Penulisan blog: Redah sahaja

Posted by bersahaje on August 2nd 2010

sg WRITING red Penulisan blog: Redah sahaja

(Entri ini mengandungi artikel sepanjang 656 patah perkataan)

Tadi, masa aku berjalan-jalan membaca blog kawan-kawan, aku tertarik dengan satu post dari Reezluv.com. Post dia menyentuh cara secara teknikal berkaitan dengan penulisan article dalam bahasa inggris. Di awal pembabitan aku dalam niche blog, menulis artikel bukan menjadi masalah. Tetapi yang menjadi masalah adalah untuk mendapatkan idea tersebut. Niche killer seperti finance dan health memang sering buat aku tak keruan. Mana tidak nya, semua itu bukan lah hal berkaitan dengan bola sepak dan futsal. Agak payah untuk aku selami nya apatah lagi menulis artikel berbentuk fakta. Bila difikirkan balik, memang agak payah dan silap-silap aku tak nak lagi blogging!

Tapi reezluv sudah pun merungkai permasalahan yang aku alami. Kenapa kamu orang tidak harus takut dengan niche blog? Ya sebab itu semua sebenarnya bukanlah sesuatu yang sangat teknikal! Apa yang perlu hanyalah kerajinan dan usaha. Lagi pun, penerangan reezluv di dalam entri pun bagi aku sudah cukup lengkap untuk mereka yang sangat takut dalam menulis artikel inggris. Itulah antara kelemahan kita, takut untuk mencuba. Boleh aku tanya, apa yang kamu orang takutkan sebenarnya? Takut dimaki atau diejek? Tapi adakah itu semua mendatangkan sebarang kerugian duit kocek mahu pun maruah kamu? Fikir kan lah dengan hati yang bersahaje.

Apa yang aku dapati daripada teknik yang reezluv dedahkan ialah, ia sangat mudah untuk dipraktikkan. Sedar atau tidak, sebenarnya itu adalah cara untuk kamu mencari idea dan menulis blog personal kamu. Sebagai contoh adalah langkah pertama iaitu:

1.Pergi ke mana-mana article directory yang popular seperti Ezinearticles atau Goarticles untuk mendapatkan topik anda itu. Pergi kepada niche yang telah korang pilih.Sebagai contoh dalam guide ni aku pilih niche travel…www.reezluv.com

Langkah ini sama seperti kamu menjalankan aktiviti blog walking. Cuma ia twist sedikit kepada article directory. Ya, artikel direktori mempunyai ratusan ribu artikel yang sangat menarik dan grammar yang tiada kesalahan. Selain daripada itu, ia mempunyai pelbagai niche yang bagus untuk kita dapatkan idea menulis. Ini adalah teknik yang aku sering buat sebelum menulis pada niche blogs.

blog 300x207 Penulisan blog: Redah sahaja

Ehsan reezluv.com

Setelah mencari tajuk dan kategori yang kamu minati, reezluv sekali lagi memberikan satu teknik rahsia yang mudah pada langkah ke-6; untuk mula menulis iaitu:

6.Kemudian korang boleh menggunakan question seperti What,How,When,dan juga Why untuk membina artikel. Pada mulanya cuba korang terangkan serba sedikit mengenai Bahamas dan juga perkhidmatan cruise di situ. Search Google untuk mendapatkan klue tentang contoh syarikatnya…www.reezluv.com

Ya, reezluv telah berjaya memecahkan kebuntuan dengan menggunakan teknik soalan. Teknik ini adalah teknik yang paling berkesan dan membolehkan kita untuk menulis sekurang-kurangnya 3 perenggan dengan 300 patah perkataan atau lebih. Nah, ini lah antara yang menjadi ketakutan mereka untuk blogging in english. Rugi rasanya kerana kamu tidak mengambil peluang yang ada di depan mata disebabkan ketakutan yang tidak seberapa. Masih ingat entri yang mengisahkan pasal takut?

youtube logo 300x212 Penulisan blog: Redah sahaja

Untuk penutup bagi memantapkan lagi isi dan cerita tulisan kamu tu, reezluv ada memberikan langkah terakhir, iaitu memasukkan video dari youtube. Katanya, ini adalah untuk melengkapkan lagi artikel tersebut. Bagi aku, ini adalah salah satu cara tarikan dan juga menutup kelemahan. Apa yang aku merepekkan ni? Tarikan ialah pada video tersebut. Kerana, video mampu untuk menambah traffic dan setidak-tidaknya mencerminkan kita adalah blogger yang sangat komited terhadap penulisan yang ingin disampaikan. Bermakna, video mampu memberi satu alternatif lain selain daripada artikel semata-mata.

Apa pula hal dengan menutup kekurangan? Ya, video dapat menutup kekurangan untuka artikel yang terlalu pendek seperti 100 patah perkataan sahaja. Kita kononya ingin menunjukan bahawa artikel kita adalah penerangan kepada video tersebut atau video tersebut sebagai bahan rujukan sampingan kepada apa yang kita bentangkan.

banner design Penulisan blog: Redah sahaja

Antara sentuhan dari Reezluv

Walaupun reezluv adalah seorang blogger yang hebat, tetapi dia juga memiliki keupayaan untuk mereka bentuk eCover, banner dan juga minisite. Buat pengetahuan kamu, aku telah menggunakan khidmat design logo blog ini dari beliau. Harga serendah rm100, aku yakin ini adalah antara harga yang sangat reasonable dengan hasil kerja dan customer servis yang sangat baik! Masih tak percaya? Boleh lawati blog reezluv yang penuh dengan informasi berkaitan dengan blog, blogging dan blogger sekarang. Aku pasti kamu mesti menyukainya.

Posted in Arena Blogging

Comments

  • Noor Azlin@ Bizznurse.com Noor Azlin@ Bizznurse.com http://www.bizznurse.com Posted on: August 02, 2010 at 12:57 am

    Salam,
    A good review with personal insights you got here ;)
    Saya pun sertai juga !

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:01 am

      hehehe mencuba nasib sambil mencurahkan pengalaman yang sedikit di dada. Gud luck k =)

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 02, 2010 at 1:13 am

    wah bagus nie boy..aku dapat sikit idea…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:20 am

      Tak dak hal. Boleh terus try. I’allah dapat buat article dengan bersahaje =)

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: August 02, 2010 at 1:34 am

    perkongsian yang menarik ni, boleh di laksnakan oleh semua blogger

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:37 am

      I’allah semua boleh lakukan. Serius x susah

  • aimannajmy aimannajmy http://www.aimannajmy.com Posted on: August 02, 2010 at 2:28 am

    masa first2 aku try wat artikel gile laa punya susah nk lps copyscape..satu artikel 3 jam baru siap…mmg aku down gila…dalam ati dok pkiaq nk upah org dh…nak fed up pon ada adoii kdg nak mengamuk pun ada aku dgn copyscape tuh! ada ja word dia detect dari artikel yg kita edit2 dr sumber ezine..last2 aku rasa kaedah rewrite balik dgn ayt kita sendiri yang paling sng nk lps copyscape.. xpayah power BI sebenarnya nak buat ayt sendiri ni…

    cuma kena igt balik time sekolah cekgu ajaq dulu camana nak buat rumusan dari satu karangan.So mula la aku tebyg muka cekgu aku dulu cekgu azizah hehe cekgu comey.selamat dia dah kawen time tu kalo x konpem aku nk ngorat huhu..eh dh tesasar dr topik… so mesti ada intro sket 2 3 patah word dan isinya hanya menggunakan kata penghubung kalo dalam BI cam (besides, moreover, however) yang menghubungkan ayat yang di amik dari karangan td ke bentuk aktif-pasif atau sebaliknya.

    Then last conclusion 2 3 patah word yang jugak bleh amik dari perenggan last artikel tuh yang mana anda perlu menukar ayt ke pasif atau aktif..mula2 mmg agk kekok..pastu dh lama ok la..bknnya kena pk ayt sendiri suma…huhu dulu cekgu dok salu paksa wat latihan rumusan dalam kelas bleh ja kita buat..kes sbb tkut kena mrh dgn cekgu…last2 salu sgt wat latihan kita gak dpt hasilnya cam Boy dpt A1 (hehe aku agak je)..

    mak aiiihh pnjg bejela aku menaip ni hehe..just bekongsi apa yg aku lalui…apa yng aku jamin 100% melalui kaedah ni conpem lepas copyscape punya.. aku dh lalui dah kaedah just edit2 artikel ni dgn tukar2 thesaurus sket pastu ubah ayt sket2..mmg susah nk lps..xtau la mayb da org len yg expert bab edit artikel..tp bg aku kaedah rewrite ni lah paling terbaek… aku rasa sapa yang speed typing tuh dgn kaedah rewrite 5 ke 10 minit bleh siap.. cam aku amat slow taip…taip 2 3 word mesti nk selang seli pandang keyboard ngan screen pc…so dlm 20 ke 30 minit baru siap satu artikel..bersamaan dengan masa yang diperuntukan dalam peperiksaan SPM dalam soalan rumusan BM atau BI.Huhu..So good luck bloggers

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 6:44 am

      Mak aihhh..Mi ang dah wat rekod kat blog aku. x pernah aku dapat komen sepanjang ni mi…=). English aku SPM mane ade A1 mi. Aku dapat C ke D. Tu sebab bangun balik dari kesilapan.

      Thanks teknik hang tu memang bagus untuk kita buat article yang 100% copyscape lepas. Jadikan ayat aktif ke pasif. Aku pun selalu gunakan teknik ni dalam penulisan english =)

      • aimannajmy aimannajmy http://www.aimannajmy.com Posted on: August 02, 2010 at 10:33 am

        haha tetiba semlm aku jd hype semcm nk wat komen pnjg haha~ terlupa plak aku nk wat perenngan huhu

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:36 am

          hahahaha, aku nak bace pun susah. tu yang aku wat perenggan siap2…muahahahaha

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 02, 2010 at 9:04 am

    review yang menarik boy, aku rasa mcm tak sempat lak nak buat review

  • Azhar Azhar http://kits2u.com Posted on: August 02, 2010 at 9:13 am

    A very informative tips for bloggers who yearn for article writing but stuck with too many ideas.

    Reading English newspapers may help you in improving your english writing.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 9:17 am

      Betul tu bang. Saya pun perbanyakkan baca online newspaper. Yang penting kena sentiasa latih diri. I’allah lancar je penulisan

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 02, 2010 at 9:06 pm

    tips baguih boy, mmg dh tbukti bkesan gune long tail keyword utk tulis artikel kat blog.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:23 pm

      yup, long tail keywords senang untuk ranking dan mendapat targetted traffic yg lebih convert =)

  • sofian sofian http://sofiancheisa.com/blog Posted on: August 02, 2010 at 10:27 pm

    wow…hehe…baguih2…actually, benda-benda ni la selalu di ajar di sekolah dulu kan :P what, how, when, blablabla…cuma kita sedar atau tak je..mungkin gak reezluv dapat karangan bi dia cun masa SPM dulu..hehe..teknik ubah dari ayat aktif p pasif tu pun ada sikit tak lepas copyscape…sebab ada kemungkinan besar orang dah gunakan teknik tu..tahla betui ke dak…tips seposen, penukaran ayat aktif ke pasif tu kena gak ada ubahan dari sinonimnya, ayat sama erti…tak gitu ke?

  • khairolghani khairolghani http://khairolghani.com Posted on: August 02, 2010 at 11:29 pm

    info yg menarik..diterang secara detail lagi..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 1:25 am

      Review dan sdikit pengalaman. ko pun mesti dah tau skill ni kan =)

  • titan titan http://earncent.com/blog Posted on: August 03, 2010 at 10:22 am

    betul. redah aje. itu teknik yang sangat ancient. tapi diakui berkesan..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 10:42 am

      dari salah baru kita belajar. so selagi x bermula, kita tak kan tahu kat mana yg salah

  • Kujie Kujie http://www.kujie2.com Posted on: August 04, 2010 at 8:40 am

    entah bila masa kak jie nak bermula… tak cukup ruang kot
    kegemaran lebih suka membaca dari menulis

  • Nine Nine http://nine.gapuranetwork.net/ Posted on: August 04, 2010 at 12:38 pm

    dasyat penulisan kamu bro :) , yup setuju kadang2 blog personal or apa2 niche yang dalam penulisan english untuk practising field diorang, banyak blogger buat cam tu..saya respect :)

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 04, 2010 at 9:40 pm

    Practice make perfect kan =). Tapi kalai dah banyak sangat, biasanya saya outsource kan aje hehehehe

  • Sya Isya Sya Isya http://akumerpatiputih.blogspot.com Posted on: August 05, 2010 at 12:03 am

    wow! satu review yang bagus. tahniah, menang tempat ke-2. best pula baca komen-komen yang ada kat sini. ada juga hajat nak buat blog english, tapi buat masa ni, keadaan tak mengizinkan. huhu..

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.