Berpuasa: Erti sebagai seorang blogger
Posted by bersahaje on August 11th 2010

Picture credit to abidfana.com
Alhamdulillah, setahun menunggu, akhirnya sampai juga menemu kita. Ramdhan al-Mubarak
. Puasa oh puasa. Bagi aku seseorang blogger mempunyai target yang tersendiri semasa bulan Ramadhan ini. Dan target tersebut lebih kepada keperihalan blogging dan juga income yang bakal diperolehi semasa ramadhan ini. Pelbagai strategi dirancang dan disediakan untuk dipenuhkan sepanjang bulan puasa ini. Tetapi aku, mungkin berlainan sedikit dari itu.
Kita diwajibkan berpuasa bagi yang beragama islam. Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta yang membatalkan nya dari terbit matahari hinggalah tebenam matahari. Antara perkara yang membatalkan puasa ialah makan, memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan minum. Dan dari segi batinnya, kita disuruh untuk menjaga deria dari melakukan maksiat mata, telinga, tangan dan juga mulut. All in one! Lengkap dan menjurus kepada pembentukan sahsiah diri kepada yang lebih baik.
Sebagai seorang blogger kental, bulan puasa adalah antara bulan yang sangat meriah dengan pelbagai entri-entri manarik dan juga contest. Ya, itulah target aku kalau diizinkan-Nya. Menulis entri yang terbaik untuk tatapan kamu disertai dengan contest. Tapi ada juga yang menasihatkan aku menganjurkan contest pada bulan 10 kelak. Apa pun target aku yang utama ialah blog yang penuh dengan entri yang menarik dan selalu di update. Disamping berkongsi dan saling mengingati, kita juga dapat mengeratkan tali persaudaraan sesame blogger dan pembaca. Uhhh indahnya!
Elakkanlah dari membuat post berkaitan dengan gossip dan juga artis-artis seksi. Elakkan dari maksiat tangan; mencerca dan memaki orang lain dengan dijadikan blog sebagai madah perbalahan. Apa barang blogger kental mengutuk bloggers lain?Apa barang, blogger kental menulis artikel berkaitan dengan gossip artis? Apa barang, blogger kental menulis artikel untuk mentertawakan orang lain? Jadinya, di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk kita berubah dan melahirkan revolusi baru dalam dunia blogging Malaysia ke arah yang lebih maju dan berwawasan.
Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak


yer boy, selamat berpuasa, kalau boleh bulan puasa blog pun di isi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat
selamat berpuasa bro
selamat berpuasa boy dan terus maju kehadapan!
selamat berpuasa boy dan terus maju kehadapan !
salam dan selamat berpuasa
entyr di bulan2 puasa ni pastinya agak condong ke ‘islamic’ sket
Hehehehe, boleh gak kan kalau nk cerita pasal blogging
nice! selamat berpuasa boy, lebihkan pretasi kurang kontroversi. wahaha
Huhuhu, nice quote la naz
Salam sejahtera.
Benar tu. Sempena bulan ramadhan. tulisan yang dihasilkan mestilah yang baik2. Elakkan sesuatu yg dapat menimbulkan perbalahan.
Salam ramadhan.
Ya, semoga blog ini terjauh dari menulis kisah2 seperti itu
banyak betul entri psal puasa..bagus la
Selamat berpuasa yan hehehehe
selamat berpuasa boy…
Thanks mi, selamat berpuasa dan sukses dengan video ang yang mantap tu =)
erm betul tuh boy… aktiviti jalan2 pun kena kurangkan nie…
Your Messageselamat berpuasa pada bro reza.. slmt mymbut rmdan al mubarak