Kekasih: Bila fruitheart mengamok!
Posted by boy_bersahaje on August 16th 2010
Kredit to arifismailphotography.blogspot.com
Inilah akibatnya kalau buat fruitheart aku marah. Kuat kan dia? Aku pun tak sangka sampai terpelanting hampir 13 meter jauhnya. Itu baru satu tangan tanpa mengambil step. Cuba kamu bayangkan, kalau dia ambik step + hayun, maunya berpuluh-puluh meter aku terpelanting.
Macam mana kamu orang pujuk bila fruitheart kamu merajuk? Buat tak tahu? Belikan bunga? Buatkan lagu? Hehehe. Sebenarnya, entri ini ditulis bukan nak mengadu bomba domba dengan kamu orang bahawa fruitheart aku sedang merajok. Tetapi, entri ini ditulis adalah khas untuk… meraikan ulang tahun hubungan kami yang dah ke 5 tahun =).
Bak kata fruitheart aku, kalau kahwin, anak kami dah masuk tadika. Hehehe, tapi, kami mula bercinta sejak di bangku pembelajaran Ijazah dahulu. Ya, kami mengaji pengajian yang sama iaitu Electrical Engineering. Tetapi berlainan batch. Kira aku ni abang kacak senior la dan dia adik manis junior. Pertemuan kami adalah bermula di stataion bas utama Unimap, iaitu di Kg Wai, Kuala Perlis.
Masa tu malam hari Jumaat. Fruitheart pakai baju merah kurung merah hati. Uhhhh, sangat menawan kalbu aku dengan bersahaje! Kami beratur untuk pergi ke sebuah fakulti pengajian di Automart, Kuala Perlis. Tika itu, aku hanyalah budak hingusan yang tiada kereta. Pergi ke mana-mana hanya dengan bas. Berbalik pada cerita tadi, semasa aku beratur, fruitheart masa itu di sebelah kanan aku. Aku ushar baik je kat dia. Dan-dan time aku nak naik bas, secara spontanya, aku memberikan laluan dan permission untuk fruitheart aku naik dulu dengan berkata “Silakan…” . Ladies choice…Eh silap, ladies first (gentle kan aku hehehe). Dia pun dengan tersipu-sipu malu, menaikkan dirinya ala -ala gadis kampung Kiah Pekasam! Aduh, nak gugur jantung aku masa tu.
Bermula pada hari itu, iaitu 16 Ogos, maka kami pun mula lah berkawan sehingga sekarang. Alhamdulillah, walaupun pelbagai masalah dan cabaran yang kami harungi, susah dan senang, gelak tawa dan menangis sama-sama, kami tetap bersama sehingga ke hari ini. Harapan yang menggunung untuk kami habiskan master dan mengkahiri zaman bujang kami pada hujung tahun hadapan.
Buat rakan-rakan yang sentiasa membantu dan mendoakan kebahagiaan kami seperti aboy, ijad, shaffik, wan mus, apo, adek, kay, din, farhana, atan, yana, abang mijie dan ramai lagi yang tidak dapat aku sebutkan di sini, kami ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terkira di atas sikap kamu orang yang sangat bersahaje! Sesungguhnya, kami hanyalah sepasang kekasih yang perlukan banyak tunjuk ajar dan doa dari kalian semua
.
Terakhir sekali, buat fruitheart yang tersayang; Nor Ashbahani, terus lah mencintai diri ini walau banyak kekurangan yang sukar untuk dibaiki. Semoga hubungan yang suci ini dapat terus bertahan sehingga ke Syurga
p/s: aduhhhh…sungguh syahdu entri aku malam ni :p
Posted in Bersahaje, Diari

Tajuk entri buat honey berdebar tau. Rupenyer ade kisah disebaliknyer. Hmmm, kejap je kan dah 5 tahun. Rase baru semalam kite kenal, ling ngorat ney, malu2 jumpe. Ohh indah betol mase tuh.
Esok kite raikan k syg. Mane lagi kalau bukan secret recipe, tmpat plg berprestij di kangar. Abg mamat kate annivessary ke 6 naik pelamin. Insyaallah
Lastly, let everyone know dat i love u so much! Baju kurung merah tuh ney takkan bagi sesiape. Luckily muat lagi hehehe. Baru pkai harituh kan. Ok syg…Thanx for this lovely entry… *kiss & hugs*
Hehehehe, thanks for everything sayang. Thanks for care and love me =). I’allah, next year tau hehehehe
Insyaallah sayang
Nice edit! ptt tmbh effect darah ka..shadow ka huhu..dh kawen jgn lupa jemput aku noh…member aku besepah la Unimap..tp aku xtau lak ang batch mana hoho
Oit mi, aku x edit lee. Ni member aku photographer hahaha. Penat aku melompat tau hahaha. Member hang batch bile? aku batch grade 2008 masuk 2004. Kira batch ke3. Thanks mi, mestilah member2 online aku jemput mai hehehe
Wahahhaaha comel gila kot kenal kat stesen bas. Muahahah kem salam kat akak manis tu. hehehe
Hehehehe tahnks zida. I’allah nanti saya sampaikan salam kat dia k =)
aku teruja tgk komen pes tu bro.huhu…memang best hubungan yg kekal lame ni..aku yakin, dlm mase 5 thn ni, mesti ada jgk time keruh kan?heheeh..
lg best kalau hubugan lama yg terjalin berahkhir dgn perkahwinan..harap hubungan bro berkekalan….kiss n hug..auw shy2..keh3…:)
AMin..itulah harapan kami zan. memang terlalu banyak yg keruh. Tapi alhamdulillah Allah masih merestui hubungan kami =)
hahahahahaha lawak tengok gambaq tu wehhhhh! 5 tahun.. lama. jangan end up dengan tangan kosong ok! good luck to both of u
hehe sweet meh!
Amin…mudah2an x tangan kosong hehehehe.
Semoga berkekalan bro,gambar tu tu meamng smart..bhaye lau kena jurus ngan fruitheart hehe
hahahaha, terbaik kan fotografer aku tu…ni baru jurus satu nep. lom masuk jurus 2 3 4 5…masak aku cam ayam golek hahahaa
serius gambar tu sangat cantik boy, berapa kali shoot tu baru dapat gambar tu?
then aku respek sbb ko gentlemen, hahaha teringat pula dulu time aku gi merisik sendiri bini aku kat rumah org tua dia, hahaha
ok ni baru nak komen ni, boy merajuk ke mengamok ke itu adat resam dalam hubungan, aku yang dah kahwin pun melalui semua tu, merajuk dan hangin, menangis dan mcm2 lagi la,
cuma aku nak pesan satu je, kalau nak buat keputusan jangan buat keputusan terburu-buru dan terutamanya ketika kita tengah marah SEBAB masa tu KITA bukannya waras untuk membuat keputusan
kalau nak buat keputusan, pas smayang ke, tengah malam pas ngaji quran ke, itu baru betul
p/s: jadi jaga hubungan itu sebaik-baiknya
Thanks bang. Memang saya ni jarang bersuara sangat. dah rasa cool sket baru start slow talk balik. memang nak buat yg terbaik demi relation ni. setakat hal kecik2 pedehal huhu.
Gambar tu shoot 2 kali je. fotografer memang da bomb!
halllamak…serius jiwang bro
hahaha…mudah-mudahan la sampai jadi anak cucu
gambaq tu mahai loh…bleh juai dah
Gambar tu nak tayang kat anak cucu aku nanti yan. muahahaha
wah bro.. romantik lah entry ni.. anyway, moga berkekalan yer.. cepat2 lah kawin.. haha
Huhu, thank wan. Amin
Ur welcome bro.. jgn lupa jemput aku kahwin nnti.. hehe
dalam hati ada taman beb…hihi..
mesti mau ada. hehehehe
Satu perhubungan yang sungguh mantap dapat di pertahankan walaupun merentasi pelbagai rintangan dan dugaan. Begitulah adat orang berkasih, tidak lekang dari alunan ombak yang membadai. Walaupun pasir di pantai sering berubah akibat hakisan ombak, namun pantai tetap pantai , tidak dapat di pisahkan dari ombak.
Satu perhubungan yang bersahaja akan kekal seadanya.
All the best.
Thanks uncle =).
p/s: macam mana service kami hari tu? uncle dah cek report semua? ok tak?
Boy,yg lepas tu lepas la,jadikan pengajaran..dalam setiap perhubungan,ada pasang surutnya..kalau tak,hubungan tu macam kosong je..
sedangkan lidah pun boleh tergigit,inikan pulak kulit pipi..kat mana2 pun ulser boleh naik..hehe..yg ni selingan je ye..
tol ti kay. thanks nasihat yang akan aku simpan sampai ke tua =). ko emmang dr. love aku =)
entry paling jiwang…jarang lelaki menulis mcm ni
Hadiah untuk si dia yang tersayang kak jie =)
So sweet
Kalau ney ade blog lagi mesti ney tulis sumthing sweet for you tau.
alalala boy…hahaha…sweetnye ko..hahaha…
korang klu kawen kena buat kenduri ke 3 tempat nie, umah lelaki, umah perempuan, tambah lagi 1 kat unimap tuh..hahaha
hahahaha, nape aku kene buat kat unimap gak lut? explain please hahaha
haduhaiii..jiwang plak entri nih. haha..
hehehe, tukar angin bang…:p