Iklan Petronas Merdeka 2010: Kekuatan sebenar kita, terletak pada hati
Posted by boy_bersahaje on August 25th 2010httpv://www.youtube.com/watch?v=N5UXEZITJ-E
“Memang terbaik dan memberi inspiration”. Itulah kata-kata pertama bila aku menyudahkan diri menonton Iklan Petronas Merdeka 2010 ini.
Benarlah kata orang bijak pandai, niat adalah ‘ibu’ penentu kejayaan atau kegagalan. Kita terlalu ikutkan hati dengan cemburu sehingga ke tahap dengki. Dengki itulah yang buatkan satu-satu bangsa jatuh dan terkebelakang dari kemajuan. Kita bukanlah mementingkan sangat hal kemajuan kebendaan, tetapi kemajuan pendidikan dan juga hati budi adalah segala-galanya.
Kita dengki untuk melihat kawan kita berjaya dan lebih dari kita. Tapi kita lupa, pada masa susah dulu dia banyak membantu kita untuk terus bergerak.
Kita dengki untuk melihat rakan kita bertindak cemerlang. Tapi kita lupa bahawa, kita yang tidak pandai menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.
Kita menolak untuk bekerjasama dengan mereka yang baru merangkak. Tapi kita lupa, ada beribu-ribu orang yang lain bersedia memberikan yang terbaik untuk mereka.
Kita terlalu bergantung pada mereka yang telah berjaya sedangkan kita tidak pernah dan takut untuk menghadapi Learning Curve yang sebenar!
Selamat Hari merdeka Malaysia ku yang tercinta!

Posted in Bersahaje


nice! kua tv ke? lame xtgk tv. aku hot masa part bdak tu ckp “bahasa pun tak betul, nak buat kereta” aku rasa nak bagi pelempang terbang je. haha. btw, mesej die very straight to the point, sng nak tgkap, xbleh lwn iklan arwah yasmin ahmad, lg byk tersirat dr tersurat. klau tgk blk iklan2 arwah, mmg byk bnde yg dpt blajar.
yup, aku setuju tu. iklan arwah memang sangat makan dalam. memberi kesan. apa kata ko pulak naz lepas ni direct satu iklan. buat sendiri pn ok la. aku jadi org 1st yg komen kihkhihkhih…
p/s: beb, update la blog. aku nk bace entri ko plak…
bz beb, lek lu. idea xmeh.
nice video…bole thn la mesej yg nak d sampaikan dlm video tu….selamat menyambut hari kemerdekaan boy
selamat juga untuk kamu zan
. keep it up on blogging
teringat pesanan mentor ku,
jika anda melihat rakan anda sedang meningkat naik, bantulah mereka naik dengan menolak mereka, walaupun anda masih di bawah, dan jika kita sudah berada di atas, bantulah yang lain untuk naik dengan menarik mereka yang di bawah.
pastu suatu hari nanti semua akan berada di tahap yang sama
sangat terbaik dan terkesan ni zil. thanks a lot!
merdeka!!! syok gak tengok video nie… dah ada jual ke mesin nie??
hahahaha, aku pun x tau la zik. ko wat la, aku beli. ok? hahahaha
selamat menyambut kemerdekaan…
selamat merdeka bro
. dapat x email saya?
aku suka tgk video ni, bila pelbagai kaum disatukan dan banyak mesej yg tersirat di sebalik iklan kali ini
yup, kreativ dan bersahaje. x tau plak saya sekolah menengah dah boleh buat kereta siap. hahahaha
iklan nie best jugak…tp sentuhannya kalbunya tue kurang menyengat sket klu nak compare dgn yasmin ahmad punya..hehe..tp apapun, msg yang penting!!!
yup, memang susah nak tanding dengan arwah punya hasil. ape pun, petronas still the best dalam menyediakan iklan perayaan
aku suka tengok video ni..memang best lah
dah lama tak tengok tv..x perasan pulak iklan ni
terbaik
aku suka ayat kekuatan sebenar kita terletak pada hati