Perlis Darul Sunnah. Apakah?
Posted by bersahaje on July 23rd 2009Fuh!!! Setelah lebih setahun aku berhempas pulas membina dan mengatur kembali segala perjalanan perniagaan di JB, kini masanya untuk aku berehat. Ya, berehat sambil belajar di Negeri Perlis. Lebih kurang 900+ km dari kedudukan tempat tinggal aku. Dari hujung selatan hingga ke hujung utara. Di Perlis, kediaman aku adalah terletak di dalam Kolej Kediaman Kg Wai, Kuala Perlis Unimap (Universiti Malaysia Perlis). Tempat yang pernah aku tinggal selama lebih 4 tahun (2004-2008). Di sini, culture dan susun atur masyarakt adalah berbeza dari JB. Tapi aku sangat seronok di sini dengan keadaan dan suasana perkampungan disulami dengan bendang dan juga masyarakat nelayan. Macam tengok dalam filem-filem melayu tempatan, di mana kanak-kanak bermain layang-layang sementara mak dan bapa mereka sedang menuai padi. Ohhh indahnya dunia.
Walaupun berehat, tapi aku mestilah menjaga etika sebagai seorang pelajar di dalam Kampus. Tidak boleh merokok dengan sesuka hati, menjaga tata-susila dengan Pensyarah dan Pengetua di kolej kediaman. Aku sangat enjoy dan santai bila belajar di sini. Sebab itu, ramai rakan-rakan aku agak kebingungan dengan kenyataan aku ‘Belajar adalah Berehat’. Tiada apa yang perlu di pusingkan di sini. Engkau akan rasa sendiri bila kau berada di tempat aku. Sangat mudah kan?
Aku menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik. Jenis pengajian yang aku pilih adalah Research Mode. Akutidak perlu pening kepala study sampai malam semata-mata untuk cemerlang dalam quiz, test atau final exam. Tidak!!! Aku hanya perlu duduk di dalam Kluster Penyelidikan (Lab) dan membuat testing serta uji kaji apa yang patut. Yang penting siap thesis pada masa dikehendaki. Anggaran tempoh pembelajaran aku adalah dalam lingkungan setahun hingga setahun setengah sahaja. Itulah yang dinamakn santai…
Di sini, pelbagai perancangan kewangan telah aku atur sejak 2-3 bulan yang lepas. Aku memerlukan sejenis ‘Cash Business’ setiap hari untuk menyara hidup aku dan PASANGAN di sini. Blogging? Itu adalah kemestian. Bukankah blogging itu suatu yang COOL! Bagaimana menjana pendapatan daripada blog? Di lain hari aku akan menerangkan serba sedikit ya… Pelbagai sudut telah aku kaji samada dari segi market demand, populasi dan juga culture untuk kejayaan perancangan ini. Tapi berjaya atau tidak? Kita sama-sama tunggu laporan dari aku nanti.
Kewujudan blog ‘Boy punya Scrapbook la’ adalah sebagai wadah bicara aku di internet selain medium untuk berkongsi peluang-peluang dan beberapa ilmu dalam dunia Bloggers. Mungkin blog ini juga antara wadah untuk ‘meng iklankan’ beberapa servis yang aku jalankan. Siapa tahu? Apa-apa pun, aku tidak mahu untuk berjanji apa-apa untuk pembaca sekelian. Baca saja lah apa yang telah aku coretkan di sini. Ruangan komen terbentang luas untuk kamu di bawah sana. Apa tunggu lagi, komen jangan tak komen la…
Posted in Bersahaje, Featured, My Study

selamat belajar & gud luck… teringat time aku kat sana tahun 2001, kira best jugaklah tempat tu..
Thanks
. Memang best pun, tenang dan aman. Makanan pun murah2 huhu
ooi….boy dah sampai ke perlih yeee…
nanti boleh makan seafood kat kuala perlih
pergi gua kelam
beli barang kat padang besar
….
makanan memang murah2x….sesuai untuk budget student…
Kau pn pernah dok sane ke man?
penah blajar jab kat UUM sintok….tapi drop out…main2x blaja….tapi sempat la dok kat saner dalam 2 tahun….hmmm merasa la kehidupan cuti ari JUMAAT dan SABTU…perlih tu kocik joo…..
awk cont study sorg2 je ker?hurmm…
wah.. best.. dah ada blog aa..
Salam Boy, huu dduk majidi yek? haha
Ezad: A ah aku dok majidee. Ko pn dok c2 ke?
Yek la bro, haha nnti la jumpa.
study kat unimap rupanya
aku suka ayat belajar adalah berehat
yup..Unimap =)