Blogger yang tersepit: Apa yang menyepit dia?

Posted by boy_bersahaje on August 2nd 2010

blogger tersepit Blogger yang tersepit: Apa yang menyepit dia?

Kalau cerita penyepit, semua orang akan terfikirkan mengenai sepit baju (itulah yang terlintas semasa aku tulis entri ini). Tapi kita pun sedia maklum yang penyepit dan tersepit ini adalah berlainan maksud. Tersepit kata perbuatan dan penyepit adalah kata nama. Kalau aku,hampir setiap minggu akan menggunakan penyepit baju untuk menyidai baju. Bermakna aku akan membasuh baju sekali setiap minggu.

Tapi, kalau tersepit, haaa ini kalau boleh kita elakkan la. Tapi, sebagai seorang blogger juga, aku memang tidak dapat lari dari keadaan tersepit. Sebab itulah entri ini ada sepit-sepit pada tajuknya. So apa yang aku tersepit kan tu? Ok, kisah ini terjadi pada tahun lepas semasa di bulan Ramdhan Al-Mubarak. Seperti biasa, selepas bertaraweh, aku akan menghadap laptop sehingga ke lewat pagi. Tujuan nya hanya satu, mencari duit raya hehehehe. Alhamdulillah, memang banyak dapat job hampir setiap malam pada bulan Ramdhan (aku rindukan waktu itu!!!). Tetapi, pada satu malam, selepas berbuka puasa, sementara menuggu masuk Isyak, aku pun membaca email. Aku telah mendapat 1 email yang sangat menggembirakan. Ada seorang advertiser ingin mengiklankan link nya pada sebuah blog sukan aku. Blog itu adalah mengenai football atau bola sepak yang mempunyai pagerank 3. eMail ini adalah lain daripada yang lain kerana:

  1. Advertiser tersebut menawarkan $450 untuk satu link selama setahun
  2. $450!!!
  3. Sekali lagi $450 tetapi dia menawarkan 2 links! Sekali lagi, 2 links!
  4. Bermakna ia berjumlah $900.

Tanpa berlengah, aku terus pergi ke dashboard blog sukan aku dan klik pada bahagian ‘add new link’. Kemudian, aku patah balik ke email tadi untuk copy segala details yang telah diberikan. Oh TIDAAAKKKK!!! Aku baru tersedar sesuatu yang tak kena pada links tersebut!

‘Links ni pasal betting’…Damn! Aku sangat tersepit, antara duit dan agama! Kalau aku terima means aku akan dapat RM2700 hanya dalam 3 minit sahaja! Tetapi, aku dah gadaikan maruah aku sebagai seorang muslim dan juga etika seorang blogger yang bersahaje. Aku terus email kepada advertiser tersebut untuk berikan akau masa sehari untuk memikirkan nya.

Ok, masa dah time. Aku dengan bersahaje menolak tawaran advertiser tersebut dengan mengatakan, aku tidak dapat menerima links dia disebabkan 2:

  1. Melanggar ethics sebagai seorang Muslim
  2. Melanggar ethics sebagai seorang blogger.

Dan sampai ke hari ini, advertiser tadi langsung tidak membalas email aku. Tetapi, sejak dari itu satu pengajaran telah aku dapat iaitu;

  • Bertanya kepada advertiser, apakah links yang mereka ingin advertise kan
  • Kemudian, baru mulakan sesi deal dan sebagainya.

Sebab apa? Sebabnya, untuk mengelakkan diri kamu dari tersepit dengan wang yang banyak dan sekaligus menjatuhkan maruah kamu sebagai seorang muslim dan juga etika seorang blogger kental.

Aku harapkan, cerita ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman kepada mereka yang ingin dan telah berkecimpung dalam dunia blogging ini. Ini adalah antara kisah aku sebagai seorang blogger yang tersepit dengan wang ringgit mahupun maruah!

Posted in Bersahaje

Comments

  • pucheh pucheh http://genggunners.blogspot.com Posted on: August 02, 2010 at 10:18 am

    hello boy..Good luck..haha

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:36 am

      eh abg nuar…hahahaha terbaik la skang dah jadi blogger…bagus2! boleh jadi geng ceni hehehehe

  • aimannajmy aimannajmy http://www.aimannajmy.com Posted on: August 02, 2010 at 10:24 am

    aiseh baru aku terigt seot pasai entri tersepit ni..huhu aku x buat lg hoho..pa2 pun mantop bro sbb iman ang yang kental~
    p/s : awat setiap kali aku nk komen kena taip balik emel nama pa suma..dia x auto save ka?

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:29 am

      Eh yeke? Xpe nanti aku inform kat coder aku. Hehehehe, aku tengah ade byk idea nk menulis, memang non stop aku tulis je hehehehe

  • zool zool http://ligakampung.com Posted on: August 02, 2010 at 10:57 am

    Pergh meletup 450 tu…
    Aku masih slow lagi nak cari duit link sales ni

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:35 pm

      Haaa memang meletowp2 la kepala aku masa tu…dunia dunia dunia arghhh!!!!!

  • bluedianthus bluedianthus http://www.bluedianthus.com Posted on: August 02, 2010 at 12:09 pm

    Tahniah…ini barulah blogger kental..:)
    Time inilah ujian paling berat..membiarkan duit bersayap..apapun, rezeki yang lain pasti ada. :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:30 pm

      Thanks sis. Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan

  • Shaffik Shaffik http://shaffik.com Posted on: August 02, 2010 at 12:29 pm

    Tersepit ker terkepit….hahahahha

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:30 pm

      kepit2 ni sensitip bro muahahahha

  • Cyza Cyza http://cyza.us Posted on: August 02, 2010 at 1:11 pm

    Memang dugaan besar, tapi iman ko nyata lebih besar dari jumlah wang itu. Tahniah bro…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:31 pm

      Thanks bang. Iman saya, hanya tuhan yang tahu. Tapi itu buatkan saya lebih tabah untuk hadapi dugaan berkaitan dengan duit

  • catzer catzer http://www.catzer.com Posted on: August 02, 2010 at 1:33 pm

    hehehe..biasalah tu bro kenkadang website tu memula web ok jerk then depa tukar identiti..bahaya.kena check betul2

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:37 pm

    haaa itu pun masalah gak…memang kene alert mende2 ceni. silap2 blog kita yang kene tampar dengan google sebab ade link yang x elok

  • Dalee Dalee http://nordaleela.blogspot.com Posted on: August 02, 2010 at 1:39 pm

    Betul2 tersepitlah.. aduhai..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:53 pm

      Sangat tersepit…sakit je rase sampai skang =P

  • Kujie Kujie http://www.kujie2.com Posted on: August 02, 2010 at 1:51 pm

    salam
    sama keadaanya…minggu lepas pun menolak satu advertorial yang mahal kerana prinsip peribadi

    rezeki ada usah risau..insayallah

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 1:54 pm

      I’allah kak. memang itu la dugaan sebagai seorang blogger

  • lazaac lazaac http://lazaac.com/blog Posted on: August 02, 2010 at 2:13 pm

    iman diutamakan, maksiat ditolakkan…

  • Shukor Shukor http://shukorsubahir.com/blog Posted on: August 02, 2010 at 3:34 pm

    Kes ni kalau kena kat orang yang takda pendirian dan tidak kuat imannya, pasti akan terjerat dalam percintaan..eh, dosa :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 3:42 pm

      hehehehe, aku pun hampir nak termasuk kor. tp pk balik duit ni nak buat bagi anak2 sedara, terus x jd

  • miziology miziology http://mizhaclan.com Posted on: August 02, 2010 at 3:37 pm

    Kalu aku pun tersepit mcmni haha..
    mmg adat la kalu kita bermain dipasaran Antarabangsa. hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 3:43 pm

      a ah adat resam masyarakat barat. tapi diorang boleh paham ok la kan

  • Blinkky Blinkky http://blinkky.com Posted on: August 02, 2010 at 3:53 pm

    Kadang-kadang benda macam ni buat kita berfikir =)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 4:06 pm

      berfikir sejenak sebelum bertindak =)

  • sangilapi sangilapi http://rezekimurah.com/ Posted on: August 02, 2010 at 3:56 pm

    aku pernah rasa tersepit bila nak masuk blog ko ni,boy sebab ada trojan :) – sebab tu dah lama aku tak singgah.

    DIA saje nak test ko,boy….kalau ko tak kelabu mata insyaalllah DIA tambah jumlah tu menjadi 270K sebab DIA tau ko nak beli fairlady :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 4:06 pm

      Aiseh bro, jgn la itu macm. Bese la zaman tu baru nak develop biz..x tertengok blog ni hehehehe.

      Amin…semoga saya dapat apa yang diimpikan =)

  • AyieBlog AyieBlog http://www.ayieblog.com/ Posted on: August 02, 2010 at 4:19 pm

    Salam,bagus satu tindakan yang bijak dengan menggunakan akal dan ugama diutamakan :) ,syabas bro.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 7:39 pm

      Thanks ayie. semoga ini akan sentiasa dapat aku kekalkan

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 02, 2010 at 5:09 pm

    fuh imam didada … menepis duit …walaupun didalam kesempitan wang… dan bagusla.. kita kena tanya dulu apa jenis link… huh ..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 7:40 pm

      Yup, tanye dulu b4 deal. kalau x memang sakit

  • cuz cuz http://cuzshar.com Posted on: August 02, 2010 at 6:02 pm

    terbaik la bro..wlupun zaman skang ni zaman materialistik tp ko slambe je tolak demi agama yg tercinta..ni la yang kurang dalam masyarakat zaman skang..tahniah bro..entri yg menarik..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 7:42 pm

      thanks cuz, bukan senang nk menolak. tapi pejam mate je la demi agama tercinta

  • Noor Azlin @ Bizznurse.com Noor Azlin @ Bizznurse.com http://www.bizznurse.com Posted on: August 02, 2010 at 6:08 pm

    Salam
    Betul…
    mmg..duit haram n halal secara lahiriahnya nampak sama tp tak serupa..once dh jadi darah daging susah.. Teringat situasi husband akak tolak tawaran kerja F & B y gaji beribu sbb franchise tu jual minuman beralkohol juga..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 7:46 pm

      satu lagi bidang yang selalu ada shubhah, F&B. lagi2 kalau kerja hotel2 besar. tengok anak muda sekarang, selamba je angkat air2 setan. macam dah x ada pape je. duit haram ni memang senang je nk dapat. tp impak dia tu selama-lamanya

  • bujang3 bujang3 http://bujang3.wordpress.com Posted on: August 02, 2010 at 7:36 pm

    bagus tindakan ko tu…syabas !!! Jangan kita ketepikan agama, sebelum terima apa-apa deal, agama no 1 !!! k, bro !!! Jgan gadaikan maruah Islam kita !!!

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 7:48 pm

      tol tu bujang. apa la maknanya mencari rezeki kalau yg haram pun disebat. semoga iman yang sekecik xarah ni mampu untuk aku kekalkan

  • ann ann http://www.anastasiaann.com Posted on: August 02, 2010 at 8:49 pm

    Rezeki ada mana mana, Duit boleh cari kan..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:26 pm

      boleh. yang penting usaha dan tawakal =)

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 02, 2010 at 8:58 pm

    miahaha, walaupun tggi tp reject krn prinsip. baguih boy :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:25 pm

      tula, kalau xde prinsip dah lame aku kenyang miahahahaha

  • denaihati denaihati http://denaihati.com Posted on: August 02, 2010 at 9:21 pm

    Rezeki dari Allah swt terutama apabila kita pertahankan prinsip Islam pasti Allah melihat.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 9:13 am

      betul tu bro. yang penting ikhlas dan halal

  • Ladfe Amir Ladfe Amir http://ladfeamir.com Posted on: August 02, 2010 at 9:49 pm

    Jangan risau bro. Allah sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-Nya yang taat. InsyaAllah.

    entri yang bagus.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 02, 2010 at 10:21 pm

      Betul tu. Mudah2an kesabaran ni dapat didorong ke jalan lain yang lebih baik

  • khairolghani khairolghani http://khairolghani.com Posted on: August 02, 2010 at 11:23 pm

    tajuk ni macam familiar la Boy..kat mana ek aku baca?

    pergh..banyak tu duit berlalu pergi..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 1:25 am

      ke aku pernah cte kat ko kay?

  • rohaizad rohaizad http://www.rohaizad.com Posted on: August 02, 2010 at 11:52 pm

    Itu link blogger kental dua terakhir sepertinya ada masalah…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 1:24 am

      Thanks jad, dah diperbetolkan

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 03, 2010 at 2:10 am

    pergh 480usd..huhu…kuat jugak “SEPITAN” itu bagi aku…nsb baek ko cek dulu boy

    tahniah boy, kerana tak ambik duit tak elok tuh…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 9:14 am

      $450×2 daaaa ko ni dah maimai baca entri aku ni kan lut hehehehehe

  • donnyien donnyien http://www.donnyien.com Posted on: August 03, 2010 at 9:10 am

    tingginyer traffic hits blogmu..tahniah

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 9:14 am

      hahaha traffic yang ko tengok hahahaha

  • Maliq Maliq http://drmaliq.com Posted on: August 03, 2010 at 1:38 pm

    respek sama bro

    aku pun kekadang banyak gak jumpa niche yang profitable tapi haram untuk muslim..tapi no hal lah bro..rezeki tuhan bagi..

    Tahniah bro

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 1:55 pm

      banyak lagi maliq yang profitable dan halal. just cari je

  • Maliq Maliq http://drmaliq.com Posted on: August 03, 2010 at 2:00 pm

    bro..bukak service untuk cari niche profitable la pulak lah bro..penat cari ni :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 2:18 pm

      hehehehe..boleh. tapi x semua org nak bayar semata-mata untuk niche

  • serol serol http://serol-nizam.blogspot.com/ Posted on: August 03, 2010 at 4:35 pm

    jgn cepat rambang mata dgn duit. bab dari mana ia datang pun kena tgk jugak. (moral of the story tersepit ni)
    :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2010 at 8:07 pm

      yezza..kalau semua nak balun…dah lari dari konsep mencari rezeki

  • fawzan fawzan http://fawzana.com Posted on: August 04, 2010 at 11:33 am

    berpegang pada prinsip..kualiti yang baik!

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 04, 2010 at 9:39 pm

    Kualiti dan ethics yang baik =)

  • mummynana mummynana http://fabulousnana.com/blog/ Posted on: August 05, 2010 at 12:00 pm

    sesungguhnya mencari yg halal tu wajib … semoga dapat peluang baik lagi pasni. Insya Allah! :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 05, 2010 at 12:14 pm

      Amin..mudah2an macam tu la hendaknye =)

  • EP EP Posted on: August 07, 2010 at 11:50 am

    entry kali ni buat naik semangat aku je untuk cari duit raya, tq reza..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 07, 2010 at 11:50 am

      Mudah2an membawa faedah bersama =)

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.