Blogger terdesak: Bila dan bagaimana?
Posted by boy_bersahaje on August 16th 2010
Sampai masa, inilah yang sering terjadi pada hidup seorang blogger; terdesak. Terkulai layu bila aku sendiri tidak mencapai target yang diinginkan dalam perihal blogging. Pelbagai seminar dah masuk, ebook dah beli, tapi masih lagi buntu dalam menentukan hala tuju blogging itu sendiri. Hala tuju bermakna, ‘tune’ dalam memenuhkan USD dalam paypal. Tune bermakna, traffic dan rentak yang masih lagi terkial-kial untuk blog yang dibina. Maka jalan mudah lah yang akan aku lakukan untuk membina kredibiliti mahupun sumber kewangan hasil dari blogging.
Bermula saat itu, aku tanpa menoleh kiri dan kanan, mencari pelbagai alternatif mudah untuk dapat hasil dengan cepat, tepat dan akhirnya, sebuah Nissan Fairlady yang diimpikan berjaya aku pandu dengan begitu bersahaje! Ya, aku mampu untuk membeli apa sahaja yang pada dulunya hanyalah sebuah impian dan mimpi-mimpi indah. Aku kini dah bergelar OTAI atau kosa kata panjangnya dipanggil Old Timer! Ramai masyarakat dan penggiat internet mula memandang tinggi ke arah aku. Bertanya bagaimana, bila dan tips untuk berjaya seperti aku. Bermula sebagai seorang blogger yang terdesak, kini aku sudah bertukar menjadi IM terkenal tanah air!
Uhhhh, aku mampu untuk keluarkan produk sampah tetapi dijulang oleh masyarakat sebagai produk yang sangat berkuali-ti tinggi. Dari produk bermula rm10 sehingga la ke produk yang berharga rm127. Uhhh, manusia akan tetap terus membeli dan membeli sebab, aku lah IM ternama dan juga blogger yang terhandal. Senang kan? Dari seorang yang terdesak, kini aku mampu meraih pendapatan dari produk-produk yang berkuali-ti tinggi.
Kamu bagaimana? Kenapa tidak ambil jalan seperti aku? Kenapa perlu buang masa blogging yang tak tentu masa depan? Yang makan masa bertahun-tahun untuk dapat kan hasil yang sekangkang parit satu kaki? Takut? Hurmmmm, zaman sekarang semuanya duit. Tiada duit, tiada Nissan Fairlady la! Ke kamu orang perlukan personal coaching aku yang berharga RM2500 melalui YM atau Skype? Gua-rantee dapat pulangan sehari $1000! Paling-paling pun $200 semalaman. Kamu orang kan blogger yang terdesak. Ini lah pilihan terbaik untuk cepat dapat nama.
Jadinya, pilih lah mana satu jalan yang kamu orang mahu kan? Cepat atau lambat atau terus tertinggal? Dari kamu asyik tersepit dengan kehidupan, baik ikut saja jalan mudah ni. Hanya untuk 5 orang terawal sahaja, dan selepas itu, segala tawaran aku tutup selama-lamanya!
p/s: Amacam, ada beran nak masuk campur entri kat atas yang aku cipta khas untuk membuka mata kamu orang?
Posted in Arena Blogging, Bersahaje

bukan ke desperate ke?
huh awal giler publish… takleh jadik nih,….cergasss skarang….
hehehehe, x awal kot. ok la sehari sebelum due date
ha ha aku tahu siapa itu coaching pakai YM dan skype..
Uish.. sapa tu.. aku terdesak nak tau nih..
perggh… sahut cabaran itu!!
sila-sila
pergh..nissan fairlady..memang menaikkan semangat betul tu
hehehehe, sekadar cerita dan cita-cita
Pinjam kunci fairlady bole bro?
Awal nampaknya abg kita keluarkan artikel, semoga kejayaan demi kejayaan akan terus dikecapi
thanks zil =)
Ni menyahut cabaran ke bro? boleh tahan juga semangat tu..
hehehehe, cabaran ape tu ek? huhu
haha..karangan yg mmg takleh blah !
yea yea yea..aku nak personal coaching berharga RM2.5k itu…. :p
hahahaha, ko paham maksud entri atas tu yam?
p/s:mane la ko selama ni mendiamkan diri der?
aku paham..sbb tuh aku :p kat ujung…
ada..tp bertapa..haha..
ko memang briliant bro! hahahha. rindu dowh kat ko. seyes!
jangan la duh…gay sangat bunyi nyer…kang marah plak fruitheart ko nanti…
“Blogger yang terdesak” menemukan saya dengan blog ini. Inilah boy_bersahaje yang disebut kujie dalam lewat entrinya….ya
selama berkenalan
Salam perkenalan cikgu =). semoga kita dapat sentiasa bertukar2 pandangan =)
Entri yg menarik utk yg tgh terdesak hehe. Nissan Fairlady dh xlama lg dh tu
ps: boy dpt email aku x?
woopsss, aku dapat jie. skang tengah pose slow sket…sori sanat2 x update. I’allah next week boleh siap quotation. Dun worry, harga kaw team nye=)
Boy,aku nak personal coaching tu..ikut YM sudah..hehe..tak banyak aky target,dalam RM1500 sebulan jadila..
entri yg penuh maksud tersirat..hehe
yezza…sangat tersirat maknanye. semoga pembaca faham apa yang ko faham kay =)
im a desparado..im to be a hero..chicken BON..BON….ulang dua kali~~
muahahahaha, boleh la plak masuk ciken bon bon
best betul entry ni,boy !
cuma dalam kes macam ni,selalunya mangsa yang dipersalahkan…pemangsa dibela pulak
pasal diorang ada networking yang kuat. orang2 cam kita la yang kena perjuangkan hal-hal camni kan bro
aku harap ko boleh memulakan langkah tersebut,boy
…aku dah tentu sokong sepenuhnya !
terkilan sungguh aku dengan sikap mereka ni,menindas sesama bangsa dan agama.
Boleh bang. I’allah saya mesti buat juga nanti:)
Ni memang terdesak ye… samalah, kita pun spt ini dulu..bukan setakat terdesak, memang terdesak sgt sgt sampai tahap gaban! lebih lebih lagi kerja sendiri tanpa makan gaji…namun hari demi hari sentiasa mencari bagaimana memperolehi pendapatan utk maintained, jika tidak bagaimana nak survive ye tak? Jadi apa yang saya buat?
1. Cari apa yg anda minat, rasanya dah tahu apa yg saudara minati rite…
2. Saya lakukan satu perkara yang memang tahu nak buat, mahir/expert – bila success…
3. Then saya ulang-ulang-ulang benda yg sama…walaupun hanya satu perkara tapi duit masyuk setiap bulan sama spt org makan gaji…kejayaan tadi macam putaran jam.
Bagaimana saya lakukan?
Bila saya sudah tahu, saya bijak dan pakar dlm mengajar (bukan mengada atau tunjuk aksen, tapi ingin berkongsi..) saya hanya sasarkan hanya satu tajuk/program utk sesiapa sahaja…bagaimana?
Bagaimana mencari prospek?Bagaimana yg membaca then terus menghubungi anda? Kajian demi kajian…apa yg saya buat ialah..
1. Buatlah ‘profil killer’ supaya org membacanya terus WOW! BOOMM! dan inilah yg saya lakukan untuk menarik organisasi gomen atau swasta dan sesiapa sahaja booked saya sebagai trainer. Profil killer bukan setakat cover letter, resume yg biasa biasa tetapi lebih dari itu…banyak yg perlu ditambah dlm profile killer itu.
Kini..walaupun kerja duduk rumah, mr mama, depan PC 8 hrs perdays…tetapi organisasi akan panggil buat training…because of ‘profile killer’
Apa pun entri ini bagus utk membuka minda dan pecah otak, biar sedar dan tahu…bila dan kenapa TERDESAK..
terbaik betul tuan punya idea dan knowledge. Saya appreciate sangat. berguna untuk kami; pembaca lain dan juga saya =). Semoga sentiasa dapat berkongsi ilmu yang sangat berharga itu =)
oit…laju betui hang post…mentang-mentang la nak amik fairlady
coaching dapat sehari USD1000?hang biaq betui boy..aku in la..hehe
ha meh sini nama, alamat dengan gambaq ang berukuran passport. dah habis kuota dah ni :p
boy terbaik la entri ni, mengancam jiwa, kalau ko letak gambar nissan fairlady tu lagi la meleleh, heheh
ahahahaha…fiarlady tu kalau letak gambar kereta sendiri lagi melelehkan bro? huhuhu
betul tu, pastu buat lak satu post, anda pun boleh memiliki fairlady seperti saya, tak perlu bersusah, hanya hadir kelas saya dan pasti setiap hari anda akan dpt 1000 usd, hahaha
boy entri ko ni memang makan dalam betul
entri makan dalam utk jerat blogger terdesak
mudah2an ramai yang membaca entri ni dan faham maksud sebenarnye kak =)
bab makan serah saje pada kak jie ni boy…makan dalam..makan luar…kan kak jie?? heee….
aku baru je angkut fairlady semalam. Siap custom made lg bodykit..haha..nanti aku pos gambar…
huhuhuhu, jangan tak pos.
DESPERATE.
apasai?
waahhh.. nissan fairlady.. mantap.. nanti bila saya dah lepas dari terdesak, saya angkat satu audi TT dan kita konvoy atas PLUS hiway dari utara ke selatan k.. kalau nak lepas border pun boleh. jangan lupa bawak passport
uhhh terbaik tu kak. konvoi kete besar2 kan? mantop meletowp! huhuhu
hehe… join last minute, boleh pulak terlupa pasal benda nie…
biasalah tu..yang penting siap on time kan huhuhu
haah, siap dengan typing error, tak sempat nk letak gambar dll….
penangan buat entri last minute sambil tgk jam
dah siap tu, perbetulkan la balik. yang penting bagi orang selesa membaca =)
nnt malam baru betulkan. nk buat kerja lain dulu… petang ni ada lecture n ada benda nk kene settlekan
Aku nak gak Nissan Fairlady!!
Aku pun nak jugak huhuhu
Desperate abis ni Bro. Personal coaching untuk yang kurang upaya RM nya , boleh kan. Buat kebajikan.
hehehehe. personal coaching pakai Ym x bestla uncle. Buat ebook free kan lagi terbaik. sneang phm dan boleh bawa ke mana2 =)
Ebook berbayar pun ok gak bro sebab u punya ebook straight forward.
ada makna dalam artikel ni.
apa ea?
heehehehe…baca dalam2 mesti paham =))
Wahhh….Scroll bar belah kanan tuh kecik jadinyer. Glamor nye abg kite nih..
Ahahahaha, ni mkan dalam jugakke yg? hahahaha
Pedas entri awak kali ni yunk…Huhuhu. Ney macam faham…
Yup =). Kalau sayang baca betul2 memang akan faham. Itulah objektifnya yang =))
Menarik tajuk dan content blog
Neway agak mahal kalau nak bercoaching² nie
lebih suka ilmu dari google dan buku di library hehe
hehehe tapi kalau pandai cari dan jumpa dengan guru yang elok, xla mahal sangat. sekadar 2-4 ratus pedehal kan. cepat dan kita ada mentor untuk bertanya. =)
xde duit lgi lh bro,ko bt lgi lah persoal choching awal tahun dpan ke,mungkinnnn time tu baru aku ada dlm rm2500 tuh…hehehehe
Ahahahaha, nanti dah de duit roger la ye hahahaha
Terbaik dari ladang ..bro punye entri. Tahniah.
good luck to bro. InsyaAllah
Thanks mir. Mudah2an kita sama2 berjaya ye.
Menarik..ringkas dan padat
pergh ang biaq betik boy dh tgkp fair lady..terbaek ahh…leh aku tumpang nnt bla nk blk JB hoho
hahahaha, kena ada impian barulah jadi kenyataan kan…
aku nak bt ebook jgk la.tp yg aku taw 1 point je..yg len edit2 skit org punya,nak nissan fairlady nye psl kan?hehe
muahahahaha, bagus2…
hahaha..sinis@makan dalam gile entry ko yang bersahaje nie..heh
2.5k…gile lah kalau guna skype je..hehe
hehehee, inilah realitinya. kalau terkena pada mereka yang tak tahu, kesian kat tuan badan
uih mmg makan dalam.. apepun nissan fairlady mmg bess huhuhu dpt satu wooOOOO … i like! moge berjaya! amin…
amin..thanks kak.
p/s: memang best kak fairlady, sampai termimpi2 lepas bawa aritu muahahahaha
keke… smpai mimpi2 haha.. kire dream come true… haha
amin…:)
fairlady? bagus, fokuss kejar impian.