Hari raya: Tiada apa yang lebih menggembirakan kecuali…

Posted by boy_bersahaje on September 7th 2010

gembira aidilfitri Hari raya: Tiada apa yang lebih menggembirakan kecuali...

Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri  kecuali…

Lebih baik dari Aidilfitri yang lepas…

Setiap kali hendak menamatkan bulan Ramadan, pertama sekali hati aku akan bermonolog, macam tak ada apa-apa perubahan. Hurmmm…Sedih bila kenang kan itu semua. Tapi, aku sebagai manusia yang memang tidak belajar dari kesilapan, ini lah akibatnya. Kalau tahun lepas, aku mengharapkan dapatlah bagi duit raya kat anak buah, tapi ternyata itu semua khayalan sekali lagi.

Dan tahun ini, aku berazam lagi akan bagi duit raya untuk mereka bila time raya; next year. Harap nya dapatlah jadi kenyataan. Aku juga punyai cita-cita macam kamu orang. Nak jadi jurutera. Even jurutera fresh pun, asalkan jurutera. Bagi yang dah dan sedang merasa menjadi jurutera, aku tahu mesti kamu orang tak rasa special. Sebabnya kamu orang dah merasakan nya. Silap-silap, kamu orang rasa yang pilihan menjadi jurutera adalah satu kesilapan yang telah dibuat di masa lampau.

Tak mengapa. Manusia memang sentiasa berasa begitu. Susah nak appreciate dengan apa yang ada. Melainkan jika dah tak ada (ingatan untuk diri aku juga!).

Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri  kecuali…

Bangun awal di pagi Aidilfitri…

Hampir setiap tahun, aku sangat teruja untuk bangun awal pagi semasa raya pertama. Disebabkan sangat teruja itulah, aku susah untuk lelapkan mata dan kesanya, aku bangun lambat! Mama selalu jerit di pagi raya ‘Boooyyyy!!! Raya-raya macam ni tak kan nak bangun pukul 10-11 jugak! Cepat siap. Nanti nak parking susah’. Aku dengan mata seberat 1 tan pun terpaksalah di gahkan juga untuk terus berjalan ke bilik mandi…

Raya tahun-tahun lepas, bila situasi ini terjadi, aku mesti bermonolog lagi ‘next year punya raya, aku mesti tido pukul 10 malam, baru lah tak jadi macma ini’. Dah 5-6 tahun aku cakap macam tu…

selamat hari raya 101 Hari raya: Tiada apa yang lebih menggembirakan kecuali...

Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri  kecuali…

Semua adik-beradik berkumpul sama…

Uhhh…Aku cuma ada 2 orang adik beradik. Sorang lagi akak angkat. Tapi dah macam akak sendiri disebabkan aku keluar bumi akak angkat aku dah ada. Kira dah jadi adik-beradik susuan la. So, dah dekat 2 kali raya (means 2 years), tak semua ada time raya 1st. Especially kakak angkat aku yang sorang tu.

Walaupun tak terasa sangat, tapi sangat meriah dan buatkan hati aku berbunga-bunga bila ke semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama menikmati juadah makanan dan susana yang meriah itu.

Sebenarnya bukan apa, kalau semua siblings aku ada, tak payah lah aku susah nak bagi duit kat adik-adik yang datang ‘collect’. Uhhh, aku ni agak malas turun bawah bila badan aku dah landing kat katil bilik atas rumah aku tu. Ye la, kan makan ketupat yang tinggi karbohidrat tu, mestilah aku tak kan sia-siakan tenaga yang terhasil terbuang begitu saja…kan kan?

Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri  kecuali…

Tuut tuuut..handphone aku bunyilah. ‘Selamat hari raya sayang. Semoga hubungan kita akan sentiasa berkekalan dan mendapat rahmat dari Nya…’  Tu namanya panggilan dari fruitheart icon smile Hari raya: Tiada apa yang lebih menggembirakan kecuali... .

Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri  kecuali…

Apa kata kamu orang pulak yang ceritakan…apa yang buatkan kamu orang gembira time nak dan sedang raya?

Posted in Bersahaje, Featured

Comments

  • Eizil Eizil http://www.eizil.com Posted on: September 07, 2010 at 10:28 am

    Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri kecuali…

    dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga, dan dapat bergurau senda seperti suatu masa dahulu, sambil menikmati juadah yang dimasak oleh ahli keluarga…

    ~~~
    insyaALLAH tahun ni akan dapat berkumpul dengan semua adik beradik…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:38 pm

      Uhhh samela kitazil…memang momment terbaik. nak2 lagi dapat bergambar ramai2…

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: September 07, 2010 at 10:56 am

    Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri kecuali…

    emm..berkumpul bersama keluarga la kot…kalau raya orang tak ramai, abang-abang, akak-akak tak balik…sunyi je raya…adoi

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:39 pm

      tahu x pe…cam mana la h orang yang raya kat perantauan sana. ish ish ish…

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: September 07, 2010 at 12:52 pm

    Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri kecuali…

    Raya tahun ini berbeza drpd tahun2 yg lepas, berbeza dr segi keriangan menyambutnya, kegembiraan bertemu sanak saudara & rakan2. :-)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:41 pm

      kenapa berbeza di? ada orang baru ke dalam family?

      • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: September 07, 2010 at 5:47 pm

        Eh. tak ada apa. Diri ini pun masing lagi bujang. :mrgreen:

        Cuma mahukan sambutan raya tahun ini b’sama sanak saudara ada sedkit kelainan & lebih meriah drpd biasa. Barulah best.

        macam na ea nak cipta kelainan.. Hmm.. :neutral:

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:50 pm

          hoooo hehehe…tu la aku baca lain macam je kan..ingat ada orang baru hehehe…

  • AzketOm AzketOm http://www.azketom.com Posted on: September 07, 2010 at 1:18 pm

    erm perkara paling menggembirakan yang ialah :

    Lebih baik dari Aidilfitri yang lepas – betul
    Buat kuih raya dan tak tidur dengan Ibu saya
    Kemas rumah sampai wangi
    Dengar takbir raya

    Saya gembira betul. Sangat!!

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:42 pm

      ha ah la…kemas rumah sampai wangi tuantara yg paling best..bangun2 pagi raya je tgk rumah bersih wangi dan suasana baru uhhhh terbaik!

  • Tiada apa yang menggembirakan Aidilfitri kecuali..

    Bermaaf-maafan, bersalam-salaman & bermakan-makanan.. ketupat, rendang, lodeh, dan sebagainya.

    Selamat hari raya aidilfitri semua.. harap maafkan semua salah silap saya ye :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:43 pm

      samalah saya :) . minta maaf kalau ada terkasar bahasa ;)

  • miziology miziology http://mizhaclan.com Posted on: September 07, 2010 at 2:51 pm

    selamat hari raya boy..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 5:45 pm

      selamat hari raya ji :) .

      p/s: ji, ade prob sket dengan langkawi…untuk freelance byk hotel rejek booking…tapi aku akan solve ASAP. Sorry sangat2. ko jangan risau k ji

  • Lee Lee http://www.fazdli.com Posted on: September 07, 2010 at 5:57 pm

    tiada apa yang menggembirakan di aidilfitri, selain rasa syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia, dan mohon ampun maaf kepada orang tua.. :)

    selamat hari raya…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 6:34 pm

      uhhh terbaik jugak ni…dapat berjumpa puasa dan raya lagi…syukur :)

  • sofian sofian http://www.sofiancheisa.com/blog Posted on: September 07, 2010 at 6:59 pm

    gumbira ler aku rasa..hehe..sebab thn ni aku dapat beraya dengan family kat kampung tak macam sebelum ni raya tempat keje…

    kira ok la family hang skit jer boy..aku adik beradik 10orang sama rata laki pompuan…jenuh nak sedia duit raya :P

    neway..selamat raya, maaf kira ada salah silap bro :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 07, 2010 at 8:52 pm

      wooo best gile ramai adek bradek. meriah x hengat…selamat hari raya..maaf zahir dan batin juga dari aku :)

  • fawzan fawzan http://fawzana.com Posted on: September 07, 2010 at 11:48 pm

    Balik semayang raya, minta maaf kat orang tua,anak isteri minta maaf kat aku,makan,pastu tengok TV sambil baring sampai terlelap..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 08, 2010 at 12:06 am

      x balik kampung ke bro? ke itu memang dah kat kg kihkhihkhih

  • anuarkarimz anuarkarimz http://www.anuarkarimz.com Posted on: September 08, 2010 at 10:30 pm

    gembira dpt balik hari raya sebab dpt jumpa kaum keluarga yg memang susah nak jumpa jadi hari raya ni diorang semua balik kg maklumlah setahun sekali, selamat hari raya boy

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 08, 2010 at 10:32 pm

      uuhhh sweet! selamat hari raye nuar =). maaf zahr dan batin ya

  • acapz acapz http://www.cybernetic88.com/ Posted on: September 08, 2010 at 10:59 pm

    selamat hari raya syg. perghh. mengalir airt mata aku dngr beb. hoho. tu yg len thun ni bagi aku. siyes. alhamdullilah. :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 08, 2010 at 11:04 pm

      Wowowowow..congrtz cap hahahaha…semoga berkekalan ke anak cucu =)

      • acapz acapz http://www.cybernetic88.com/ Posted on: September 08, 2010 at 11:07 pm

        hahaha!. okae bro. bro pon sme k?. hee

        • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 08, 2010 at 11:10 pm

          hahaha, aku dah dekat 6 tahun camtu cap kihkhihkhih

          • acapz acapz http://www.cybernetic88.com/ Posted on: September 08, 2010 at 11:25 pm

            ye?. ko dah kwin kn bro?. hahaha. sori2. aku bukn thu pon pasal org len ni.hee

          • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 08, 2010 at 11:31 pm

            Uihhh, aku belum lagi la cap…kawan dah 6 tahun sejak awal belajar dulu kihkhihkhh

  • bujang3 bujang3 http://bujang3.wordpress.com Posted on: September 09, 2010 at 6:59 am

    Selamat Hari Raya dari bujang3 sekeluarga….

    Maaf zahir batin andai ada yang tersalah dan tersilap sepanjang aku berblogging…..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 09, 2010 at 7:46 pm

      Selamat hari raya bujang :) . maaf zahir dan batin :)

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: September 09, 2010 at 11:36 am

    hari raya tiada apa yang lebih menggembirakan kecuali dapat beraya dengan ibu tercinta bersama isteri dan anak, dapat berjumpa sanak saudara dan mengunjungi rakan taulan

    tiada apa yg lebih menggembirakan jika dapat menghayati hari raya dalam erti kata yg sebenar

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 09, 2010 at 7:46 pm

      betul tu bang, sangat bermakna dapat beraya bersama family tercinta :)

  • aimannajmy aimannajmy http://www.aimannajmy.com Posted on: September 09, 2010 at 12:33 pm

    Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput aku :)

    p/s : tiap2 tahun raya aku rasa sepi huhu…xtau pasai pa

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 09, 2010 at 7:45 pm

      sian kat ang…aku phm perasaan itu. saba eh man. ajakla member ramai2 beraya ngn ang

  • ash ash http://YourWebsite Posted on: September 09, 2010 at 4:21 pm

    Tiada apa yang lebih menggembirakan Aidilfitri kecuali…

    Bersama kamu sayang, dan doa ney moga tahun depan kite akan raye bersame. Dis year ney tak sabar nak tunggu raye ke-3. *big smile*

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 09, 2010 at 7:45 pm

      thanks sweetheart…ling pun x sabar nak tunggu raya ke 3 :)

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.