Berehat di hujung minggu

Posted by bersahaje on July 11th 2010

wayang Berehat di hujung minggu

Huh…Aku pasti semua sentiasa menunggu hujung minggu untuk berehat. Merehatkan diri dari segala kepningan kerja dan tugasan sama ada di pejabat, kilang dan di manasahaja kamu bekerja. Weekend adalah hari yang terindah buat aku, fruitheart dan teman-teman. Walaupun aku banyak menghabiskan masa di rumah melaksanakan kerja-kerja online, tetapi rehat tetap rehat. Buat teman-teman seperjuangan, jangan lah workaholic sangat. Agak-agak la kan. Bukan apa, rezeki memang sentiasa ada mana-mana, tetapi yang tersayang hanyalah sementara. Jadinya, berbakti dan buat baiklah pada mereka sementara mereka masih ade =).

Hari ini hari Ahad. Aku bersama fruitheart, adek, Zul temanya menonton punggung panggung beramai-ramai di Jitra Mall Cinema. Kami memilih cerita Predators. Ok la, kalau dari 5 bintang aku bagi 3.5. Bukan tak best just rate tu aku rasa layak untuk nya. Penuh dengan aksi dan babak yang sangat mencemaskan. High technology dan jalan cerita yang menarik. Cerita Predators memang aku tak kan pernah miss untuk nonton. Sejak dari kecil hinggalah sekarang. Nice movie for release =).

Balik dari panggung, kami makan beramai-ramai. Aku dan fruitheart memilih hidangan nasi goreng Thailand. Ingat kan sedap, tapi baisa sahaja. Just nasi banyak bersama ayam goreng yang agak keras. So, 1 bintang untuk hasil masakan chef di restoran itu. Lepas makan kami terus balik. Fruitheart sekarang dan sandang jawatan guru di pusat tuisyen di Kuala Perlis. Kelas dia start jam 8pm mengajar English dan juga matematik untuk pelajar sekolah menengah. Aku dan adik balik ke rumah merehatkan diri sehingga magrib tiba. Tak tau napa badan rasa letih sangat. Mingkin disebabkan kami menonton game Germany vs Uruguay sehingga jam 4.30am pagi. Yeba-yeba Germany menang…Rekod 2006 diulangi lagi. Ok la kan dari terus tersingkir tanpa apa-apa gelaran icon razz Berehat di hujung minggu .

So, lepas isyak, aku tak tau nak buat apa, tu yang menulis entri ini. Kerja? Banyak, tapi aku decide nak rehatkan diri dari itu semua. Pasni boleh la aku basuh baju yang dah mencecah 10 kilo beratnya. Aduh, harap-harap esok matahari tak segan menunjulkan dirinya untuk mengeringkan baju aku yang akan memenuhi ampaian di belakang sana…

Kamu? Tak kan bekerja juga…

Posted in Bersahaje

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.