Puasa oh puasa! (Aku dan Ramadhan)

Posted by boy_bersahaje on August 21st 2009

rambu puasa Puasa oh puasa! (Aku dan Ramadhan)

Ikhsan navy102.wordpress.com

Huh…Ramadhan Al-Mubarak…Aku rindukan kamu sih!!!(Sih=sangat) Masakan tidak, seribu kenangan akan sentiasa tercipta semasa di bulan ini. Buat-buat sakit, buat-buat tensen, buat-buat termakan dan ibu segala buat-buat semua terkeluar pada bulan itu. Huh!!! Memang tidak kematangan langsung. ‘Ma, boy rasa boy cam tak boleh tahanlah dengan air milo ais dalam iklan tu’ kata aku yang masih kecil. ‘Boy, tu semua kan dugaan untuk kita berpuasa. Boy kena tahan sikit je. Boy kan gentle boy. Kata nak jadi hero.’ Kata ibu aku yang masih segar dalam medula oblongata aku ini. Kata-kata ini lah yang menjadi semangat dan inspirasi untuk aku terus berpuasa pada zaman kecil dahulu…

‘Syaitan nir rajim akan di ikat di neraka sepanjang bulan Ramadhan’. Ayat penyata ini buatkan aku sangat cintakan bulan Ramadhan. Ini karena, aku akan jadi manusia paling berani pada bulan tersebut. Yela, hantu kompem tidak kacau aku…Haaa. Oleh kerana itu jugalah, aku sering memanjat pagar ‘fly’ semasa belajar di asrama dahulu kala. Aku gemarkan mee goreng Makcik Lenge di stesyen Keretapi Tanah Melayu Kluang. Masalahnya, warung makcik lenge hanya dibuka setelah matahari terbenam. Mee goreng yang sememangnya sangat kesedapanullazi buatkan aku sentiasa tidak dapat menahan nafsu aku untuk bersahur di situ hampir setiap malam. Aku melakukan kerja-kerja melompat pagar ini bersama rakan karibku tepat jam 3.05 pagi. Pelajar lain, hanya bersahur makanan ‘Asrama’ sedangkan aku, makan makanan paling lazat di dunia pada kala itu. Sangat bersahaje!!!

Bila dah tamat belajar sekolah, lain pula dugaanya. Merokok membahayakan kesihatan!!! Argh!!! Aku sangap nak rokok. Nikotina telah meresap masuk, berlari-lari keseronokan mengalir bersama darah merah aku di dalam badan. Biasanya, bangun tido, sebatang Dunhill telah dikemam di molot ini. Itulah oxigen bak kate orang-orang bijak pandai :p. Pernah dahulu, semasa tahun 2005, pada bulan puasa. Aku bangun pagi dan terus menghisap rokok kerana terlupa. Hisap punya hisap sambil melayan blues sebelum mandi. Kawan aku melihat dengan mata tajam tepat ke arah aku. ‘Ape hal ko tengok aku macam lapar je?’ Tegur aku dengan bersahaje sambil melepaskan asap ke mukanya yang keserabaian baru bangun tido. ‘Memang aku lapar’ menjawab rakan ku itu. ‘Kau ni, bulan puasa memanglah lapar. Kalau tak, bukan namanya puasa’ tegur aku dengan keyakinan yang tinggi. ‘Apa kau dah gila ke boy? Aku lapar pun, aku tak makan lagi. Yang kau tu, hisap rokok di tengah-tengah waktu puasa, ape cer?’ Lantas aku baru teringat yang ini adalah bulan puasa, aku terus membuang rokok yang hampir habis aku hisap tadi…Lantas menjawab ‘Sudah tukar ka?’ dengan selamba aku cover line. Kihkihkihkih

Selamat berpuasa di bulan Ramdhan Al-Mubarak. Semoga, bulan puasa kali ini adalah lebih baik dari bulan puasa yang lepas. Amin. Datanglah lagi membaca entri-entri di blog bersahaje aku ini sama ada di pejabat atau setelah ber-teraweh icon smile Puasa oh puasa! (Aku dan Ramadhan)

Posted in Bersahaje, Diari

Comments

  • rohaizad rohaizad http://www.rohaizad.com Posted on: September 03, 2009 at 6:24 pm

    Woiitt… aku dengar orang tu bulan Ramadhan Al Mubarak ni bukan main semarak lagi income dia… hahahaha

    p/s: posing budak yang pakai baju biru kat atas tu memang tak boleh blah betul laa… menyampah betul aku…

  • ash ash http://www.ashoney.com Posted on: September 03, 2009 at 6:54 pm

    but i like..huhu :)

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 03, 2009 at 9:23 pm

    Rohaizad: Hehehe taklah sesemarak cam ko bro!!!
    Ash: Thanks honey :)

  • rohaizad rohaizad http://www.rohaizad.com Posted on: September 04, 2009 at 3:44 am

    Amboi… darling dia cover daaa… kalahlah aku macam nih..

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 11, 2009 at 8:58 pm
  • kakeru kakeru http://blog.readercircle.com/ Posted on: September 11, 2009 at 4:01 pm

    Ooo..hisap rokok aa. Baik terlupa, ala2 macam makan koko lak, ahaha.. ;)

  • JHafiz JHafiz http://www.jhafiz.com Posted on: September 11, 2009 at 4:26 pm

    ‘Ape hal ko tengok aku macam lapar je?’ ayat penih yakin tu. ha3. dah terlupa tak pe la. tapi x la kenyang pon dgn hisap rokok kan? lagi best kalau terlupa, masa tu makan nasi. hu3

  • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: September 13, 2009 at 4:33 am

    Kakeru: Betol tu, sib baik lupe kalau buat2 lupe dah lain jadinye huhu
    JHafiz: Hahaha, bukankah confident itu sangat penting pis? Huhuhu

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.