Maaf: Search engine optimization buatkan aku buat-buat busy
Posted by boy_bersahaje on March 18th 2010Search engine optimization buatkan aku agak kesibukannullazi sejak akhir-akhir ini. Sambutan yang sangat menggalakkan membuatkan aku tidak teragak-agak untuk membina sebuah lagi site servis provider khas untuk link building service. Domain tersebut aku dah lama beli, cuma masih belum lagi diguna pakai. Nah, sekarang la masanya untuk aku menggunakan sepenuhnya domain tersebut dari terbiar tanpa belas kasihan. Boleh saja untuk aku gunakan subdomain dari domain blog ini untuk tujuan itu, tapi bagi aku, untuk aku menerjah ke syarikat-syarikat gergasi pada masa akan datang, lebih molek untuk aku menggunakan sebuah domain yang baru. Domain yang melambangkan diri aku dan hasil kerja aku. Walaupun semacamnya domain itu tiada kena-mengena dengan service yang aku provide, ade aku kesah??!!! aku percaya domain name hanya memberikan impak yang amat sekelumit kepada search engine optimization. Selebihnya…ada diceritakan di sini. “Ala boy, takkan baru set up satu site dah rasa diri tu busy? Rilex la brader” detik hati kamu orangla
. Sebenarnya aku bukan busy dengan set up site tersebut sahaja, ade 6 buah blog tempahan dari 2 orang brader dan juga beberapa tempahan Killer Backlink Building (KBB) daripada beberapa orang juga pangkat brader-brader. Selain itu, weekend aku yang lepas, aku telah memberanikan diri untuk menerjah ke Kuala Terengganu bagi menghadirkan diri aku ke majlis teman sepelajaran aku di Unimap ini. Sangat seronok sesekali berjalan meninggalkan kerja part time dan juga tempat pembelajaran. Orang kata release the tension not to get the tension ntah apa-apa ayat aku tu.
Pada masa aku sedang buat-buat sebok tu jugalah, aku sentiasa melawat ke blogs kawan-kawan yang lain untuk menimba ilmu dan juga mengetahui perkembangan terkini mereka. Maaflah, ada beberapa blogs sahaja yang sempat aku tinggalkan komen. Untuk blogs yang belum berkesempatan, nantikan komen aku yang sangat bersahaje untuk kamu orang. Aku juga banyak menghabiskan masa membaca, mengkaji, membeli dan bertanya produk-produk IM (Internet Marketer) luar negara demi menambahkan lagi ilmu pengetahuan aku untuk mengembangkan lagi online business ini. Auto-responder, ebook, warriorforum, wangcyber, johnchow, mazlienadzri, clickbank dan macam-macam lagi. Idea banyak yang aku dapat, tinggal perancangan dan perlaksanaan yang memenatkan belum lagi aku laksanakan. Dalam sedar tidak sedar, aku telah mencapai 4 dari 8 wish-list aku untuk tahun 2010 ini. Insya-Allah akan bertambah dari bulan ke bulan sampai cukup 8. Buat pengetahuan pembaca yang setia yang aku sayangi, daripada 8 wish-list tersebut, hanya 2 sahaja yang bukan berorientaskan internet. Terlalu banyak plan yang aku perlu kejarkan sebelum tamat 2010. Sangat memenatkan tapi aku gembira dengan apa yang aku sedang lakukan (bukan menaip ye).
Pada 15 haribulan Mac lepas hari jadi aku disambut dengan ala kadar bersama fruitheart tersayang di Kuala Teengganu. Aku mendapat hadiah yang selama ini aku idamkan; bermuda quicsilver buatan India. Ahahaha. Thanks fruitheart. Sekarang aku dah boleh bergaya di tepi pantai Kuala Perlis dengan bermuda tersebut di damping dengan sepasang Santa-Cruz-Crocs tiruan buatan China yang aku baru beli di KT tempoh hari. Uuuuuhhh sangat bersahaje! Harga pasaran RM70 tapi aku telah berjaya mendapatkan nya dengan harga rm55 sahaja. Boleh jual kat orang JB.

santa-cruz-crocs
Terengganu memang sebuah bandar yang sangat cantik. Aku sangat suka sama terengganu. Laut yang biru, bandar yang bersih, keropok lekor yang banyak, nasi dagang yang sedap…hampir complete ciri-ciri bandar idaman aku. Thanks Terengganu, aku akan datang ke Pulau Perhentian nanti!!!
Thanks to Boss dan dr.aku.la yang sudi mengingatkan aku untuk update blog ni. Huhuhu, kalau tak makin lambatlah aku nak update nya
p/s: Sedikit masa lagi, aku akan keluarkan sebuah ebook percuma mengenai arena business online khas untuk semua pembaca blog ini
. Ini adalah salah satu cara untuk aku berterima kasih
. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membacanya…



Terengganu best kan?mestilah best..negeri kelahiran aku..haha..
ALL the best for your upcoming ebook?
@khairolghani, Thanks Kay. Aku memang perlukan support macam ini dari kawan2
he he terupdate gak blog ko ni.. tq..
harap ko boleh share la sedikit sebanyak teknik mendapatkan income dari internet ni yek..
@boss, I ‘allah boss. Aku sentiasa share apa yang aku buat selama ini. Nanti baca la ebook yang aku buat tu. I’allah banyak cerita dalam tu aku tulis khas untuk mereka yang menceburi bisnes internet ni.
@boy_bersahaje, ebook? mane2? tak perasan pun..
@boss, On the way nak keluar…I’Allah
Wah, ada ebook percuma? Dah launch nanti boleh la war-warkan
Mestila, mereka yang rajin datang ke blog ini akan mendapat direct jemputan melalui email
. Nantikan la ye
boy sempena PR update baru-baru ni,niche blog aku dari PR0 berjaya dapat PR2 gara-gara servis yang ko sediakan tu
boy,nak tanya….niche blog ko yang layan TNX tu apa macam? PRnya terancam tak ?
@sangilapi, Huhuhu, thanks bro! Semua niche blog yang ada TNX tak terancam. maintain bro. Ada yang naik lagi PR nye huhu