Facebook: Antara blogger dan facebooker

Posted by boy_bersahaje on August 13th 2010

facebook vs blog Facebook: Antara blogger dan facebooker

Hai bloggers, apa kamu buat haaa? Melayan atau sedang mengelamun icon smile Facebook: Antara blogger dan facebooker . Sudah masa untuk aku berhenti dari mengelamun. Ujian dan masalah lepas sudah pun dapat diselesaikan dengan bersahaje. Terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu mendoakan kebahagiaan dan permudahkan segala urusan aku untuk meneruskan hidup di dunia fana ini icon smile Facebook: Antara blogger dan facebooker . Uhhh…Facebook atau blog? Di mana letaknya kita sebagai seorang blogger? Sekarang ini, memang tidak aku nafikan, ramai yang lebih suka bersosial di dalam laman web sosial seperti facebook, twitter dan linkedln. Ya, aku pun sama. Mudah dan sangat bersahaje dalam meluahkan segala isi hati sama ada berbentuk serius mahupun jenaka. Seperti yang semua sudah maklum, kedua-dua medium mampu menjana pendapatan yang lumayan. Tetapi, yang mana satu pilihan kamu orang dalam melontarkan pendapat dan juga luahan kata-kata?

Aku seorang blogger (Oppsss macam pernah ku dengar ayat ini kihkhihkhih). Sudah semestinya blog adalah medium utama untuk aku bermadah dan berkongsi pendapat. Bagi aku, facebooking hanyalah untuk merapatkan tali persaudaraan dan juga sebagai medium pemasaran yang hebat. Pemasaran dari segi kredibiliti diri dan juga produk. Bagi blog yang baru hendak bernafas seperti blog ini, facebook memang sangat berguna. Bukan sekadar traffic, tetapi, bagi kebanyakkan mereka yang bukan bloggers, perkongsian di facebook sedikit sebanyak dapat merangsang mereka untuk belajar ilmu baru. Kita sebagai bloggers, ini adalah satu advantage dari segi traffic dan juga prospek.

Gunakanlah facebook sebaiknya. Maksud di sini ialah, dalam erti kata seorang blogger. Janganlah disebabkan facebook mempunyai traffic yang sangat tinggi menjadikan sebab untuk kita berhenti dari menggunakan blog sebagai madah menulis. Ya, tidak dinafikan, facebook mempunyai fungsi yang lebih kurang seperti blog (note). Tetapi sedarkah kita bahawa ‘feel’ nya tidak sama berbanding dengan blogging di blog? Hanya mereka yang benar-benar mempunyai jiwa blogging sebenar dapat membezakan erti ‘feel’ tersebut. Gunakanlah aplikasi di dalam facebook sebaik mungkin  seperti fan page, advertising, wall, photo tag dan sebagainya untuk menambah populariti blog kita. Janganlah menyalah-gunakan aplikasi tersebut yang boleh menyebabkan sesetengah pihak merasa kurang selesa.

Kita sesama blogger adalah baik jika memberikan support kepada setiap bloggers yang lain. Hanya dengan cara ini barulah wujud suasana harmoni sesama kita. Alahai, dunia blogging Malaysia sangatlah kecil. Buangkanlah rasa ego di dalam hati untuk komen ke, klik button like, ziarah-ziarah ke blog kawan-kawan kita. Tak rugi pun kalau kita buat itu semua. Yang penting, bukan lah kita jadikan blog dan juga facebook sebagai tempat untuk bercakaran sesama sendiri. Bagi aku, cara yang terbaik untuk elak dari bergaduh ialah, menulis email atau PM sahaja. Elakkan dari menggunakan wall facebook atau entri di blog untuk menghentam satu-satu pihak. Kan lagi macho dan gentle kita face to face dari menggunakan ayat-ayat sinis. Orang muda kata mara dan bahaya. Orang bijak kata, berhemah. Orang tua kata uuhhh manisnya icon smile Facebook: Antara blogger dan facebooker

p/s: Hari ini, aku dan fruitheart akan menghantar mama papa pergi ke Airport Penang. Mereka akan bertolak balik ke Johor Bahru. Gonna miss them so much =(

Posted in Bersahaje

Comments

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 13, 2010 at 8:29 am

    nampaknya fruitheart dah ok dah tu, so cepatlah kahwin, huhauahauahau

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 13, 2010 at 9:12 am

      hehehehe, atas tunjuk ajar dan doa bro jugak =). Mudah2an next year menjadi kenyataan :)

  • wanmus wanmus http://www.wanmus.com Posted on: August 13, 2010 at 11:33 am

    tulah..jangan salah guna teknologi sudah..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 13, 2010 at 7:02 pm

      tapi ramai yang suka salah guna…cepat katanya. macam mane tu? huhu

  • suri suri http://cahayacinta.com Posted on: August 13, 2010 at 2:49 pm

    antara blog dab fb rasanya dua penting heee..
    fb ruang utk melakar ilmu dan luahan rasa minat/ilmu manakala fb ruang utuk mcri teman yang tpisah..barabgkali blh kenal ragam org dgn plbagai rupa..layan bosan ok juga bro hee

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 13, 2010 at 7:03 pm

      hehehehe, ok gak tu. Fb 100% tempat bersosial. Sambil selam minum air. Bersosial dan promote blog. Manakala blog, memang tempat untuk kita menulis :) . Thanks suri sudi singgah blog saya :)

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 15, 2010 at 12:35 am

    fb pun dah kurang…on2 jugak..tapi nak update status jarang2… almaklumlah… terawikh katanya.. heeee

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.