Rahsia Kahwin: Jangan di Salah Erti
Posted by boy_bersahaje on September 12th 2011
Semakin lama, usia kita semakin bertambah. Pemikiran dan cara hidup juga akan berubah. Salah satu perubahan dalam hidup yang kita akan kecapi adalah alam perkahwinan. Alam di mana tanggungjawab bertambah, perasaan cinta yang halal, kasih yang tidak berbelah-bahagi dan juga sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan si isteri atau suami yang tercinta selagi ia masih tidak bercanggah dengan tuntutan syara’.
Sebagai masyarakat yang bertanggunjawab, kita hendaklah sentiasa memberikan sokongan kepada pasangan-pasangan yang baru berumah-tangga. Terutama sekali rakan-rakan terdekat. Sokongan bermaksud, memahami jadual waktu yang semakin ketat untuk melepak, bersuka-ria- sama seperti di zaman bujang dan remaja. Aku terlahir di kalangan rakan-rakan yang hidup di alam asrama. Ikatan persahabatan kami boleh dikatakan kuat. Makan sepinggan, hidup susah bersama, suka bersama dan menangis bersama-sama. Bila mengenangkan zaman tersebut hampir pupus, kadang-kadang rasa sedih datang. Banyak masa rakan kita akan lebih bersama dengan keluarga mereka. Ini adalah tanggungjawab yang memang tidak boleh diabaikan.
Walaupun begitu, aku tak pernah merungut. Even kadang-kadang rasa teringin nak bersama dengan mereka. Tetapi itu semua mustahil untuk sekarang. Fokus utama adalah membahagiakan keluarga. Ya, tiada yang lain. Bila sampai detik dan ketika, sekarang aku pula yang sudah berumah tangga
. Segala puji bagi Allah yang memberi rahmat dan rezeki untuk menyempurnakanya.
Bila dah berumah tangga, cabaran utama kami adalah untuk membersihkan pemikiran kawan-kawan yang ‘terlalu faham’ akan hubungan baru ini. Apa yang dikatakan ‘terlalu faham’?
1) Rasa takut untuk ‘mengacau’. Mengacau dalam bentuk telefon, message atau apa sahaja. Tidak berani ‘kacau’ kami kerana kami sudah berumah-tangga.
Berumah tangga bukan bererti putus sudah komunikasi 2 hala bersama dunia luar. Bersama teman-teman dan juga keluarga. Berumah tangga bagi aku adalah satu lesen besar untuk kita lebih akrab, tetapi bersama dengan orang yang baru. Sama ada isteri atau pun suami. Janganlah dijadikan alasan sudah berkahwin untuk tidak lagi berhubung sesama sendiri kerana dianggap menggangu. Hatta, ingin menjumput ke majlis perkahwinan atau pertunangan pun sudah jadi malu? Kalau masih belum sah jadi suami isteri, boleh pula tak segan untuk menjemput ke rumah? Adakah ini salah satu trend terbaru orang melayu?
2) Tidak boleh keluar berjalan
Bila dah berumah tangga, tidak boleh nak lepak bersama. Biar aku jelaskan di sini. Berumah tangga adalah proses perkahwinan di antara seseorang dengan seseorang. Bukan antara seseorang dengan sesuatu. As long as their wife or husband is still a human, tak salah untuk kita sebagai kawan menjemput mereka lepak bersama tak kiralah sama ada untuk tengok wayang, window shopping, lepak minum menonton football game atau seumpama denganya. Manusia perlukan sosial untuk terus maju dan membuka minda untuk bertukar-tukar pendapat. Melainkan manusia yang tidak sukakan kepada dunia luar. Jika mereka menolak, baru lah kita faham kenapa dan mengapa.
Sepatutnya, sudah berumah tangga lah kita jadi lebih sporting berbanding mereka sebelum berkahwin. Segalanya adalah halal
Hurmm. Sedih kadang-kadang bila fikirkan balik mentality sebegini. Kawan baik pun boleh hilang disebabkan perkahwinan. Mungkin mereka terlalu takut dilabelkan sebagai pengacau atau tak faham. Tapi segalanya aku dah pun jelaskan. Mungkin ini adalah cara untuk memahamkan mereka apakah sebenarnya yang aku rasa terhadap tindakan yang kurang matang itu. Semoga kita lebih jelas dan faham mengenai perhubungan sesama rakan-rakan kita yang baru berumah tangga.
Bagaimana pula dengan kamu orang?
Posted in Bersahaje, Diari

ada juga rakan yang sudah kahwin.. masih lagi memberi kotmitmen bila nak reunion nih.. cumanya kalau perempuan tuh aku segan sikitlah.. kalau lelaki nih ok jer nak ajak jalan2 ker.. menyepikan diri tuh tak bolehlah.. seharusnya kita semua semakin rapat bila dah kahwin sesama rakan…
Bila lak saya nak kahwin ni?..
samalah kita, bila agaknya nak kawin hehe..
Biasalah tu, tidak lama lagi diri ini akan menghadapinya. Haha.
semoga berbahagia.. orang kawin jgn samakan dengan orang bujang
Bila baca artikel ni, rasa sayu pulak. Kenapa? Haha adakah sebab kena kat batang hidung sendiri? Aduhhh ~
Hello admin,
tidak boleh berjalan ke,saya rasa sebenarnya mesti lagi kuat berjalan,sebab g mengenali keluarga mertua hihi
Cheers,
Apple iPhone 4s
haha kawan dah 3 bulan 1 minggu bernikah..so far, hidup bersama ni takdelah susah sgt. tapi org keliling dok sebok takut2kan.
kena ingat pada yg belum nikah, sebelum nikah, ujian dariNya sangatlah hebat. bila korang dah btol2 nekad nak berjaya,sampai masa korang akan kata, “mak ai..mana dtg pulak semua pertolongan, rezeki, berlimpah ruah, bergolek2, n mcm2 lg”. tu org kata, rezeki nikah…
apa salahnya kalau isteri atau suami berkenalan dengan kawan-kawan kita, kan lagi bagus kalau macam tu, mngeratkan silaturahim, perkahwinan bukan bermaksud tputus hubungan(persahabatan) semasa bujang..
Memang kehidupan sebelum dan selepas bernikah amat berbeza. Perlukan ilmu yg terbaik untuk melahirkan keluarga bahagia…belajar pula ilmu melayar bahtera rumahtangga agar family sentiasa bahagia…
apa salahnya kalau isteri atau suami berkenalan dengan kawan-kawan kita, kan lagi bagus kalau macam tu, mngeratkan silaturahim, perkahwinan bukan bermaksud tputus hubungan(persahabatan) semasa bujang..
semoga selamat sejahtera dunia dan akhirat……
info yang sungguh bagus!!…terima kasih , teruskan usaha anda update utk akan datang… Betul tu, bila dh kawin mcm biasa je cuma perlu kurgkn pergaulan
manis betul pasangan kat atas tu..:-)
perkahwinan adalah sunnah Nabi..sudah pasti ada banyak kebaikan padanya…
Semoga mendapat keberkatan dari allah taala..
hehe..biasalah tu..dah kahwin..kenalah pandai adjust apa yang patut..
ni yang tak sabar nak kahwin nih. haha..
Dah kawin kena ambil kira semua aspek dari sekecil-kecl hinggalah kpd perkara yg besar..
perkahwinan – bermulanya kehidupan yang baru.. byk yg perlu difahami.kadang2 tension tapi byk manisnya.
xder masalah pun nk bergaul ngan kwn2 selagi xabaikan keluarga dan rumahtgga..
Tak terlambat untuk teman ucapkan selamat pengantin baru.. ;p mudahan lebih bahagia…boy