Laporan: Hujung minggu yang berseminar dan pelaburan…
Posted by bersahaje on October 20th 2009
Huh! Demam aku dibuatnye setelah sebaik sahaja sampai di Perlis. Sama ada aku berada di dalam bas yang sangat kesejukan atau aku yang terlalu keletihan. Yelah, sepanjang 3 hari di Jb, aku x pernah dapat berehat dengan lama. Dari hal restoran sampailah ke hal seminar blogging. Tapi, aku keseronokanullazi yang amat. Thanks to all the participants!!! Korang memang sempoi! Baru jumpa dah macam 18 hari kenal. Hahaha, thanks pada abg Joe, Zainul dan mereka yang sudi menegur dan beramah mesra dengan aku
. Al-maklumlah, aku ni sebenarnya pemalu. Kihkihkhihkhih. Baru hari ni aku dapat update blog aku yang sangat kesunyian. Sian kat aku. Bukan tak nak update just masa dan emosi aku yang agak kekurangan sejak kebelakangan ini.
Alhamdulillah, sepanjang observation aku pada seminar kali ini, peserta kebanyakanya berlatar-belakangkan blogger. Paling tidak pun, dah tau sedikit sebanyak selok-belok perihal blogging. Dalam seminar ni, ada seorang rakan aku yang dah lama kami tak jumpa. Kay namanya. Kami kenal sejak di Matriks Negeri Sembilan pada tahun 2003. Habis matriks je dah tak jumpe. Dan…dan seminar blogging ni la yang menjumpakan kami berdua. Hilang juga rindu kat si Kay ni. Hahaha. Berbalik pada seminar, aku ni hanyalah sebagai sekreteriat sahaja. Bukan sifu. Sifu aku tu rohaizad. Adalah sedikit sebanyak pengalaman asas dan juga beberapa pengalaman advance yang aku telah kongsikan bersama peserta. Bagi aku itu pun dah memadai untuk menjadikan mereka bersemangat dalam mencari pendapatan melalui blogging. Yang penting, kecekalan dan semangat untuk memenuhkan account paypal dengan USD. Tidak di lupakan juga, aku telah menunjukan satu job (bernilai RM120+) yang aku dapat secara LIVE pada hari tersebut. Ini menunjukan, segala apa yang telah diajarkan di seminar tersebut bukanlah hanya tin kosong sahaje
. Mesti terbakar habis hati peserta seminar pada waktu itu :p.
Buat pengetahuan pembaca blog ini, dalam bulan ini(sampai pertengahan bulan Oct 2009) aku telah menjana sebanyak usd400+. Dan sebanyak itu aku telah belanjakan untuk pelaburan aku di internet. Aku telah membeli beberapa buah blog dan juga website yang mempunyai potensi dari sudut penjanaan wang dari adsense(Bukan speed adsense mahupun teknik blackhat yang aku BENCI ya
) dan juga melalui penjualan ruang pengiklanan. Selain itu juga, aku juga ada membuat pelaburan untuk menaikkan PR(pagerank) untuk beberapa buah blog niche aku. Rugi? Semestinya tidak! Pelaburan di internet(bukan skim cepat kaya yang aku benci juga ya :p) sama juga seperti pelaburan perniagaan offline. Memerlukan masa untuk merancang dari segi marketing dan juga financial. Macam aku, aku dah mula bergerak menambahkan cabang bisnes internet, daripada menjual ruang pengiklanan kepada penjanaan duit dari adsense. Mungkin ini adalah cabaran baru untuk aku belajar. Tapi, klau hendak 1000 daya kan?
Sekarang, aku mula berjinak-jinak dengan proxy site di mana, mengikut penelitian aku, site proxy mampu menarik 500-600 traffic sehari! Proxy? Ya, proxy! Apa itu proxy? Akan aku terangkan penggunaan proxy itu secara lebih mendalam untuk entri yang akan datang. Untuk menjana duit dari adsense, traffic adalah utama. Untuk niche blogs aku, aku tidak langsung fokus pada traffic. Bagi aku, belum sampai masanya. Aku mampu menjana pendapatan dari blog yang mempunyai traffic kurang dari 10-20 orang sebulan! Tak percaya? Kihkihkhihkhih. Tolonglah percaya…
So, sekarang apa fokus aku? Fokus dan plan aku hingga ke akhir bulan ini adalah untuk menarik traffik ke site proxy aku itu. Aku perlukan design yang baru selain tahap server yang agak POWER rangers bagi menampung jumlah traffic yang bakal di garap tidak lama lagi. Kiranya, ini adalah uji kaji aku berkenaan dengan traffic. Aku study sampai ke lubang cacing cara untuk marketing site proxy dengan lebih halus lagi (marketing proxy dan blog adalah sangat berbeza, tapi konsep sama). So, blogging pula akan berehat hingga ke hujung bulan ini. Maaf ye sifu :p. Bukan apa, certain part, we need to get rest from it to refresh our mind! Yang penting, aku tau apa yang aku buat dan Insya-Allah dapat achieve target dalam 30-40%.
So, rakan-rakan di luar sana, peluang menjana pendapatan dari internet terbentang luas!!! Sama-ada andai pandai mencari peluang atau tidak sahaje. Selain daripada kecekalan, kesabaran dan juga perancangan yang teliti menguruskan kewangan dalam paypal anda itu, kebijaksanaan meniliti potensi sesebuah perniagaan juga adalah SANGAT PERLU!!!!
Mungkin sampai di sini sahaje, malam ini mungkin aku sudah memulakan operasi untuk site proxy aku itu. So, doakanlaj kejayaan projek aku kali ni. Tanpa doa kalian, mungkin aku tidak mampu menjadi bersahaje sebegini rupe! Bersahaje itu adalah keindahan yang mungkin korang tidak lagi rasakan!!!! Ha, ape pendapat korang dengan apa yang aku cerite panjang berjele tadi? Nak dengar jugak pendapat yang bernas selain pengalaman korang jana duit dari internet ni. Kita kongsi ramai2…Wassalam…
Posted in Arena Blogging, Diari, Featured

Jangan emosi2 eh syg. Ney kan ade
Congratz dear. Another good experience for u.
Thanks fruitheart! Luv u syg!
tq boy for the panjang lebar itu..
Agnes monica: Sekadar berkongsi
Salam bro Boy bersahaje,
hehe nice post Congrats! anyway kagum dengan sifat usaha bro dari berestoran hingga berblog. Memang cool la. Siap ada awekz support lagi tuh. Untung-untung…hehehe
Mantra: thanks sudi datang ke blog ni. huhu. Kite ni laki, memang kene ada pemberi semngat. Baru momentum dia pergi jauh!!!! Hahahaha
ada entry baru..haha..ada nama aku tu dalam entry ko..next time ada peluang kita lepak lama2 lagi..aku baru sudah beli domain n hosting..tengah belajar cpanel yg tak sempat aku belajar sebab masalah internet..apapun,all d best bro..
khairolghani: Good progress Kay. Untuk blog personal tu jgn di peningkan. Yang penting sekali niche blog. Nanti Khamis dah de line, berdesup la tu…kihkihkih
yg tu sudah semestinya..tak leh nak tangguh2 dah..
Sayang tak dapek nak jumpa…time ko dtg jb, aku ke kedah sebab nenek meninggal…
tapi takpe…pertemuan di alam cyber ini juga menarik…huhu
cyza: Takziah atas kematian. Kat ternet pun leh tukar2 pendapat. Huhu
Peserta seminar kali ni mmg best.. terutama Brother Jo
Nuaeman: Brader Jo sempoi. Layaaannn je. Dah macam jiwa muda
takkan brother JO je? hehe..neway.abes seminar je, abang Jo belanja tom yam.muhaha..2 table
Hahahaha, nak juga tu. Pergh xajak mkn tomyam! Leh bikin panas ni!
Peserta semua memang semput…seh salah…sempoiiii…nampak semua bersemangat…
Hahaha, ko yang sempot kot fik kihkhihkhih
Haish..sungguh x best betul kerana melepas seminar blogging akibat eksiden.
Btw bro, ada ym x? mana tahu kalau ada kesempatan sempat kita berborak?
Qif, aku dah send email kat contacy form blog ko. Takpe, eksiden mengajar kite :p. Blajar dari kesilapan kihkhikhihh
salam bro..x dapat la email tu. cuba send guna email aqif2020[at]yahoo.com
salam tuan rumah-boy,
dah abis aku ketuk pintu blogger2 senior kat forum
baru ada kesempatan,singgah di sini.
seminar ijad =thumbs up!!!+ talakk sombong.
korang yg berucap kat dpn =thumbs up + friendly(tqvm coz sudi meluangkan masa emas korang).
aku mmg ada niat nak open table utk semua org lps seminar tp sebahagian terpaksa bergegas pulang.
nnt aku open table kat adam western-kedai cikgu fynn kat nilai
sempena “pecah telur” acc adsense aku,semua di sini di jemput hadir bila tiba masanya.
Waaaah! Itu sudah bagus. Boleh jumpe lagi la ni. Huhuhu. Xde hal la brader, kawan share semua tu untuk bagi ‘Panas!!!’ Baru bebetol fokus dalam dunia blogging ni. Dah jadi blogger kental, baru tau kesedapan blogging ni. Huhu. Neway, all the best brader! Lu memang GEREK seh!!!!
memang bersemangat betul peserta2 seminar smartblogging aritu..