Servis Perunding blog:Rezamohyin.com
Posted by bersahaje on February 24th 2010
Lama dah sebenarnya aku nak menubuhkan servis ini. Tapi, masa 4 ke 5 bulan lepas, pengalaman masih cetek bagaikan melukut di tepi gantang swimming pool kanak-kanak. Banyak lagi skill yang perlu aku pelajari seperti edit php, css, custom field theme, SEO dan sebagainya. Memang tak aku nafikan bahawa, ilmu aku masih lagi cetek berbanding dengan mereka yang dah lama bertapak dalam dunia blogging ini. Terima kasih kepada Yam yang telah banyak mengajar aku menguasai teknik dan skill wordpress dan juga laman web. Banyak masa dah dihabiskan demi membina kredibiliti dalam bidang ini. Aku sangat meminati keperihalan wordpress dan blogging. Tak pernah ada perasaan jemu setiap kali aku mula membina blog yang baru. Walaupun agak leceh seperti mencari themes, setting widgets, install plugin, memasukkan iklan dan membuat perubahan kecil pada theme, tapi ke semua itu benar-benar buat aku stim seronok. Maka dengan tanpa segan silu, aku merasmikan Servis Perunding Blog dari rezamohyin.com untuk semua bakal bloggers, bloggers dan bloggers pencen.
Apa yang ada pada servis ini? Seperti yang aku maklumkan, servis perunding blog ini adalah rundingan berkaitan perihal blog. Segala-gala perihal blog telah aku sediakan di sini dengan harga yang cukup bersahaje melainkan servis untuk SEO. Servis SEO masih lagi dikaji. Buat pengetahuan kamu semua, untuk promosi pembukaan ini aku telah menawarkan sebanyak 15 kuota. Di mana, kuota tersebut adalah berkaitan dengan servis untuk set up blog. Sebuah blog di kira sebagai 1 kuota. Harga untuk promosi ini adalah serendah RM45 untuk pakej yang telah disediakan di sini. Setalah kuota ini berjaya dihabiskan, harga akan beralih dan mengorak kepada RM65 pula. Tetapi, aku yakin ini adalah harga yang paling tak masuk akal. Pasti ada yang akan mempertikaikan hasil kerja yang bakal aku pamerkan memandangkan harga pasaran sekarang untuk set-up sebuah blog mencecah RM100+. Aku pasti, kamu akan berasa puas dengan Servis Perunding Blog dari rezamohyin.com

Perjuangan blogger bersahaje (aku dan megat.net)
Di sini, aku ingin menekankan, ‘perjuangan seorang blogger bersahaje’ adalah berkait rapat dengan apa yang aku buat sekarang. Aku cuba dan berusaha memberikan servis dan info yang terbaik dengan kadar mampu milik dan tanpa ragu-ragu untuk memilikinya. Ada yang kata aku down rate harga pasaran. Maaf, aku tidak mengambil kesah dengan harga pasaran yang entah siapa yang menciptanya. Aku bukan menjual barangan mentah yang dikawal harganya. Aku tidak menganyai sesiapa melainkan menggalakkan masyarakat Malaysia untuk berblogging dan menjana pendapatan sampingan dengan cara yang halal dan tidak memeningkan sesiapa.
Maka, jangan lepaskan peluang ini wahai rakan-rakan sekalian. Segala details servis dan juga maklumat harga dan pembayaran ada termaktub di rezamohyin.com/servis. Selamat maju jaya dan salam bersahaje
p/s: Kalau ade cadangan dan komen mengenai servis ini, silalah berkomen-komen di bawah ye. Aku pasti berdezup membalas setiap feedback dari kamu


saudara boy,tolong masukkan blog travel saya ni dalam list servis saudara,cuba beri cadangan sevis mmana yang perlu diambil.
So far macam dah ok la travel awak tu. Tapi kalau nk discuss lagi email je saya pkai form kat rezamohyin.com/servis tu
boy,nanti aku nak ko pilih sevris apa yang perlu diambil supaya blog aku ni boleh bagi duit kat aku.bukan nak banyak pun,kalau boleh sebulan dua-tiga ribu ok la tu….aku bukan melawak ni boy…nanti ko email kat aku pasal servis tu:)
Huhuhuhu…Dasat sangat harapan ni bang. Blogging ni kan take time
pergh…gila babi !
Hahaha, ko gak yang ngajar nye
aku nak minta tolong gak..ingat nak tambah blog juga ni..blog yg kaw2 dapat untung punya..haha..nanti aku contact balik..
Boleh, I’Allah
hoho..lawa gila page tu.
Bese la premium theme
huhuhu
salam bro..
Saya tertarik setelah pertama kali menjenguk di blog ini. Saya sebenarnya masih tercari2 guide dalam blogger nie . “Perkhidmatan Set up blog niche” buat permulaan saya sedia menggunakan servis bro.
Blog saya mempunyai masalah sedikit. Apa pun harapa dapat reply dari bro untuk 1st servis dari bro.. yang penting saya dapat ilmu yang berguna. Ilmu itu perlu dicari tak gitu ?
salam
ammbiz
Saya dah email amm…
whoa, boy. sgt bagus!
Thanks Naz
. Lama tak datang cni. Huhuhu
Hey, i think i know u if im not mistaken…