Pengaruh kawan: Janganlah terlalu ikutkan sangat

Posted by bersahaje on July 27th 2010

pengaruh rakan Pengaruh kawan: Janganlah terlalu ikutkan sangat

Hurmmm…Aku selalu melihat karenah kawan-kawan yang suka untuk berniaga ikut cara kawan. Kawan-kawan di sekeliling mereka yang boleh dikatakan berjaya. Tak salah rasanya cuma jangan sampai ia dibuat di luar kemampuan dan rancangan asal kita. Kita ada jalan kita sendiri dan mereka yang telah berjaya mungkin itu satu rezeki untuk mereka.

Perasaan senang terikut-ikut ni yang banyak nya terkandas di tengah jalan. So apa nak buat? Untuk situasi macam ni, kita lihat balik apa matlamat dan planning kita untuk jangka masa panjang. Ada yang hendak habiskan study, melangsungkan perkahwinan, kumpul modal dan sebagainya. Jadinya, habiskan dahulu apa yang sedang kamu lakukan. Selepas mencapai target, barulah kita berikan perhatian kepada new plan. Nah! Inilah yang baru dikatakan smart! Kita smart bukan sahaja pada usaha tetapi juga pada perancangan. Tak salah menukar perancangan di saat-saat akhir. Cumanya, setiap pertukaran kita perlu merancang kembali sebab dan akibat untuk satu-satu keputusan. Keputusan ini yang akan sentiasa menjadi kesan dan akibat untuk masa hadapan.

Bagi mereka yang sedang giat menceburkan diri dalam dunia perniagaan, tahniah dan all the best untuk kamu. Tetapi, pesanan ini juga adalah untuk diri aku yang sememangnya lemah dalam godaan dunia. Berpegang kuatlah pada apa yang kamu percaya. Dan dari mana datangnya kepercayaan, adalah dari pengalaman dan juga sesi pembelajaran. Jangan lah kita hanya percaya dengan kata-kata orang ramai atau kata-kata kawan kita yang telah berjaya. Kaji dengan lebih mendalam kesan dan cara perlakasanaanya. Fikir dengan masak then baru lah buat keputusan. Jangan sesekali kita menoleh ke belakang. Yang lepas adalah sejarah dan yang akan datang adalah realiti yang kita akan tempuhi.

Ada yang terlalu takut ketinggalan. Bro, semua yang telah dan sedangĀ  berlaku ada hikmah nya. Tidak semestinya mereka yang telah mulakan langkah lebih awal akan lebih berjaya dari kita. Dan kalau mereka berjaya lebih dari kita, apa itu akan datangkan kudis atau kurap ke badan kamu? Tak kan? Jadinya, persetankan dengan kejayaan-kejayaan rakan kita itu. Kita hanya mampu bersyukur dan jadikan ia mungkin sebagai idol atau sekurang-kurangnya sebagai pemangkin semangat. Bukan titik tolak untuk kita menghancurkan semua perancangan asal kita. Hero kan kalah dulu. Then, tak salah untuk kita bersahaje menerima kekalahan itu dan bangkit semula setelah segala apa yang kita hajati dah pun tercapai.

Bermula dari itulah, pastinya kejayaan adalah milik kamu. Sebab apa? Sebab, kita sangat bersahaje menghadapi semua itu. Jadinya, rancang dan percayalah dengan apa yang telah kamu rancang. Jangan terlalu mengikut rakan atau mereka yang telah berjaya. Kelak, hanya sia-sia =).

Pernahkah kamu mengalami situasi yang sama???

Posted in Bersahaje

Comments

  • safizan safizan http://www.safizan.com Posted on: July 27, 2010 at 9:47 am

    Situasi ini memang pernah aku lalui, dari seorang kerja makan gaji beralih ke perniagaan amat payah jika kita terjun botol tanpa apa pengtahuan atau laluan untuk berniaga.Kerana melihat kawanku mempunyai perniagaannya sendiri.Jangan lakukan kerana amat-amat derita untuk melaluinya kecuali bina dahulu bisnes dan meningkat maju baru fikirkanlah untuk berhenti.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 27, 2010 at 2:32 pm

      Yup, itulah sebenarnye bagi aku care yang terbaik dan secure. Tetapi ade ramai juge yg buat tindakan berani mati berhenti kerja even bisnes belum bermula. Bagi mereka, ini adalah care untuk focus. Tapi bagi aku ini adalah tindakan yang boleh mendatangkan kebinasaan.

  • donnyien donnyien http://www.donnyien.com Posted on: July 27, 2010 at 8:53 pm

    bersahaje post ni…tapi penuh makna

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 27, 2010 at 9:02 pm

      makna itulah nak menyedarkan rakan-rakan dari mengambil tindakan yang tak betol

  • bujang3 bujang3 http://bujang3.wordpress.com Posted on: July 27, 2010 at 11:28 pm

    ikut tanpa ilmu..tu yang terkandas tu…orang lain berniaga ada planning, ada ilmu… yang kita ni..ikut jer… man anak jadi !!!

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: July 28, 2010 at 1:27 am

    Betul tu, setiap tindakan tu perlu perancangan yg teliti dan ambil kira semua aspek, tambah2 dlm dunia perniagaan yg sememangnya banyak dugaan..kena lebih berhati-hati :D

  • Brother One Brother One http://jomwasiat.com/blog/ Posted on: July 28, 2010 at 2:50 pm

    masyarakat muda asyik mahukan ‘result’ cepat dikala ini. Makanan segera tidak semestinya bagus walaupun ianya menghilangkan kelaparan. Kita buat apa yang tahu..dan post ini memang tepat sekali.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 28, 2010 at 5:58 pm

      thanks bro 1. Pendapat yg bersahaje. cepat itulah yg banyak membunuh. sikap tidak sabar biasanya diakhiri dengan kegagalan

  • sufian sufian http://sufian.info Posted on: July 30, 2010 at 1:08 am

    pengaruh kawan2 tu kadang2 tak boleh nak elak..tapi bila dah terkena, baru berhati2…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 30, 2010 at 1:29 am

      lebih bagus kalau kita dah pandai berhati-hati sebelum terkena. tapi pengalaman adalah lebih berharga kan?

  • acapz acapz http://www.cybernetic88.com/ Posted on: July 30, 2010 at 10:40 pm

    ada yang kawan tikam belakang. dan2 soh berniaga sme. last2 jadi ape tah nnti. haha. lawl. so be careful dlm berkawan ni jgk :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: July 30, 2010 at 10:46 pm

      Ya betol! kita kene ade sikap berhati-hati dan bukan 100% percaya bolat2.

      p/s: thanks cap sudi ke blog aku =)

  • dnobiz dnobiz http://dnobiz.com Posted on: September 20, 2010 at 11:22 am

    Dari apa yang kita perhatikan, banyak orang berniaga sebab terpengaruh (macam Boy cakap) dan bila gagal.. alasan yang diberi ialah tidak serasi berniaga…
    sebenarnya semua orang serasi berniaga, yang penting jenis perniagaan tu adakah aliran kita… contoh kalau kita minat memasak, jangan berniaga pakaiyan.. cuba la bukak kedai makan, tapi yang menjadi masaalahnya ramai yang berniaga kerana meniru..,
    P/s : Perniagaan umpama aliran sungai, jadi pilih lah sungai yang aliran nya sukar untuk kering , pendidikan, kesihatan, makanan, pakaiyan

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.