Internet yang membosankan!!!

Posted by boy_bersahaje on August 3rd 2009

Hishhh!!! Tak pernah aku rase internet selembap ini semasa di rumah dahulu. Bukan aku nak kutuk memana pihak atau tempat tapi ini sangat menjengkelkan kepala otak yang sangat sakit. Nak connect FTP pun dah makan masa 2-3 minit, bukankah ini sangat membuang masa. 2-3 minit atleast dapat gak siapkan 1 article untuk update niche blog aku. Dah nasib badan, aku tetap tabahkan hati. Yang peliknya, rakan-rakan aku serumah, internet diorang bukan main laju. Mungkin ini yang dinamakan dugaan untuk aku yang sudah lama tak menghuni di negeri Perlis ini. Member-member aku cakap komputer aku ni dah patut kena format. Tapi aku sangat tidak menyukainya. Selama aku memiliki si Yob ni (nama komputer aku la), tidak pernah aku format nya. Aku sangat sayang data-data dan program yang telah aku install. Agak kesusahan dan kemalasan untuk aku mencari kembali hacked atau cracked program yang dah lama aku tinggalkan. Autocad, photoshop, PES2009 dan macam-macam lagi…

Aku dah bercadang dan membuat perkiraan, macam nak angkat broadband, tapi rasa macam belum lagi diperlukan disebabkan masalah internet ini biasanya melanda pada waktu peak sahaja. Tapi aku, sebagai seorang blogger sejati hehehehe memang sangat memerlukan connection ini sepanjang masa. Kadang-kadang terpaksa refresh page berulang-ulang kali, huh boring betul.

Tapi, tak kan la aku dah nak menyerah begitu sahaja. Terpaksa la jugak aku menguatkan semangat dalaman. Tup tap tup tap… Pagi tadi masuk lagi 2 sales hasil blogging aku…Hehehe. Rezeki. Sebab tu dia bagi dugaan dulu. So, to put the matter in the nut shell, aku kena sabar dan sabar sampai satu hari nanti aku akan beli laptop DELL dengan broadband sekali serentak dan bersama. Bila? Dah beli aku khabaq mai la kat hangpa semua.

Petang ini, aku dihidangkan dengan jemput-jemput dan juga keropok ikan dari Terengganu. Jauh tu. Perut tak la lapa, tapi molot ni hendak mengunyah…Yang penting bersahaje…

Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Diari, Featured

Comments

  • Mari Buat Blog Mari Buat Blog http://blog.life4hire.com Posted on: August 03, 2009 at 2:21 pm

    tengok la apa masalah ko beb…format komputer bukan jalan penyelesaian kepada semua problem komputer lembab beb..hehe

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 03, 2009 at 3:51 pm

    Tu la pasal. Aku dah try trouble shoot tp x tau ape masalah nye. Program semua running ok, laju. Tapi tang internet surf yg melemahkan. Ko agak2 ape masalahnye?

  • EP EP Posted on: August 07, 2009 at 11:20 am

    internet slow2 pun masuk 2 sales? klo laju lah, agaknya lebih tu..hehe

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 07, 2009 at 11:24 am

    Hahaha. X jugak. Tgk pada rezeki la bro. Yang penting bersahaje…Xde ape yg nak di kejarkan…hehehehe

  • hazman aka species1980 hazman aka species1980 http://www.hazmanfadzil.com Posted on: August 09, 2009 at 10:19 am

    habaq mai naa….

    dah pandai cakap utara tu…..baguih2x….
    lepaih nie boleh pekana puluit pulak…hehehe

  • rohaizad rohaizad http://www.rohaizad.com Posted on: August 13, 2009 at 3:45 pm

    Tu gambar warna biru yang kat atas tu memang tak boleh blah langsung…

    p/s: kena renjatan eletrik ke hape? hahahaha

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 13, 2009 at 5:08 pm

    Kihkihkih, besela tu. Cam x kenal je aku yang suke posing maut :P

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.