Rehat:Kita perlukanya untuk seketika

Posted by boy_bersahaje on August 7th 2010

rehat Rehat:Kita perlukanya untuk seketika

Rehat yang cukup tidak bermakna kita perlukan masa yang lama. Otak yang sentiasa bekerja bagaikan sebuah mesin yang bergerak, perlukan tenaga yang cukup dan kawalan yang baik. Adakalanya, kita tidak sedar dalam bekerja, sebenarnya otak kita telah penat dan memerlukan oxygen yang cukup. Cukupah sekadar melihat alam yang hijau seperti pokok dan pemandangan yang indah. Tetapi, tahukan kamu bahawa, rehat yang terbaik adalah rehat yang mampu menaikkan produktiviti seseorang dengan lebih tinggi? Sebab itu kebiasaanya, sesebuah organisasi yang mempunyai pekerja, sentiasa menyediakan cuti yang cukup untuk pekerjanya setiap hujung tahun. Ya, untuk peningkatan produktiviti.

sawah padi Rehat:Kita perlukanya untuk seketika

Hujung minggu ini, aku akan berehat bersama yang tersayang, mama dan papa icon smile Rehat:Kita perlukanya untuk seketika . Mereka datang jauh dari selatan ke hujung utara; Perlis. Mama aku cakap, dia dan papa ingin berehat seminggu di sini dengan aku. Setahun menguruskan restoran di JB, sekarang masa untuk mereka berehat selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan. Ya, itu adalah masa yang terbaik untuk mereka bercuti. Kenapa? Pada masa itu, walaupun restoran ditutup tidak akan menyebabkan pelanggan marah dan mama papa boleh menumpukan perhatian penuh pada ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Memang setiap bulan Ramadhan, restoran kami akan bercuti dan pada masa itu juga, pelbagai strategi dan plan baru dikemaskini tidak kira lah dari segi pekerja, masakan, menu, kewangan, kemudahan dan juga rancangan pemasaran. Selama 2 tahun aku menguruskan restoran tersebut, tetapi kini ia telah diambil alih oleh mama papa. Restoran ini telah beroperasi hampir 3 tahun.

lapangan terbang pulau pinang Rehat:Kita perlukanya untuk seketika

Jadinya, pada jam 11.30 malam ini (08/07/2010) mama papa akan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Aku dan fruitheart akan mengambil mereka dan bawa mereka ke Perlis icon smile Rehat:Kita perlukanya untuk seketika . Uuhhh, aku tidak sabar untuk membawa mereka berjalan-jalan di Perlis. Padang Besar tempat utama untuk kami membeli belah barangan makanan kering dan juga baju. Merasa masakan seafood yang murah di pantai Kuala Perlis. Menghirup udara segar di sawah padi yang luas terbentang menghijau. Menunjukan rumah baru aku kepada mereka (akan diceritakan di entri akan datang) dan membawa mereka merasa kelazatan Laksa Kuala Perlis yang dimakan bersama pulut panggan. Uhhhh, uhhh dan uhhh. Tidak tahu betapa seronoknya bila aku dapat melihat wajah mama papa yang sudah hampir 3 bulan tidak ketemu icon smile Rehat:Kita perlukanya untuk seketika .

Pernah tak kamu orang merasa apa yang aku rasa?

Posted in Bersahaje

Comments

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 07, 2010 at 9:40 am

    adakah bulan puasa ko juga akan berehat boy? sebulan hehehe

    tapi memang betul rehat diperlukan dalam apa jua pekerjaan ataupun perniagaan

    *boy dgr citer kat perlis ada pulut santan makan dengan mangga, tak pernah cuba ni, best ke :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 07, 2010 at 10:50 am

      uhhh rehat sekejap je bro. mane boleh sebulan hehehe. Nanti beraya sedey je plak =P.

      Memang sedap bang. Mangga makan ngn pulut santan. Mesti terangkat nye la! Lebih kurang macam kita makan dengan durian huhuhu. Nak lagi syok time mangga harum manis nya musim..uhhhh wangi tak hengat punya hehehehe

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 07, 2010 at 11:08 am

    otak jammed kadang2.. so, kena rehatkan otak.. ..perggh mangga dengan pulut santan… manyak syiouk.. tuh

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 07, 2010 at 11:46 am

      Sedap zik…kalau ko makan mesti xnk balk rumah muahahaha

  • bujang3 bujang3 http:bujang3.wordpress.com Posted on: August 07, 2010 at 11:59 am

    sedap tuuuu!!! rehat perlu rehat… kita bukan robot yang boleh kerja 24 jam sehari… 7 hari semingguuuu!!!

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:10 pm

      betul tu bujang. Mungkin rehat kali ini kan menambahkan produktiviti aku sebagai pelajar dan juga sebagai seorang blogger

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 07, 2010 at 12:12 pm

    Padang besar!!..syurga jersey murah….duit byk memang seronok shopping kat situ

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:11 pm

      Tahu xpe. Setiap kali pergi mesti ade sehelai 2 aku angkat. Member aku dari KL sampai belanja rm1k just beli jersey hehehehe

  • ibnujusup ibnujusup http://geniusreality.com Posted on: August 07, 2010 at 1:03 pm

    wow..bestnye bro…:-) dah lame x rase lakse utara,,,last skali rase 8 tahun lepas… kat kl ade gak, tapi x sekaw yg ori nye…

    memg kene rehat ni, rase cam nak pitam je… :-)
    cool pemadangan tu, kat kl ni asap je nampak…

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:12 pm

      Laksa ori kuala perlis, memang susah nak cari di tempat lain huhuhu. Pemandangan kat perlis still terbaik dari segi kampung dan juga suasana kehijauan. Datangla sini lepak2 huhuhu

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: August 07, 2010 at 1:06 pm

    terbaik tu, rehat minda dan rehat fizikal…pergh, bila pulak nak merasa lagi laksa kuala perlis ni…memang 1st class :D

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:12 pm

      Bro pernah rasa ke dulu? kat mana?

  • wanmus wanmus http://www.wanmus.com Posted on: August 07, 2010 at 3:36 pm

    waaahh..dah mantap bro..siap bawak mak bapak datang jalan2 tu..hoho..anak bertuah..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:13 pm

      Hehehehe thanks mus. setahun sekali je biasanya aku berpeluang camni. Diorang pun bz dengan hal sendiri kan

  • khairolghani khairolghani http://khairolghani.com Posted on: August 07, 2010 at 6:34 pm

    seronoknya dapat bawa mak ayah jalan2..semoga semuanya berjalan lancar..kim salam kat diorang..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:14 pm

      Thanks kay. aku dah sampaikan salam aku kat diaorang. Diorang kem salam ko balik. masih ingat lagi mak ayah aku kat ko hehehehe

  • aziq aziq http://www.karipap.tk Posted on: August 07, 2010 at 6:56 pm

    rehatlah banyak-banyak bro.rehatkan minda and fizikal.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:15 pm

      thanks aziq. dah penat berjalan dan berehat ni haaa. hahahaha. pasni boleh la focus kat pelajaran dengan blogging

  • Blinkky Blinkky http://blinkky.com Posted on: August 08, 2010 at 12:07 am

    Rehat kejap tak pe. Boleh merehatkan badan dan juga minda =)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:16 pm

      Yup, minda rehat bila fizikal kita rehat. lepas rehat baru boleh kerja dengan lebih kuat lagi =)

  • hanif hanif http://mohdhanif.com Posted on: August 08, 2010 at 12:59 am

    Selamat beristirehat bersama keluarga bro,teringin lak aku nak makan laksa kuala perlis,bole lawan laksa johor tak?hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:16 pm

      Macam x leh la wan la nep. Bagi kau laksa johor masih terbaik dari ladang! hehehehe. spegeti tu huhuhu ade klass gitu

  • ishak ishak http://www.ishakhasimi.com/ Posted on: August 08, 2010 at 11:13 am

    memang perlukan rehat bro..lebih 2 lagi bulan puasa ni ,memang segalanya berehat seketika sebulan

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:17 pm

      yup berehat sebelumtibanya puasa. Masa puasa adalah masa mencari duit raya =)

  • naz naz http://www.nazaiman.com Posted on: August 08, 2010 at 3:47 pm

    uhh uhh. ye, aku dpt feel tu. wahaha

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:17 pm

      Really? ko memang sehati dan sejiwa dengan aku naz hehehehe uhhhhh

  • Shaffik Shaffik http://shaffik.com Posted on: August 09, 2010 at 12:15 am

    Bestnye berjalan. Aku pula sedang mencari masa yang sesuai untuk bawak anak n isteri aku berjalan….Inysallah satu hari nanti..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:18 pm

      Lepas raya la bro x pun hujung tahun. tu masa terbaik!

  • Shukor Shukor http://shukorsubahir.com/blog Posted on: August 10, 2010 at 1:21 am

    mangga dengan pulut santan…hmmm, bset tu.

    Boleh jadi salah satu menu utk buka puasa Ramadhan ni… kuikuikui :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 10, 2010 at 6:20 pm

      Hehehehe, sedap kor. lagi2 time mangga tu sejuk..uhhhh mencengkam jiwa bila makan beb hahahaha

  • Hadi Rofiee Hadi Rofiee http://www.hadirofiee.com Posted on: August 10, 2010 at 8:36 pm

    Salam sejahtera.

    Pertama sekali, terima kasih byk2 sbb berkunjung ke blog saya. Trimas. ;-)

    Berkenaan artikel ini, benar. Rehat amat diperlukan. tapi jangan rehat lama2 pula. apa2 pun, rehat seketika setelah penat melakukan sesuatu adalah penting. ;-)

    Salam Ramadhan.

  • yusri yusri http://yusriwahab.blogspot.com Posted on: March 19, 2011 at 8:55 pm

    salam boy, mintak izin ambik gambar boy. ada masa datang la ke blog saya…

    Serius aku cemburu

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: March 22, 2011 at 9:46 pm

      Heheheh takdak hal. gambar tu pun aku cilok kat luar jgak =P

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.