Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

Posted by bersahaje on September 15th 2010

Pernah kah kamu dengan semangatnya mencari keywords EMAS yang selalu diperkatakan, tetapi akhirnya menemui jalan buntu?

Percayalah, 85% kebanyakan kecundang di tengah jalan dan hanya 12-13% sahaja yang berjaya. Ini bukanlah satu perkara yang aneh icon smile Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

kajian Keyword Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

Entri ini adalah kesinambungan untuk entri Keywords research: 4 perkara yang terpenting.

Keywords research adalah perkara yang paling kritikal yang perlu diberi perhatian. Aku suka mengibaratkan keywords research ini umpama mencari tanah yang strategi untuk membuka bisnes baru.

Sebagai contoh, ingin membuka stesyen minyak, perlukan kawasan yang mempunyai lalu lintas yang agak sibuk dan mudah untuk kereta berhenti. Kalau ingin membuka dobi, ia perlukan kawasan yang kebanyakkan nya terdiri daripada golongan bujang dan sibuk seperti student, kawasan penempatan baru dan foreigner.

Ada juga yang menganggap keywords research umpama mencari satu peluang bisnes baru. Walau apa pun aggapan tersebut, yang penting, keywords research adalah tonggak kejayaan dalam memulakan bisnes niche internet. Either blog atau pun web, dua-dua memang sangat perlukan keywords research!

Tetapi, adakah kamu orang sanggup untuk menghadap komputer berejam-rejam semata-mata untuk mendapat kan keywords emas?

Aku percaya, tidak semua orang memiliki waktu lapang yang sama. Jadinya, pelbagai servis diambil semata-mata untuk mendapatkan  rahsia lubuk emas sebenar di internet. Ada yang mengenakan cas sebanyak $20-$35 untuk satu keywords. Bagi pendapat peribadi aku, harga tersebut memang teramat murah dibandingkan dengan untung yang berlipat kali ganda yang bakal kamu orang dapat.

Tetapi, suka untuk aku ingat kan diri aku dan juga kamu orang bahawa, mendapat keywords emas hanyalah langkah permulaan sahaja! Ada beberapa lagi langkah yang mesti kita tempuhi  sebelum berjaya mengubah web tersebut menjadi ‘Money Machine’.

Jadinya, apakah langkah seterusnya setelah ‘berjumpa’ dengan keywords emas?

1) Hosting

pemilihan web hosting Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

Ini adalah nadi utama dalam menentukan kejayaan kelancaran web kamu. Hosting yang baik adalah yang tidak memeningkan kepala. Ini termasuklah dari segi full support, Uptime yang sewajarnya (kurang down), harga yang semampunya dan yang terpenting mempunyai Ip address US.

Oh ya, IP address ini sangat penting jika kita target web kita didatangi pengunjung dari seluruh dunia terutama Us, Canada, UK dan negara-negara Eropah. Jangan kecewa jika kempen backlinks kamu sudah menjangkau ribuan tetapi masih tidak mendapat kedudukan yang bagus dalam Google.com disebabkan kedudukan hosting kamu bukan dari server US.

Harga web hosting yang baik bagi pendapat aku adalah antara $10-$15 sebulan. Tidak perlualah terlalu mahal. Juga elakkan dari mengambil yang terlalu murah. Ini adalah penting untuk mengelakkan dari kekecewaan di kemudian hari.

2) Modul bisnes

bisnes modules Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

Semua penggiat bisnes internet idamkan 100% auto-pilot income. Begitu juga kita kan? Jadinya, jenis bisnes sangat memainkan peranan dalam menentukan corak perjalanan operasi di masa hadapan.  Ya, sudah semestinya ada 2 jenis modul bisnes yang bagus untuk 100% auto-pilot iaitu; affiliate dan juga google adsense. (Mungkin kamu orang boleh bantu aku untuk menambah modul bisnes lain)

3) Contents @ artikel

contents Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

Walau emas mana pun keywords kamu orang, tetapi contents tidak menepati piawaian atau cita-rasa pembaca, pun tidak akan memberikan kepuasan sepenuhnya. Ingat, permainan SEO dan keywords hanyalah membawa traffic ke blog kamu, tetapi contents lah yang akan menentukan sama ada barangan kamu terjual atau tidak.

Apa kata, luangkan sedikit wang kamu untuk mengupah freelance writer yang memang terbukti kepakaranya dalam menulis? Boleh rujuk Cik Dilla untuk mengetahui rate dan detail servis nya.

Conversion rate meningkat jika contents web kamu menepati apa yang dikehendaki oleh pembaca. Itu semua telah pun dijelaskan dengan terang pada entri Keywords research: 4 perkara yang terpenting.


p/s: Dah 18 jam berlalu, akhirnya research keywords dah pun siap. 2 keywords, satu untuk adsense dan satu lagi untuk click bank. Study case akan berjlangsung khas untuk pembaca RezaMohyinDotCom.

Posted in Arena Blogging, SEO

Comments

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: September 15, 2010 at 2:50 pm

    Salam Boy,

    Berkenaan kata kunci ini, adakah ia perlu juga diambil berat jika pd blog peribadi?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 15, 2010 at 6:06 pm

      Keywords ni di, lebih fokus untuk blog atau web make money. Lebih fokus pada market luar negara. Kita bina web tersebut semata-mata untuk buat duit.

      Berbeza dengan personal blog, lebih kepada pendapat dan luahan peribadi.

      Bagi aku, blog personal x perlu berhabisan duit untuk keywords. I’allah untuk next entri, aku akan terangkan secara detail, di mana dan bila keywords research diperlukan :) .

      Thanks di, soalan yang memberi inspirasi :)

  • Dila.13 Dila.13 http://www.writer-4-hire.net Posted on: September 15, 2010 at 3:31 pm

    Eh, eh.. dapat free advertising dari RezaMohyindotcom lah.. alhamdulillah.. Thank you very much ye Boy :)

    Saya tertarik dengan autopilot income.. mungkin salah satu autopilot income tu macam RealReward yang En Rohaizad kenalkan tu? tak sure betul atau tak :P

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 15, 2010 at 6:17 pm

      Servis yang bagus, memang sentiasa saya dan bloggers lain support :) . Dun worry.

      Berkaitan dengan autopilot income kan dilla, rahsia rewards en ijad itu adalah antara autopilot income dan juga sebagai passive income yang baik. goyang kaki sahaja. dan ia bersifat tetap selagi syarat dipenuhi

      tetapi, ada juga auto pilot income yang akan sentiasa bertambah dan bertambah. bergantung pada traffic. yang inilah perlunya keywords research untuk mencari keywords yang akan drive banyak traffic masuk ke web kita.

      Semakin banyak traffic, semakin tinggi la kebarangkalian untuk kita make money. Sebab itu, saya suka kaitkan auto-pilot income dengan adsense dan juga affiliate click bank :) .

      Bila traffic dah stable, kita tak perlu untuk bekerja settle kan order aau siapkan satu2 job. semuanya managed by system :) . Just apa yang kita perlu lakukan ialah, pantau perkembangan, marketing dan juga maintain visibility web tersebut :)

      Jelas ke dilla?

  • Azhar Azhar http://YourWebsite Posted on: September 15, 2010 at 5:32 pm

    Bro, Buat lah satu tutorials about keywords tu. Ni keywords untuk clickbank, baru dengarlah. camner tu.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 15, 2010 at 6:21 pm

      Boleh uncle. Just sekrang masih lagi dalam study. Bukan apa uncle, keywords research ni memang take time. Sebab itu saya sedang berusaha untuk draft blueprint dan case study teknik keywords research ni. Siap je, saya mesti publish kat sini :)

      Click bank tu adalah sejenis affiliate berkelompok uncle. Beribu-ribu produk digital ada di situ dan ia adalah antara affiliate system yang terbaik. Tugas kita sebagai affiliate ialah mencari keywords yang paling baik dan promosi produk yang sesuai.

      Uncle boleh baca details clickbank di clickbank.com :)

      • azhar azhar http://YourWebsite Posted on: September 15, 2010 at 11:08 pm

        Thanks Bro for the reply. Uncle tahu dah tentang clickbank and dah cuba pun tapi belum berjaya. Tapi nak cari keywords untuk clickbank tu yang rasanya masih baru lagi. Maybe sama macam adsense ker (yg sampai kini tak pernah dapat approval . uhhhuhuh)

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: September 15, 2010 at 9:12 pm

    bkn senang nak bwat kword research, aku amik masa 5-6 jam satu keyword, tp luckily, dgn MS, aku dpt kurangkan skit masa, silap pilih kword, mmg xde la conversion. caya boy, xsaba aku nak usha case study tu :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 15, 2010 at 11:49 pm

      Thanks naz…support ko memang terbaik =). I’allah aku akan publish bila dah siap

  • sofian sofian http://www.sofiancheisa.com/blog Posted on: September 15, 2010 at 10:19 pm

    ramai orang dok kata nak buat duit cepat dengan online, tapi lupa yang keyword adalah paling penting..no 1 tu..dan ramai jugak yang takmau buang masa untuk cari keywords…hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 15, 2010 at 11:50 pm

      Yup, masa tu la segalanya yan. yang penting kene bijak daam mengatur strategi biz

  • Azuan Azuan http://www.azuanrazi.com/ Posted on: September 16, 2010 at 1:28 am

    kadang-kadang aku pun jadi malas nak buat keyword research ni.. hehe.. bro, ada paypal x? nak beli lah skit..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 16, 2010 at 8:34 am

      ade la sikit, ko nak brape ek? buzz aku kat ym eh

      • Azuan Azuan http://www.azuanrazi.com/ Posted on: September 16, 2010 at 11:14 am

        Ada ek bro.. tp x pe lah bro.. maybe lain kali ok.. sebab kebetulan semalam murah rezeki skit dpt bayaran dr CPA, terus masuk paypal.. hehe.. mmg tak sangka betul..

  • boss boss http://www.hujanbatu.com Posted on: September 16, 2010 at 2:29 am

    yes.. cantek boy.. buat kes study.. kitaorng boleh berdikusi nanti..

  • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: September 16, 2010 at 8:13 am

    Terima kasih atas perkongsian, dah lama tak buat research pasal keywords ni, huhuhu, dulu dok research kekadang makan minggu… (orang tak pandai nak research, tu yang lama tuh). Menantikan case study yang akan dikongsikan… :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 16, 2010 at 8:35 am

      Kalau pakai tools yang berbayar memang memudahkan kerja zil. skill ni petua dia satu je, selalu practise :)

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: September 16, 2010 at 10:10 am

    boy teruskan menulis, aku banyak belajar dari blog ko, aku buat tanpa guide jadi tiada trackback dan bila nak refer balik semua hancur, huhuhuh

  • zool zool http://ligakampung.com/blog/selamat-hari-malaysia/ Posted on: September 16, 2010 at 4:24 pm

    Bila baca blog ko terasa kecil diri ni…
    Teruskan berkongsi boy.. terlalu byk yang aku tak buat ni..

  • adi adi http://adiazli.com Posted on: September 16, 2010 at 7:49 pm

    tq bro..
    penerangan yang bersahaja tetapi terperinci..
    boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin menjana
    duit melalui internet..

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: September 16, 2010 at 10:46 pm

    masih tercari-cari keyword emas tuh…. :-)

  • titan titan http://earncent.com/blog Posted on: September 17, 2010 at 4:03 am

    betul. memang pening kekadang. Kekadang, aku lost dibuatnya. Tapi bila dapat keyword tu. Aku sengih la tiap-tiap bulan lepa tu. hehe..

  • syahrilhafiz syahrilhafiz http://syahrilhafiz.com/blog Posted on: September 21, 2010 at 10:35 pm

    ic memang kemas ini..
    tq share.
    jadi kalau nak uv yang tinggi kena amik risiko sikit la no..
    ye tak mcam tu???

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.