Laporan: Hujung minggu yang mencabar

Posted by boy_bersahaje on August 10th 2010

 Laporan: Hujung minggu yang mencabar

Seperti entri Rehat: Kita perlukanya untuk seketika, aku memang sedang beristerirehat bersama keluarga tercinta. Maaf, andai 2 hari yang lalu aku tidak sempat untuk update. Ini disebabkan, aku pergi bercuti 2 hari1 malam bersama keluarga di Langkawi icon smile Laporan: Hujung minggu yang mencabar . Memang tidak ada plan langsung dalam buku aku, tetapi, mama dan papa teringin pergi ke Langkawi melihat ‘networking’ aku di sana sebagai travel ajen. Alhamdulillah, banyak kawan-kawan aku di sana menolong dalam memudahkan urusan kami bercuti. Macam biasalah, aktiviti utama kami di sana ialah membebel membeli-belah. Bukan aku, tetapi mama dan papa. Yela, barangan pinggan mangkuk, kuali dan perhiasan dalaman rumah memang pada harga yang luar biasa. Tak percaya, cubalah sekali pergi ke sana.

Pada masa sama, rakan online aku, Aboy juga telah datang ke Perlis untuk pergi ke Padang Besar memborong Jersey bola sepak. Season baru English Premier League dah hampir tiba. Tapi, hanya Hafiz Arshad sahaja yang dapat menemani beliau ke sana disebabkan aku pun sibuk bercuti bersama keluarga. Maaf Aboy, kita akan berjumpa di YM lepas ni =).

Pada pagi ini (10/08/2010) aku pula yang akan pergi ke Padang Besar bersama keluarga. Mungkin untuk membeli sehelai dua Jersey Chelsea dan juga beberapa kilo makanan ringan untuk mengunyah bila tiba nya Ramadhan menjelang esok hari (11/08/2010).

Sekali lagi, maafkan aku atas kelewatan update dan membalas segala komen-komen2 sempoi kamu orang pada entri lepas. Jangan risau, aku akan sentiasa update berbanding tika dahulu untuk blog yang tersayag ini. Teruskan membaca dan nantikan entri-entri yang lebih menarik lagi selepas ini icon smile Laporan: Hujung minggu yang mencabar

p/s: Sedikit masa lagi I’allah Rezamohyindotcom akan mengadakan contest. Jom bagi idea apa contest mahu aku buat?

Posted in Bersahaje

Comments

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.