same je ke?atau local yang lebih penting?
@yazidyahaya, itu terpulang dekat mana ko nak market kan product ko tu. Local atau global. Thats all. Local is Malaysia la and global for around the world
aik,,,jangan memarah bro,,tanya je,,huhuhuhuh,,hati mahu kering beb..
@yazidyahaya, Ahahahaa, mane ade aku marah