Resmi Padi: Aku, engkau dan dia
Posted by boy_bersahaje on September 5th 2010
Setiap hari, kita akan sentiasa belajar dari kesilapan. Bukan setiap hari tetapi, hampir setiap masa (bagi mereka yang benar-benar sedar). Memang setiap manusia dikurniakan pelbagai kelebihan di antara satu dengan yang lain. Ada yang pandai berbudi, ada yang pandai berbahasa. Tidak kurang hebat yang selalu merendahkan diri dalam semua aspek kehidupan.
Penahkah kamu orang mendengar pepatah:
Sembunyikanlah kebaikan sama seperti kamu menyembunyikan keburukan diri mu
Adakah kebaikkan itu hanyalah semata-mata narrow kepada sedekah, solat dan beribadat?
Tetapi, aku suka mengingatkan diri aku bahawa, kita bukanlah yang terbaik dan terbagus. Kalau hari ini, boy_bersahaje menceritakan tahap kebijakkan dalam mendominasi google, tidak mustahil, satu hari nanti boy_bersahaje akan bercerita kisah web nya yang ditampar oleh google!
Manusia itu bijak. Kebijaksanaan mereka menilai satu-satu cerita rekaan atau gurauan sinis memang tidak dapat disangkal. Melainkan mereka yang berpura-pura buat tak tahu semata-mata untuk melayan karenah kamu sama seperti monyet. Ya, monyet.
Hidup seorang blogger, atau si pencerita, menceritakan sesuau hal melalui entri seperti ini. Kita menonjolkan imej sebagai blogger bersahaje atau blogger yang kononya cool. Dan sebab itu, kita juga kadang-kadang terpaksa berpura-pura menjadi seorang yang cool walhal, keadaan itu sebenarnya hanya mempamerkan kelemahan dan kebodohan kita sendiri.
Bersikap jujur itu baik. Bersifat sopan itu keindahan budi. Bersikap peramah itu membuang rasa kejanggalan…
Merasa diri terbaik, adalah semangat. Menunjuk diri terbaik, adalah persaingan. Membanggakan diri sebagai yang terbaik adalah takbur…
Susah bagi seseorang untuk mengikut resmi padi…Makin berisi, makin menunduk.
Tetapi ramai yang lebih gemarkan sesuatu yang seperti tin kosong…Makin kosong makin memekak.
Sebabnya?
Bagi mereka, dunia bloggers adalah dunia glamer dan bukannya dunia penulisan…
Bagi mereka, dunia bloggers adalah dunia wannabe! dan bukan be your self…
Bagi mereka, dunia bloggers adalah dunia berlakon! dan bukan kejujuran…
Bagi mereka dunia bloggers adalah dunia traffic! dan bukan seni keikhlasan…
Bagi mereka dunia bloggers adalah dunia menunjuk! dan bukan dunia perkongsian…
Resmi padi bertujuan menghilangkan rasa ketaksuban pada diri sendiri. Atau, mengingatkan mereka yang terlalu ghairah mengharap pujian dari manusia.
Atau mengingatkan mereka yang merasakan diri sentiasa bagus dan terbaik
Aku menulis bukan kerna nama? Atau aku menulis kerana publisiti murahan? Tidak menghormati pembaca, memaki dan menghamun pihak-pihak lain?
Bloggers kental adalah bloggers yang berdiri di atas namanya sendiri dan bukan cuma tempias dari mereka yang berjaya.
Bloggers kental adalah bloggers yang tidak takut pada kutukan dan hentaman dari pihak lain.
Bloggers kental bukan mengaggungkan pujian.
Bloggers kental bukan wannabe (terikut-ikut gaya yang lain)
Bloggers kental…
p/s: Resmi padi dalam under construction
Posted in Bersahaje, Featured

Ada rakan baik aku cakap..
pokok padi menunduk sbb berat sangat menanggung beban padi yang semakin membunting.
dia tidak terikat dgn maksud n perumpamaan org2 lama. lbh baik ikut Al-Quran n hadis katanya.
tapi aku mmg nak jadi blogger yg kental. masih jauh lagi langkah tp insyaAllah..aku takkan ada erti kalah.
Ic, thanks mir. Mungkin lepas ni aku boleh buat satu entri mengenai pepatah yan diambil daripada al-Quran.
Jadi bloggers memang senang. tetapi untuk mengekalkan imej yang baik dan bagus (tanpa berlakon) memang agak susah.
Bloggers kental…
hehe..betul2…bloggers kental..masih jauh lagi nak sampai ke tahap tu…buat kepentingan lain dulu
kena tampar berapa kali dah dengan pakcik g?
dah berpuluh kali yan.Hasil try & error
Kadangkala aku tertanya sendiri, begitu banyak istilah yang diberikan kepada blogger, adakah aku termasuk dalam salah satu daripadanya? semoga jawapan itu akan kuperolehi juga suatu masa nanti.
Mudah2an zil. Istilah itu bukanlah sebagai pedoman atau batu pengukur, tetapi penting sebagai benchmark untuk menjadi yang lebih bagus dan elak daripada bersifat sombong
Salam sejahtera Boy_Bersahaje.
Saya suka artikel ini, khususnya pada keratan ini:
”Susah bagi seseorang untuk mengikut resmi padi…Makin berisi, makin menunduk.
Tetapi ramai yang lebih gemarkan sesuatu yang seperti tin kosong…Makin kosong makin memekak”.
p.s: sangat memberi pengajaran kepadaku.
Bloggers yang lebih tin kosong bertindak begitu dengan harapan pembaca akan mengaggkatnya. Dia mungkin tak sedar perbuatan itu sebenarnya diperhati dan hanya digelakkan sahaja oleh sesetengah pihak. Orang kata, ‘budak baru nak naik’
Bila dia dah kenal game sebenar, mungkinmasa itu dia akan perlahan-lahan berubah.
p/s: Juga mengingatkan diri aku sendiri
Adakah itu b’maksud: jadilah diri anda sendiri. Pendapat drpd Bro?
Be your self dan jangan mengharapkan pujian dari orang
Terima kasih byk2 kerana perkongsian ini.
i’Allah, blogger kental.
aku sangat suka dengan penulisan ko boy, apa yang penting ialah matlamat semasa mula masuk dalam dunia blogger
adakah kerana minat? bagi aku minat adalah perkara penting, bukannya sebab gilakan duit, trafik dan pujian..
then kat sini lah anda patut menjadi resmi padi, menunduk sebab berisi
Thanks bang atas view yg sangat iklas. Saya belajar something dari ayat2 abg tu
blogger kental semua entrinya mantap3..
mudah2an
aku selalu dengar pung pang pung pang kat facebook. haha. aku feel ko boy, mmg tak perlu sgt pung pang pung pang, yg penting take action. aku suka quote sorg blogger oversea “just shut up & make money!”
Yezza..shut up shut up shut up…tapi success..memang terbaik!
Harap kita semua dijauhkan dari sifat sombong dan lupa diri ini kerana semakin banyak yang kita pelajari barulah kita sedar yang lebih banyak perkara yang tidak kita ketahui
Yup, orang bijak pandai dan berakal tidak akan merendahkan orang lain dan tidak akan meninggikian diri sendiri
hidup seorang blogger perlu kental dan sentiasa positive thinking.. teruskan usaha boy…
bila balik kg??
hari khamis lepas aku balik zik. dah ade kat jb dah
. ko balik mane? dah balik lom?
best tulisan nie boy..walaupun aku baru baca hari nie..tapi ia sangat-sangat mengingatkan aku tentang kenapa aku berblogging…
terbaik lut…kenapa ko berblogging lut?
jujurnya..dalam kepala aku. mula2 pasal duit je…hahaha…sbb tue satu ketika aku penah frust dan give up…hahaha..
salam boy. sgt menarik topic ni. buat sy tersedar. membawa sy mengenal diri sendiri. dlm maknanya. terima kasih atas perkongsian. =)