Boleh Saya Bantu?: Tiba Masa Kamu Bertanya Sekarang
Posted by bersahaje on September 24th 2010Selepas kejayaan beberapa entri lepas yang banyak menceritakan mengenai backlinks dan SEO, sedikit kepuasan telah pun tercapai. Apa yang aku tahu, tanpa segan silu aku luahkan. Perbincangan demi perbincangan mengenai keywords, Meta Tags, bounce rate dan asas SEO telah pun berlangsung.
Tetapi, timbul juga beberapa kesangsian dalam hati aku mengatakan bahawa, ada lagi perkara yang masih lagi kabur. Tidak kira lah sama ada skop tersebut melibatkan produk, SEO, backlinks atau blogging.
Maka dengan itu, terbitlah entri ini dalam membantu aku dan juga kamu-pembaca RezaMohyinDotCom; untuk membincangkan beberapa topik yang bakal diterbitkan di sini. Topik tersebut adalah mengenai permasalahan kamu yang berkaitan dengan SEO, produk mahu pun blogging.
Jadinya, apa kata, kamu orang bertanya di kotak komentar di bawah, kita-aku dan kamu orang pembaca RezaMohyinDotCom berusaha untuk menyelesaikan kekaburan dan permasalahan tersebut dengan gaya yang bersahaje.
Ingat, aku hanyalah seorang blogger pinggitan yang masih perlu mempelajari 1001 teknik dan skill untuk lebih maju ke hadapan. Jadinya, ada juga perkara-perkara atau teknikal terms yang aku sendiri masih tidak ketahuan.
Dan ini lah masanya, untuk kita sama-sama merendahkan ego demi mempelajari sesuatu yang masih kabur. Kini tiba masanya, aku, kamu dan kita pula menolong sesama sendiri berusaha menyelesaikan permasalahan bersama.
Bagaimana cara nya? Taip kan bertanya ON bersahaje dan hantar ke 353535
Mudah sahaja.
- Bertanya dengan menggunakan kotak komentar di bawah
- Pembaca lain yang ingin menjawab soalan kamu akan membalas komen dengan ayat seperti ini: “Aku/saya akan jawab soalan ini”. Ini adalah untuk memberi peluang penjawab soalan betul-betul bersedia menjawab soalan tersebut dengan details dan terbaik.
- Penjawab soalan akan menjawab soalan kamu dengan cara, sama ada menulis entri pada blog masing-masing atau pun dengan menghantar entri ke RezaMoyinDotCom sebagai penulis undangan.
- Aku akan mengulas dan memberi komen (Jika aku tahu) pada next entri di RezaMohyinDotCom
Tiada had dan level soalan di tetapkan. Bermakna, tanyalah seberapa banyak yang kamu ingin bertanya dan tiada istilah soalan ‘Bodoh’ atau soalan ‘newbie’ (yang penting, ada kaitan dan bukan berbentuk soalan peribadi)
Bagi mereka yang inginkan tempias traffik dari blog pingitan ini, aku galakkan kamu orang menulis entri sebagai penulis undangan. Selain mendapat sedikit tempias backlinks.
Bagi mereka yang suka update blog, ini adalah peluang kamu orang untuk mempelajari sesuatu yang baru di samping membantu mereka yang di dalam masalah.Yang mana, soalan mereka boleh dijadikan sebagai pencetus idea untuk ditulis di dalam blog kamu.
Aku? Hanya sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah kamu orang. Ingat, tiada hidden agenda di sebalik projek ini melainkan untuk membantu mereka yang di dalam permasalahan selain mempelbagaikan jawapan dalam teknik olahan yang kreatif dan meningkatkan hubungan yang baik sesama bloggers.
Entri ini disiarkan pada 24/09/2010. Peluang bertanya hanya akan diberi masa selama 2 hari dan akan tamat pada 25/09/2010. Penjawab soalan pula diberi masa 3 hari juga untuk study dan menulis di blog masing-masing atau menjadi penulis undangan di RezaMohyinDotCom. Bermakna, pada 27/09/2010 ke semua entri telah diterbitkan.
Malu? Ok, kalau begitu, tidak perlulah meletakkan email dan nama sebenar
pada kotak komentar nanti. Amacam? Ada berani nak bertanya atau menjawab? Kalau tiada mendapat sambutan, bermakna, ke semua soalan akan dijawab sendiri oleh aku. Cumanya, kita akan kekurangan variasi idea.
Selamat bertanya dan menjawab


sukanya aku baca blog nih…haha..dah dekat 4hari tak buat keje sebab demam dengan byk keje langsung tinggal..hehe..
satu jer soalan aku
antara software dengan manual submit untuk dapatkan backlink, mana lebih bagus?
Huhuhu…ok thanks untuk soalan tu yan
Wah menarik sungguh aktiviti kali ni… aku nak kena karang dulu soalan yang ingin di tanya… supaya lebih tepat boleh dijawab nanti…
I’m waiting…=)
Maybe someone may deliberate this article :-
xxxxxxxxxxxx.net is the 822,957th most visited site on the internet. The homepage of xxxxxxxxxxxxx.net links out to 7 other websites. The website’s IP address is xx.xxx.xxx.xxx and there are 18 other websites hosted at the same IP address. Xxxxxxxxx.net gets about 1,329 pageviews per day, and earns an estimated $3.99 daily.
uiihhh…uncle nak tahu dari segi apa ye daripada article ni?
oh yer.. contoh nyer ..apa maksud nya :-
- links out to 7 other websites
- gets 1,329 pageviews per day
- earns an estimated $3.99 daily
Ok roger =)
salam…
Kalau blog kita mendapat result macam ni di google
“Page 4 of about 8,450,000 results” apakah yg perlu kita lakukan supaya blog tu dpt tersenarai di first page?
Terima kasih…
OK thanks azrol. Saya akan jawab untuk entri seterusnya
aku nak tanya tentang pembinaan backlink, apakah cara yang terbaik untuk melakukannya
Terlalu umum ni bang…cara dari segi auto or manual…atau jenis-jenis backlinks?
Bila aku nak makan nasi minyak rumah ko ni.. ha ha..
I’allah tahun depan bulan 7 =)
Salam Boy,
Maafla sebab soalan aku ni agak kuno sikit,
soalannya ialah:
Untuk 1 blog boleh gunakan beberepa keyword, tapi adakah kesemua keyword tu dibuat di satu antry atau setiap keyword memerlukan satu antry yang berlainan?
senang cita 1 keywor untuk 1 page?
harap boy Paham dengan soalan ni,
Ok nice dno…i’allahnext entri saya akan huraikan =)
satu pendapat, tak tahu samada betul atau tak, tapi ini mengikut pengalaman ler
you try dulu..ada sesetengah orang, kalau dapat satu keyword yang panjang iaitu phrase, cukup sekadar dengan gunakan 1keyword untuk satu entry kerana, bila target satu phrase, secara tidak langsung, keyword-keyword lain yang lebih ringkas akan melekat…
tah ler menjawab ke tak soalan tuh
Thank bro kerana sudi membantu,
satu lagi adakah dengan coment yang macam ni pun dikira backlink gak (lagi soklan kurang ilmu dari saya)
nk tnya bro hehe…cam kalo kita berforum kat forum high atau low pr.. pastu letak signature link blog kat posting..pastu kalo kita kerap buat posting..misalnya 100 posting..maknanya akan kuaq 100 backlink ka bila check backlink..aku suka gak kdg2 beforum kat forum mat salleh…
OK man…aku akan jawab soalan ni untuk next entri jugak. Thanks =)
satu idea yang menarik
aku suka kalau org tya soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya
boleh aku cari jawapannya, dari situ aku belajar
best2.
hehehe…challenge memang best kan? huhu. ko dah kat mane skang? unimap?
dah ada kat unimap ni
aku baru smpi selasa aritu
tp duk lepak dalam blk jerk
serabut skit
ingat nak lepak umah ko
boleh ke?
Aku pun kat jb lagi sa. hehehehe. Malam ni baru balik. Ada berita sedey sikit.
Aku dah tak stay peris =(. Aku balik ni kejap je then balik jb balik. Aku dah dapat keje. Tapi annti aku xde, ok lepak je al datnag situ. bebudak umah x de halnye
erk, ko nak stay jb dah
ades
bosan la ko takda nnt
segan plak aku dibuatnya
Tak tahu nak tanya apa, mungkin masih terlalu kurang, i’Allah ingin terus belajar & ambil tahu.