Pelawat: 3 Sebab Blog Anda Tidak Mempunyai Pelawat Setia
Posted by boy_bersahaje on August 16th 2010
Siapa yang tidak mahu mempunyai pengunjung blog yang sentiasa melawat blog anda setiap hari meskipun mereka tahu anda adalah seorang blogger yang hanya menulis untuk mengisi masa lapang anda.
Dahulu saya sendiri begitu, mencari-cari pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pelawat setia yang sentiasa tidak sabar untuk menunggu entri-entri terbaru.
Saya tahu anda juga begitu tetapi dalam entri ini saya tidak akan mengajar anda bagaimana untuk mendapatkan pelawat setia.
Saya akan tunjukkan 3 sebab yang munasabah kenapa pengunjung blog anda tidak begitu ‘setia’ dengan anda.
1 – Themes Blog Anda Tidak Begitu… Menarik.
Sebenarnya ramai yang beranggapan ‘content is a king’ ataupun ‘entri blog adalah segala-galanya’. Tetapi berdasarkan pengalaman, entri blog itu menjadi persoalan kedua.
Dalam dunia blogging, perkara paling penting ialah persembahan blog anda a.k.a blog presentation. Di mana themes blog memainkan peranan yang penting sebelum para pelawat meluangkan masa mereka untuk membaca entri-entri blog anda.
Adakah ini bermaksud anda perlu membayar sehingga beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan themes blog yang cantik dan profesional?
Ya… Hanya jika anda berkemampuan.
Jika sebaliknya, dapatkan themes blog yang kemas dan apa yang paling penting ialah…
Utamakan isi kandungan. Kebanyakkan blogger yang dapat kita lihat hari ini terlampau bernafsu untuk buat duit dengan blog dengan meletakkan berpuluh-puluh iklan.
Jangan lupa idea dan konsep blogging. Hartanya dinilai oleh entri-entri blog anda.
2 -Entri Blog Anda Sememangnya ‘Hampeh’
Bagi anda yang sudah yakin dengan persembahan blog anda, perkara seterusnya yang perlu diberi penilaian ialah entri blog anda.
Saya tahu ramai yang menggunakan blog sebagai tempat untuk melepaskan geram, meluahkan kata-kata cinta dan pelbagai lagi.
Persoalannya sekarang, “Adakah pengunjung blog anda mahukan maklumat tersebut?”
Jika tidak, mengapa anda tetap menerbitkannya?
Sekali lagi ia berkait dengan konsep utama blogging iaitu menerbitkan entri-entri yang dimahukan oleh para pengunjung anda. (Melainkan personal blog)
3 – Tidak Ada Gambar Si Pemilik Blog
Tidak perlu sembunyikan gambar anda jika mempunyai blog. Jika tetap mahu berbuat demikian, sembunyikanlah sekali blog anda.
Pengunjung sentiasa mahu mengetahui siapakah tuan empunya blog. Saya tidak pasti mengapa. Tetapi jika anda tidak berbuat demikian, berikut adalah perasaan mereka terhadap anda:
- Anda buat blog kerana ‘syok sendiri’.
- Anda tidak mahu berkomunikasi dengan pengunjung blog.
- Anda seorang yang suka menyembunyikan identiti.
- Anda mahu jadikan blog anda sebagai medium untuk menajamkan skil penulisan… Tidak lebih daripada itu.
Kesimpulannya, pemahaman mengenai dunia blogging perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi anda memahami sifat-sifat bakal pembaca blog anda seterusnya menjadikan mereka ‘setia’ kepada anda. Inilah gaya hidup seorang blogger.
–

Mengenai Penulis: Aqif Azizan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com, sebuah blog yang menerbitkan entri-entri berkenaan perniagaan internet berasaskan produk digital, blogging dan dunia keusahawan.
Posted in Arena Blogging

Peringatan untuk blogger yang men tibai mcm aku ni ..huhuhuhu
Takpe, tibai2 pun tetap power kan huhu
hihi. nice tips!
baguslah, i jenis tak sorokkan gambar/identiti. sebab blog personal
Terbaikla tu kan. So xde lah pembaca tertanye2 kan siapa punya blog la ni. Hehehe
nice tips. baguslah. i pula blogger yang tak sorok gambar/identiti
aku dulu letak gak gambar kat avatar.. tp skrg dah tukar ganti logo blog.. hehe.. maybe nntilah aku update about me letak gambar aku.. hehe
hehehehe, xpe wan, tu semua terpulang pada blogger sendiri. Yang penting tetap blogging =). Just penulis menulis kriteria yang terbaik
hehe.. tp aku rasa mmg perlu ada gambar lah.. ibarat mcm main FB gak, kalau tak de gambar, aku malas nak kenal.. hehe
nice tips bro.aku ni masih baru dlm berbloging.kalau boleh, aku nak letak gmbr aku besar2 kat main page blog…hehehe……..
bagus tu ziq. bukan nk glamer, tp nk build trust with the readers. Readers baru selesa baca blog kita
wah hebat2… aqif ek tulis…. mantap2…
Yup, aqif yang tulis. memang terbaik!
kekadang aku pun pernah terlupa..hehe..
p/s:sempat lagi tu boy..:P
Muahahahaha, sempat2 aje reez :p
Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah respon kepada entri ini.
Entri ini adalah khas untuk blog RezaMohyin.com a.k.a sebagai ‘Guest Post’.
Memandangkan teknik ‘Guest Post’ ini ramai yang tidak gunakan di pasaran tempatan, saya mengambil langkah inisiatif untuk memulakannya.
Terima kasih boy kerana sudi terbitkan entri ini.
Thanks too qif =)
ak pulak.. hurm.. jenis yg bersahaja je hehe
bersahaje dari segi ape tu eh? huhuhu
Bagus juga ada teguran yang sebegini
Dari situ kita dapat tahu & menilai kelemahan yang ada pada blogs kita.
Terima kasih ya
yezza…itu yang kami mahukan. objektif dah tercapai Thanks cos sudi bertandang =)
salam ramadhan..
hurm begitu ya..nampaknya suri harus mantapkan isi blog suri lagi..maklum le msh baru lgi heeee
w’salam ramadan. eh blog suri bukan dah power ke? traffic mencanak2 tu
. Apa pun still boleh perbaiki mana yang kurang kan.
Theme aku ok tak bro??aku harap kamu dapat menjawabnya dengan bersahaje..=)
Ok kot, aku yang tolong carikan derr
Salam sejahtera.
Selepas membaca artikel ini, terasa betapa kerdilnya diri ini tntg ilmu blog.. masih byk yg perlu dpelajari.. saya mesti mempelajarinya & memperbaiki segala kelemahan yg ada pd blog saya.
T/kasih kerana artikel ini. Best,
Thanks di…semoga kita sama-sama improve mana yang kurang dan tingkatkan prestasi blog kita untuk pembaca =)
Ya. Mesti.
malu la nak letak gambar..nanti orang cam..segan la nak turun KLCC nanti..
nice tips..:)
muahahahaha…barulah ramai nak minta otograf kay!
avatar diri sendiri guna dlm semua tempat
satu cara penjenamaan
Yup, branding untuk represent blog masing2 melalui avatar
aku tak hensem..malu nak letak gambar kat blog…tp aku rlex je letak gambar dekat entri.boleh la cmtu kan?hehehe…
entri aku kdg2 mengarut jgk..tp ok la, ada lg yg msh berminat utk membaca dan bg sokongan..termasuk ko bro,thnks ye:)
hehehe, boleh aje. lagipun mana ade kotak ensem. setiap lelaki dan manusia kan ada keindahan masing2 =)
hehe..bagi aku, aku sangat sukakan tulisan…tulisan yang bila baca, masuk kepala (mean tulisan tue ada jiwa lah)..sebagaiman zul huzaimi yang berlakon dalam cerita rempit, tengok dia dah naik menyampah, meluat gila..
aku suka baca tulisan yang memberikan perasaan…mcm tulisan sangilapi
tapi walaupun aku tetap suka baca tulisan lain-lain juga, cuma content yang berjiwa itu aku lagi suka
oh ok. ko suka tulisan cerita lebih dari fakta. hehehehe samela kita.
aku main tulis je apa aku suka. Alhamdulilah, ada gak yang suka baca apa yang aku tulis tu..
yang penting ada isi dan makna yang ingin disampaikan.
tapi aku tgk blog yg ade entry hampeh byk je org kua masuk. yg kua masuk org likeminded. HAHA
ahahahaha, mungkin entri ni lebih pada make money blog kot. yang entri hampeh bese blogs personal carca-marba
ni yang tetiba rasa nak tukar theme lagi menarik plus comel comel ni. ahahha
hehehe, elakkan dari tukar theme byk2 kali. nanti readers pun bosan gak
tak hensem la nak letak gambar…
p/s- gambar ada dalam facebook..
haha. I came from Sir Marcello blog. Baru start 5 hari commercial blog, masih dlm setup lagi. Satu haram sebelum ni benci computer n tak suke anything related to it, last2x kene belaja gk oleh kerana niat menyampaikan info dn ilmu berguna.
nice job dude.
nice tips..I really have to learn a lot more …here’s a gift for you
wah aku letak nama pun kira ok dah kan…hehe
nanti letak muka satu blog, orang cakap egosurfing plk….
point last tu gempak.. gyahahahahha.. semart la
hehehehe
gan blog agan kren.
coba kasi masukan di blog ane.
ni linknya
Pondok Daun