Dugaan: Hadapinya dengan bersahaje

Posted by boy_bersahaje on August 12th 2010

dugaan Dugaan: Hadapinya dengan bersahaje

Salam Ramadan kawan-kawan di luar sana. Macam mana 1st day puasa? Mesti kamu orang beli kuih sampai berbakul-bakul kan? Hahahaha. Aku? Aku bahagia dengan masakan mama yang terbaik dari perladangan. Semalam berbuka makan bihun goreng taucho denga sambal tumis udang. Uhhhh memang terbaik! Esok, mereka akan pulang ke Johor Bahru, kampung halaman tercinta. Aku? Teruskan kehidupan dan perjuangan di sini, ya di Perlis Darul Sunnah.

Pelbagai masalah telah melanda aku sejak dua menjak ini. Tetapi, itu semua dugaan untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-Nya di bulan Ramadan. Walaupun agak tertekan, tetapi aku terpaksa menjalani ujian ini dengan tabah dan bersahaje. Hanya pada-Mu ku berserah. Kepada rakan-rakan, doakan lah aku untuk tabah dan kuat semangat.

Hari ini masuk hari ke 2 kita sebagai umat Islam menjalani ibadah puasa. Adakah hari ini lebih baik dari hari semalam? Hanya kita sahaja yang tentukanya. Bergantung pada semangat dan keazaman untuk merubah kehidupan. Andai kita hanya berserah sahaja, percayalah, tiada perubahan yang akan berlaku.

Blogging? Walaupun aku sedang dilanda ujian, aku tetap bersemangat untuk meneruskan blogging. Seronok dapat luahkan sedikitĀ  perasaan melalui penulisan blog berbanding dengan Facebook yang kurang aku gemari. Blogging dapat sampaikan apa yang benar-benar tersirat di dalam hati ini. Di tambah dengan rakan-rakan yang memberikan komen, uuhhhh seperti satu sinar baru untuk aku terus menulis dan berkarya. Ingat, blog ini hanyalah blog personal semata-mata. Blog ini adalah untuk mencari kenalan baru dan mempersembahkan sesuatu di hati dan juga dari penagalaman. Maafkan aku andai entri ini sedikit emosional icon smile Dugaan: Hadapinya dengan bersahaje .

Pada hari semalam, aku, mama dan papa pergi berjalan-jalan ke Kangar. Papa mencari baju baru. Katanya, duduk di sini pakai baju lama. Kami ke The Store, mencari dan memilih baju papa. Dalam 4 helai papa berminat. Alhamdulillah, sekarang tengah Megasale, kebayakkan baju yang apa pilih mendapat 50% off. Dapatlah kami berjimat sedikit. Aku? Aku ternampak sepasang baju melayu jenama Orlando, merah ke merah jambuan warnanya. Sangat bersahaje dan terbaik dari yang lain. Tetapi, memandangkan hari semalam adalah hari pertama kita berpuasa, jadinya aku hold dulu. Selesai membeli-belah baju papa, masa aku dah tiba. Aku memborong barangan dapur untuk rumah bujang pula. Milo, susu pekat, biskut kering, keropok, maggie, telur dan sabun basuh. Seronoknya menghabiskan duit! Dan hari ini? Huhuhu, aku akan pergi lagi berjalan ke Kangar untuk menyelesaikan hal pemasangan aircond, kereta dan sedikit hal barangan rumah.

“Kamu pula bikin apa? Tak kan asyik fikirkan makanan sahaja hehehehe

Posted in Bersahaje

Comments

  • boss boss http://www.hujanbatu.com Posted on: August 12, 2010 at 11:47 am

    ooh tengah test ke.. mmg sesuatu yang tesion..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 12, 2010 at 2:20 pm

      Tension tapi still leh handle =)

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 12, 2010 at 1:11 pm

    sabar boy, aku faham apa maksud ko, dan yang penting skrg ni kena ada yg perlu bertolak ansur,

    sorry boy, bukan penyibuk tapi nasihat untuk rakan2

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 12, 2010 at 2:25 pm

      Thanks bro =). Saya appreciate sangat.

  • Kujie Kujie http://www.kujie2.com Posted on: August 12, 2010 at 2:48 pm

    Alamak… nota merah tu macam tertempek jatuh atas hidung kak jie..:p

    walau pun puasa – hidung kak jie ni mcm hidu something je..sabarlah…kita diduga dgn tahap kemampuan masing²

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 12, 2010 at 5:05 pm

      Ahahahaha, saya agak2 je kak jie. Jangan marah ye =P. Betullah, manusia didatangkan ujian mengikut kemampuan diri seseorang. I’Allah saya akan hadapinya dengan senyuman =). Thanks kak

  • Blinkky Blinkky http://blinkky.com Posted on: August 12, 2010 at 4:59 pm

    Sekali-sekala emotional tak pe =)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 12, 2010 at 5:04 pm

      Hehehehe, sib baik ko tak kesah hahahahaha

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: August 12, 2010 at 6:39 pm

    Salam sejahtera & salam Ramadhan.

    ”Seronok dapat luahkan sedikit perasaan melalui penulisan blog berbanding dengan Facebook yang kurang aku gemari. Blogging dapat sampaikan apa yang benar-benar tersirat di dalam hati ini. Di tambah dengan rakan-rakan yang memberikan komen, uuhhhh seperti satu sinar baru untuk aku terus menulis dan berkarya.”

    Seronok baca ayat di atas. Begitu juga saya. :-)

    Semoga tabah di atas apa y berlaku, pasti ada hikmahnya.

    Salam ramadhan. ;-)

  • Wan Wan http://wanperlis.com/blog Posted on: August 12, 2010 at 7:34 pm

    semestinya hari ini lebih baik daripada semalam
    awal ayah hang beli baju

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 12, 2010 at 8:53 pm

      Beselah, dah berjalan semua nak beli hahahahaha

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 13, 2010 at 1:18 am

    fikir apa.. hehe.. sibuk sikit la… pergi semayang terawikh.. harap2 dapat maintain la… biasala awal2 nie semangat …. hush

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.