Formspring: Jom gunakan sebaik nya
Posted by boy_bersahaje on August 23rd 2010
Aku dah lama ada account formspring sebenarnya. Tapi tak pandai nak guna. Aku tengok orang lain punyalah banyak dapat soalan, tapi aku punya account sunyi je. Ada apa-apa formula bagi ke untuk memeriahkanya? Bagi lah aku tips sikit.
OK, kalau twitter kita akan gunakanya untuk berkomunikasi dan marketing. Tapi, apa pula untuk formspring. Aku masih buntu dek memikirkanya. Kalau lah dapat soalan-soalan yang membunuh, macam peribadi ke, rahsia ke, hal-hal sensitif ke, macam mana ye?
Banyak betul persoalan aku untuk entri kali ini. Aku harap, kamu orang dapatlah memberi aku tunjuk ajar dalam menggunakan formspring ini dengan sebaik nya.
Monday blues: Oh ya, ini bukanlah satu entri sindrom Monday blues. Akan datang lagi entri yang meletup-letup sekejap sahaja lagi


formspring ni gunanya nak tanye. “kamu single lagi ke?”..=,=
Hahahaha…
awal pagi lagi dah terbit entri noh…formspring?ada lama tapi tak guna gak…adakah sama macam twitter?emm….
biasalah, b4 tido buat siap2 hehehee. ko pulak tanye aku eh yan. kita tunggu jawapan dari yang lain :p
sori bro..aku tak pernah guna benda alah ni,so tak dapat la nak menjawab persoalan ko..
xde hal kay. mane tau ko pun leh explore gak kan
aku guna sekejap je pastu macam boring je then ada masa soalan yg diberikan perlu penerangan yang panjang, jadi email lagi bagus
lagi satu aku rasa baik gunakan ruang hubungi dkt blog lagi best kalau nak bertanya
OK x idea saya yang saya crite tu bro? hehehehe
ku tak pernah gak guna formspring ada tengok-tengok kejap, nak buat tapi tak de masa. Kalau tengok formspring first impression aku kalau nak gunakan betul2 ialah dengan cara buat soal jawab. macam kaunter pertanyaan atau FAQ gitu..
ic, tapi tula, macam mana cara nak meriahkan tu masih aku x dapat idea lagi hahahaha
pernah daftar dulu… sekarang ni lama dah tak gunakannya sejak layan twitter dengan FB…
tula, aku nak try meriahkan, tapi x pandai2 hahahaha
soalan kat formspring tu perlu jawab ke? ade tolak markah atau dapat bad reputation tak kalau ignore soalan-soalan tak masuk akal? huhu.. mungkin penting kalau pelanggan nak tanya direct kat service provider tanpa perlu bukak contact form?
takde papelah kak. dia just suka2 je. xde markah2 cam forum. try la buat satu account. pasal yang customer direct tanye tanpa bukak contact form tu, saya dah buat. macma lebih menyenangkan la
tu la.. saya pun fikir macam tu.. kadang-kadang customer nak benda-benda yang mudah.. thanks for the info k, boy
aku lagilah tak tahu benda ni.. tak ada akaun lagi..
Formspring aku pun kesunyian tanpa sebarang soalan, semua perkara dorang dah tahu kot, tu yang tak perlu nak tanya apa-apa soalan dah
erk dh berbuih guna waktu dlm platform BS dulu..
siap ada yang maki lagi..
entah ar..tak main dah pastu…
lagi best klau formspring nye text & chat kita di index kat google. hoho