Laporan: Bulan 12 2009
Posted by boy_bersahaje on December 16th 2009
Assalamualaikom dan salam sejahtera kepada meraka yang bersahaje membaca blog bersahaje ini. Harapan aku gar kamu semua sehat di samping keluarga dan orang yang tercinta
. Dah pun masuk bulan 12. Penghujung bulan dalam tahun. So, apa yang kamu semua dah plan untuk bulan ini? Mesti macam-macam preparation yang telah dibuat kan? Whislist, perancangan bisnes, improvement diri dan sebagainya. Aku? Seperti kamu jugak. Ada beberapa whislist dan improvement diri yang akan terjadi for the next year. Tapi bukanlah impian yang besar sangat pun. Sekadar apa yang mampu. Huuhuhu.
Pada bulan lepas, rezeki aku dalam blogging agak kemerunduman. Mungkin fokus aku telah hilang pada blog-blog niche aku. Banyak aktiviti dan kerja perlu aku fokus pada Master. Interview scholar, orentasi, conference dan banyak lagi. Pulak tu, internet aku memang ade problem dah dekat 6 bulan. Buat pengetahuan kamu orang, selama aku di perlis ni aku just menumpang dan menyusahkan komputer-komputer member-member aku macam Cik Non, Maidin, Nuar, Asri, Atan dan jugak fruitheart aku. Huhuhu.Sakit, memang sakit. Tapi nak buat macam mana. terpaksa la. Insya-Allah, dalam bulan ni internet akan masuk menyerang kediaman aku di Kg Wai atas usaha house mate aku, Muhyiddin. Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Nya, moga-moga ini adalah titik yang lebih memberangsangkan dari bulan-bulan yang lepas untuk aktiviti blogging aku. Hidup aku umpama merempat. tengah-tengah syok blogging, tetiba tuan punya Komputer nak pakai. Terpaksalah aku dengan terbuka hati melepaskan dan menutup segala aktiviti aku dengan serta-merta. So, pada bulan lepas, aku banyak menghabiskan masa dengan melepak pada waktu malam di rumah dengan menonton tv atau wayang.
Alhamdulillah, dah masuk pertengahan bulan 12 ni, sales pun makin bertambah. Dah kira-kira dapatlah dalam $300 sampai 16 haribulan ni. Kira ade lagi 2 weeks untuk aku naik kan lagi sales. Yelah, 25 haribulan aku akan berjalan ke Langkawi bersama fruitheart dan rakan-rakanya dari Subang. Duit ada baru lah syok nak berjalan. Walaupun ini bukanlah trip kali pertama, tapi aku tetap berdebar-debar hendak ke sana. Seronok beb pergi ke Pulau Payar, mangrove, naik banana boat, cabel car dan melepak di pantai Chenang. Huhu kompem release tension. Lepas balik dari Langkawi, baru boleh all out buat kerja dan study.
Buat rakan-rakan Universiti, JB, Bloggers dan semua yang mengenali aku. Semoga segala impian dan whislist pada tahun ini dah pun terlaksana dengan jayanya. Aku tak de whislist sangat pun untuk tahun ni. Hahahaha. Semoga hari-hari yang mendatang akan menjadi yang lebih baik dari hari-hari yang lepas. Salam bersahaje dari boy_bersahaje!
Posted in Arena Blogging, Bersahaje

Tak saba nak gi langkawi kan yg….
Tahu takpe…Mesti enjoy kan syg
ermm…lama jgk blog x berupdate….boy,kurang2kan lah date tu tp selalu2 lah update…..wahkahkahkah
Hahaha, I’Allah kawan akan rajin-rajin update ini blog bro
dan lagi abang bonian kito tu..hehe.aku paling suka bila bro kasi tips berurusan dgn advertiser
Huhu, just share pengalaman yang x seberapa ni je