Make money online: Apa yang perlu ada sebelum memulakanya

Posted by bersahaje on July 30th 2010

buat duit dari internet Make money online: Apa yang perlu ada sebelum memulakanyaRamai di antara kita yang memang minat untuk bermula menjana pendapatan dari internet. Tetapi, kita buntu dan bingong langkah pertama untuk memulakanya. Tidak dinafikan, banyak modul-modul perniagaan internet di luar sana. Tetapi, bagi pendapat aku secara jujurnya langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah membina blog. Jangan teragak-agak untuk membeli domain dan hosting sendiri. Harga serendah RM45 setahun, adakah nilai itu terlalu mahal dengan keuntungan yang bakal kita dapat nanti. Ingat, business internet adalah sama sahaja dengan business konvensional tetapi kelebihanya adalah terletak pada modal yang cukup-cukup rendah. Percaya atau tidak, aku bermula dengan pernigaan internet dengan modal serendah $10 sahaja? Dan sekarang, harta dan asset di internet aku telah berlipat-lipat kala ganda besarnya! Masih ingat lagi entri yang menceritakan mengenai ROI? Itulah konsep yang perlu kita amalkan dalam pernigaan internet.

Dan apakah signifikasi membina blog dalam pernigaan internet? Mudah sahaja. Pertama, dengan adanya blog bermakna kita telah membuat keputusan untuk menambah komitmen. Komitmen dalam blogging adalah tanggungjawab mencari ilmu baru, disiplin update blog, komitmen membina dan melayan members baru dan komitmen dalam menjaga penampilan blog kita. Jangan bercerita pasal buisness ribu-ribu kalau basic komitmen ini kamu masih MALAS dan TAKUT untuk hadapinya.

Kedua, kredibiliti. Ramai usahawan internet menekankan mengenai kredibiliti dalam perniagaan internet. Kredibiliti bermakna nama kita dianggap besar dan terkenal dalam dunia internet untuk sesebuah kawasan atau negara.  Atau cukup sekadar masyarakat mengenal kamu dengan apa yang kamu persembahkan. Bagaimana membina kredibiliti? Itulah perlu nya komitmen mencari ilmu yang baru. Ingat, jika kamu benar-benar ingin memonopoli bisnes di internet, jangan terlalu berharap pada bakat yang sedia ada. Garaplah ilmu baru dan carilah mentor-mentor yang dapat membimbing kamu.Paling tidak, pelbagaikan cabang dan pengetahuan yang sedia ada kepada yang lebih advance. Untuk apa semua ini?

Yang ke-3. Berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Tetapi perlulah diingatkan, mencuba sesuatu yang baru perlulah disusuli dengan langkah yang bijak dan rapi. Ini adalah untuk mengelakkan dari pandangan buruk masyarakat terhadap kita. Perancangan dan study yang rapi sebelum memulakan langkah pertama adalah sangat penting. Jangan terlalu mengejar dan tergopoh-gapah. Susun bisnes plan kamu dengan teliti dan perbanyakkan membaca kisah-kisah mereka yang telah berjaya. Ini boleh memberikan kita inspirasi dalam sesuatu hal. Walaupun begitu, percayalah, kita tidak dapat elakkan dari membuat kesilapan yang tak sepatutnya. Dari kesilapan kita bina nama kita dengan lebih teguh dan cemerlang.

Di awal pembabitan aku dalam dunia internet, aku memang seorang yang sangat gopoh dan terkejar-kejar benda yang tak pasti. Hasilnya, mengigit jari dan banyak yang tak ter manage. Tapi kita sebagai manusia perlulah bijak mengatur kembali strategi terutama dalam hal kewangan. Ke mana saluran yang kita laburkan pastikan kita dapat kembali hasil pelaburan dengan cepat. Paling lambat pun aku anggarkan selama lebih sebulan ke 2 bulan. Ini adalah utuk megelakkan diri kita dari tekanan yang akhirnya mendatangkan kebosanan.

p/s: Alhamdulillah, official web KBB telah pun siap sepenuhnya. Sekarang tiba masanya untuk kami mengatur langkah paling asas; promosi. Anda boleh layari nya di Pakej Lengkap Linkbuilding.

Posted in Arena Blogging

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.