Fantasy Premier League: Demam yang baru bermula
Posted by boy_bersahaje on August 15th 2010Hehehehe…Itulah yang sedang aku dan Adek main sekarang ni. Aku menyertai 2 liga iaitu Ex-Unimap dan juga liga Power rangers (Zaki yamani). Chelsea telah memberikan aku jalan permulaan yang terbaik dengan Drogba mendapat 34 mata, Ashley Cole 9 mata. Manakala player aku dari Manchester City; Toure menyumbang 6 mata. Tetapi ada beberapa player aku, yang tersilap perhitungan seperti Gomes (Totenham), Johnson (Manchester City) dan juga Keane (Totenham) di mana aku meletakkan mereka sebagai player simpanan. Jadinya aku kerugian 8 mata. Jumlah keseluruhan dengan beberapa lagi baki games yang tinggal untuk hari ini ialah 49 mata. Menjadikan kedudukan aku pada liga Ex-Unimap no 5 dan Liga Power Rangers no 3.
![]()
Seperti yang telah dijangkakan, team pilihan aku, Chelsea telah bermain dengan cemerlang untuk perlawanan pembukaan English Premier League. Mungkin ini adalah salah satu rutin hidup aku sebagai seorang blogger mahupun student. Kadang-kala, aktiviti rehat dihujung minggu seperti ini yang aku perlukan untuk merenggang dan merehat kan minda dari kerja-kerja yang agak stress =).
Bagaimana dengan team pilihan kau? Atau team Fantasy football kamu orang? Mesti lagi hebat kan?
Posted in Bersahaje

dah lama aku tak join fantasy premier league ni, hohohoho rasa macam malas nak setup team, hehehe
dia nak best bile ade ramai member2 join. baru syok nk paku-memaku. kalau sorang2 je, cam kureng la kan bro hehehee
betul tu, dulu pun aku main ngan geng2 satu batch masa study dulu, pastu geng2 rumah sewa, syok oooo
time pangkah member lagi best, hahaah
Terbaik..aku sempat layan 1st half je game Chelsea..tu pun dah 2-0..
Ko lagi otai kay. aku masih ingat lagi tips yg ko bg kat aku masa ko tdo umah aku aritu. hehehehe. nath2 ko dah lupe kan
last aku main fpl ni pun aku tak ingat dah, terlalu malas kot.
ziq, aku awal2 ni je. dah tengah2 xde masa nk tgk pun muahahaha
Game ke? Hiks
hahaha. Game online. macam footbal manager la sket2 hehehe
ada gak budak2 nie tag..suruh join… alamak aku tak tahu nak setting baik punya… player mana nak aku setkan nie..huhu
hahaha aku pun dulu minta member ajar. kita kena sentiasa baca news EPL, baru best nak setting player
Tunggu la pagi ni..kita tgk rooney boleh score berapa pulak…heheh….kita tgu ujung season k..=)
aiseh man…jauh sangat ujung season
dah lame gak tak on FPL ni… rase nak mule balik…
hehehehe, kalau bosan2 layan ni best gak huhu
Pernah juga dengar Fantasy Premier League tu, tapi tak pernah lagi main..
sekadar game online je bro huhu
Aku dari dulu kalau main ni tak penah abis.. kalau main setengah jalan je..pastu mula la lupa password.. keke
muahahahaha, kanboleh request new password. nampak sangat hangat2 taik ayam je muahahaha
aku baru minggu ni nak join. dh terlepas minggu lepas..adehh
xpe, atleast baru 1 week je huhuhu