Agensi pelancongan: Rahsia disebaliknya

Posted by boy_bersahaje on February 18th 2010

Tajuk yang terlalu off topic. Ini lah perkara yang ramai orang tidak mengambil berat mengenainya. Lebih buruk lagi, ada sesetengah pihak yang menganggap agen pelancongan adalah mahal dan tidak diperlukan sama sekali. Kenapa ini terjadi? Sebenarnya, konsep agensi pelancongan adalah memudahkan proses kita untuk merancang perjalanan dan percutian dengan lebih selesa dan teratur. Tanpa kamu perlu membuang masa memikirkan tempat dan aktiviti-aktiviti yang menarik di sana kelak. Pelancongan yang berbaloi bukan sahaja diukur dari segi kos malahan juga aktiviti dan kepuasan yang semestinya dapat meninggalkan seribu satu kenangan di lubuk hati.

pekej pelancongan 300x170 Agensi pelancongan: Rahsia disebaliknyaPada awal penglibatan aku dalam dunia pelancongan Malaysia, aku hanya  bergantung pada kemampuan diri untuk melancong ke destinasi yang dihajati. Bermakna, aku study sendiri, mencari di internet bertanyakan kepada rakan-rakan dan juga berbincang melalui forum-forum tempatan. Hasilnya bolehlah aku banggakan kerana ilmu yang aku ada hanya setakat apa yang aku cari. Tetapi, percutian yang aku pergi tidak dapat memberikan keseronokan yang sepenuhnya. Sebab apa? Sebab, ilmu yang terbatas mendalami sesuatu tempat yang menarik bagi sesebuah kawasan agak terhad. Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat dan aktiviti yang belum aku lawati di sebabkan kekurangan maklumat. Nah, rasa sangat rugi dan kurang bersahajekan?agensi pelancongan 300x180 Agensi pelancongan: Rahsia disebaliknyaUntuk kes seperti di atas, pihak yang perlu kita rujuk selain dari rakan taulan ialah agensi pelancongan. Ya, agensi pelancongan. Walaupun kamu tidak berminat untuk membeli pakej-pakej dan produk pelancongan dari mereka, tetapi gunakanlah mereka sebagai sumber maklumat bagi sesuatu kawasan yang bakal kamu lawati. Selain mengetahui dan pakar mengenai tempat tersebut, mereka juga dapat memberikan kamu tricks dan rahsia untuk mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang murah dan menarik selain dari ‘disembelih’ oleh agen pelancongan yang tidak beretika. Saya pernah mendengar rintihan dari sahabat yang mendakwa mereka telah berhabis sebanyak RM3000+ untuk 3 hari 2  malam bercuti di Langkawi. Bila ditanya apakah aktiviti yang telah dibuat, mereka hanya lah memberikan pakej yang sangat asas iaitu hotel, kereta sewa dan tours guide. Harga pasaran untuk pakej seperti itu hanyalah kurang dari RM800. Perkara sebegini boleh dielakkan dengan mendapatkan khidmat nasihat dari yang lebih arif dan jujur.

Di sini aku ingin  memberkan sedikit tips bagaimana mencari agensi pelancongan yang dapat memberikan harga yang agak rendah selain aktiviti yang sangat memuaskan. Berikut adalah beberapa tips:

  1. Freelance travel agent- Mereka mempunyai kepakaran yang tinggi disebabkan kebanyakan mereka terdiri daripada anak jati kawasan tersebut. Mereka mengambil peluang kerana kawasan mereka adalah tempat pelancongan. Selain pakar mengenai sesuatu kawasan, harga sangatlah berpatutan disebabkan merekalah yang mengendalikan pakej-pakej yang ditawarkan tanpa melalui orang tengah.
  2. 1 tempat sahaja- Bermakna mereka menawarkan pakej-pakej melancong hanya untuk satu tempat sahaja. Ini bermakna mereka mempunyai niche yang sangat narrow (1 kawasan). Kelebihan di sini ialah mereka akan memberikan servis yang sangat memuaskan kerana mereka memberikan fokus 110% pada sebuah kawasan.
  3. Online (Atas talian)- Agensi pelancongan yang berpangkalan di online adalah jauh lebih murah di sebabkan tiada cost overhead yang tinggi. Selain itu, mereka mampu memberikan harga yang sangat-sangat kompetitif kerana jumlah pesaing yang tidak terkira banyaknya. Ini juga dapat mengurangkan kos dan masa kamu.
  4. Kurang dari harga pasaran- Buat pengetahuan kamu, sebenarnya ke semua agensi pelancongan mampu untuk memberikan rate  yang lebih rendah dari harga pasaran. Sebagai contoh, sebuah Hotel X membuka harga RM180 untuk satu malam. Tahukan kamu bahawa, agensi pelancongan yang bijak boleh memberikan harga yang kurang dari RM180. Setidak-tidaknya RM160-RM175. Walaupun nilai kurangnya tidak begitu tinggi, tapi kalau di darabkan dengan 2-3 malam, sebenarnya mampu untuk kamu jimat sehingga RM15- RM60. Nah, ini kan satu kelebihan untuk kita sebagai pengguna.

Jadi, adakah kamu telah bersedia untuk mencari dan berbincang bersama agen pelancongan? Andai iya jawapan kamu, baguslah. Jom kita borak-borak pengalaman manis dan pahit kamu yang pernah menggunakan khidmat agen pelancongan. Nak juga aku dengar demi kebaikan kita bersama…

Posted in Bersahaje, Featured, Merayap

Comments

  • Jmay Jmay http://www.jmayz.com Posted on: February 19, 2010 at 12:10 am

    Tuh dia..boy sudah naik..hehe..teringin jugak ak nk mencuba pakej nih.. hihi :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: February 19, 2010 at 9:56 am

      Cube la mi. Gi ngan member2. Syok tu.

      p/s: jangan lupe deal kite before ni. Dah complete, aku roger ko bagi letup UTP. Huhuhuu

  • menj menj http://www.ibnjuferi.org Posted on: February 19, 2010 at 12:21 am

    Jangan lupa tentang apa kita discuss tadi…haha.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: February 19, 2010 at 9:53 am

      Hahaha, mane pernah lupe bro. Tengah set baik2 ni untuk bro

  • khairolghani khairolghani http://khairolghani.com Posted on: February 19, 2010 at 12:43 am

    menarik je aku tengok..teringin nak gi honeymoon kat Langkawi..hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: February 19, 2010 at 9:54 am

      Ape lagi, sambar la 1 pakej brader huhuhu

  • booguestwarrior booguestwarrior http://www.cheaptravelstyle.com Posted on: February 19, 2010 at 9:29 pm

    kalau bercuti di pulau-pulau peranginan ni,yang best sekali guna khidmat pemandu pelancong bebas…mereka ini biasanya kerja sebagai porter di jeti-jeti…biasanya kalau guna “cop mohor” diorang ni,potongan harga boleh dapat untuk penginapan dan makan minum….setakat ni belum pernah menggunakan khidmat agensi pelancongan.

  • yazid yahaya yazid yahaya http://www.strategiblog.com Posted on: February 23, 2010 at 8:30 am

    akan aku join..kui..kui..

  • zymert zymert http://www.operatorblog.net Posted on: March 12, 2010 at 1:56 pm

    tahniah boy sebab dapat wat pakej yang menarik ni…makin ramai la orang p langkawi nanti…..aku nak balik langkawi nanti kena pakai pakej hang kot….:)tak pun da chance jadi freelance travel guide partime hang……hahaha…all da best boy…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: March 12, 2010 at 2:37 pm

      @zymert, Mir, ni pun pasai ang banyk tolong aku. Kalau tak, terkial-kial jugak aku. thanks a lot mir. Jasa mu sentiasa aku kenang. Hang jadi tourist guide aku pu care gak tu mir ahahahahaha

  • miziology miziology http://mizhaclan.com Posted on: March 17, 2010 at 7:47 pm

    bro ko buat lg ke benda ni?aku try usha web tu tp mcm error plak aku masuk.. aku nak tanya psl aku igt nk g langkawi ni

  • cyza cyza http://cyza.us Posted on: March 26, 2010 at 12:03 am

    Lepas ni, boleh aku refer kat ko pasal nak jadi agent pelancongan ke…mana tau…

  • roslankasim roslankasim http://www.roslankasim.blogspot.com Posted on: October 12, 2010 at 11:39 am

    Aku setuju ..kerana setap travel ejen dah ada contract rate dgn Hotels ..
    Kalau rate hotel RM200 semalam ..deal ler dgn ejen minta RM180 semalam ..

    Mcm aku ada juga buat pakej RM300 utk 3h2mlm ( 1 blk + kereta )
    ok aper …
    tu pun tak cukup tangan nak jawab phone ..

  • noor maslina noor maslina http://- Posted on: April 06, 2011 at 11:20 am

    salam,btul ke bile kte buat tempahan melalui agensi kene bayar deposit dulu?.diorang kate untuk blok hotel.harge mmg ok 3hr 2mlm g kl bilik famili room rm320.

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.