Forums Kami: ResmiPadi.com Satu Alternatif Baru Untuk Kamu
Posted by bersahaje on October 22nd 2010Masih ingat lagi entri Forum Survey: Kawan-kawan Tolong Saya Boleh?
Setelah berhempas pulas bersama mengharungi badai yang menggila (cewah ayat macam penyajak!) akhirnya, satu forum khas yang membincangkan mengenai webmaster dan blogging telah berjaya ditubuhkan. Berkat kerjasama rakan-rakan dan bloggers pakar yang lain
Oh ya, janganlah kamu orang berfikiran ini bukan untuk kamu. Walaupun kamu masih baru dalam bidang ini, inilah peluang untuk bertanya dan berkongsi apa jua permasalahan dan pendapat. Dari sini I’allah aku sebagai founder akan berusaha mencari mereka yang lebih arif untuk menyelesaikan permasalahan atau apa jua bentuk perkongsian.
Setakat ini, ada lebih kurang 15 moderator yang akan memantau segala aktiviti kita di forum tersebut. Memantau bermakna meihat dan membantu, menulis dan berkongsi, bersosial dan mengeratkan silaturrahim sesama bloggers dan webmasters.

Secara jujur nya, ini adalah pengalaman pertama aku dalam pengurusan forum. Jadinya, segala pendapat untuk menaik taraf dan kualiti forum tersebut adalah sangat-sangat kami hargai. Tidak lupa juga, kepada mereka yang ingin berjinak-jinak untuk menjadi moderator, jangan segan dan silu. Tiada interview yang akan dijalankan. Hanya hantar email kepada aku dan aku akanĀ membalas nya sesegera yang mungkin.
Al-maklumlah, memang tidak cukup tangan untuk aku seorang sahaja yang akan uruskan forum tersebut. Semakin banyak moderator, semakin banyak thread yang akan dibuka, semakin banyak lah topik dan ilmu yang bakal kita garap nanti. Ingat ya, forum adalah antara medium terbaik untuk kita menimba ilmu dan mencari kawan sealiran yang mampu untuk kembangkan bisnes kita. Jika bukan bisnes pun, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri; self development
.
Oh ya, pada entri Resmi Padi: Aku, engkau dan dia, aku telah memberikan hint sedikit berkaitan dengan nama forum tersebut. Ya betul! Resmipadi.com! Dan ini adalah link untuk ke forum tersebut:
Dalam forum ini, terdapat 10 thread yang antaranya mengandungi tajuk-tajuk seperti berikut:
- SEO
- Blogging
- Copy-writing
- Designing
- Programming
- Directory
- Hosting
- Pemasaran
- Pusat perdagangan
- Santai-santai
Jadinya, jom mendaftar dan mula untuk terus menimba dan berkongsi ilmu kamu semua kepada rakyat Malaysia sekarang!
Ingat ya, forum ini sangat dijaga oleh kami dari sebarang unsur-unsur blackhat, spammers, scammers, MLM, sistem piramid, matriks dan seumpama dengan nya. Setiap thread dan post yang baru di tulis akan diselidik dengan teliti oleh pihak moderator untuk mengelakkan kita semua terpedaya.
Juga, jika kamu ada sebarang servis atau produk yang bagus untuk dijual, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda. Jadinya, jangan lepaskan peluang ini.
Kita jumpa di sana ya www.forums.resmipadi.com!
Posted in Arena Blogging, Google, Killerbackinkbuilding, RezaMohyinDotCom, SEO

fuh lama hilang..
bz pasal forum rupanya hehe
Hehehehe…lame menghilang settle kan hal offline jie
boy terima kasih kerana melantik aku menjadi moderator, hahaahahah
gurau je boy..apa2 pun tahniah dan aku dah register dah pun….orang yang ke 32 kot
Memang nk tambah mod lagi ni bang =)
takper boy, aku gurau je, cari orang yang boleh berikan komitmen
moh ramai2 gi daftar..
daftar pilihanraya ka boss hahahaha
Dah daftar…meh ramai2 join!
Thanks kor =). buatla post kat sana nanti ya
Saya dafart
Korang bila pulak?
hehehe..thanks riz. Boleh ajak kawan2 lain ye
yay! saya dah register! insyaAllah bila ada kelapangan saya akan mula posting kat sana. tak boleh lepaskan peluang nak iklankan service nih. thanks for the invite ye, boy!
Boleh2…iklankan lah ape2 pun yg dila suka tau =). ur welcome =)
Ucapan tahniah saya tujukan untuk Boy. Malaysia boleh. Semoga terus maju. Chia you!.
Heheheh thanks di. Ko pun mesti boleh meriahkan RP kan? =)
i’Allah, banyak lagi kena belajar.
nice job boy, aku baru je nak daftar ni. kemanakah dikau menghilang..menjadi tanda tanya. ades
hehehe..aku keje la sa…ko mesti rindu kat aku kan????
mahunya tak rindu, bosan seh takda member nak sembang2. lepak2…weh…taknak bg aku moderator ke? hehe
Mau tanya… Boy, apesal usaha saya nak upload avatar & profile pic asyik gagal je eh? keluar ‘invalid file’ tiap kali upload dari computer. huhu..
Uhhhh…masih dalam pembaikkan dila. Besela saya budak baru belajar, banyak betul yg kene set kat Vbulletin tu. dah siap je, saya mesti canangkan tau. Btw, thanks for the notice
takpe2.. cuba daya tu amalan yg boleh bantu kejayaan. lepas ni dapatlah letak kat CV boy title ‘forum owner/manager’
wow..
gempak la..boleh belajar kat sana..cantik.
Boleh…memang dibuat khas utk menuntut ilmu. tiada pengiklanan dan tiada produk yg low quality. moderators semuanya menunduk dan rajin memberi =). mudah2an menjadi satu tempat yang terbaek untuk belajar ilmu online =)
nak pakai pinkhat leh ke boy? hahah
baik redhat…lagi ganaz! huhu
satu usaha yg bagus ni bro..gud luck
thanks din =)
aku dah reg gak.harap forum ni akan meriah.boleh la aku belajar SEO dengan otai-otai kat dalam forum ni nanti.tq
I’allah…ko pun sangat bekerjasama dalam forum tu. memang terbaik!
apa dh jadi ngan forum tu..
dah berkubur ke?
jd sarang spammer nampaknya…