Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun

Posted by bersahaje on August 19th 2010

ringgit malaysia Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun

Alhamdulillah, kini rakyat Malaysia boleh tersenyum setelah 13 tahun, ringgit Malaysia kini berjaya pada kedudukan tertinggi, RM3.18 berbanding dolar Amerika . Pengumuman ini dibuat oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semalam (18 Ogos 2010).

Kita haruslah berbangga kerana pengukuhan nilai Ringgit ini berlaku semasa dunia sedang mengalami masalah kegawatan ekonomi. Kadar tinggi nilai ringgit ini memberikan kuasa membeli yang tinggi kepada rakyat.

Tetapi, apakah maknanya jika tahap inflasi negara kita ini semakin meningkat?

Jauh di sudut hati aku agak kecewa sedikit dengan berita ini. Walaupun ia adalah berita yang sangat baik. Sebabnya, sudah pasti penukaran duit paypal akan bertambah kecil nilainya dengan nilai sebelum ini. Pada sebelum ini perbezaan antara ringgit Malaysia dengan USD ialah setinggi RM3.2++.

Hendak mengetahui perkembangan USD semasa beserta dengan konsultasi ringkas? Boleh layari blog Boss. Lihat pada sidebar blog terebut, dan kamu akan jumpa ‘Notis Board‘  yang memberikan idea, sama ada, telah tiba masa untuk cash out duit paypal atau tidak, bergantung pada tukaran mata wang Amerika yang terkini icon smile Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun . Sungguh bersahaje!

Sebab itu kita digalakkan untuk mula mengumpul emas sebagai simpanan pada masa depan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa sistem kapitalis ini.

emas kelantan Ringgit Malaysia: Paras tertinggi untuk 13 tahun

Sesungguhnya, wang yang kita simpan hanyalah berbentuk helaian kertas yang tidak ubah sama seperti resit pembayaran yang kita terima selepas membuat bayaran..Nik Aziz

Ia tidak mempunyai nilai sandaran sebenar! Yang disandarkan hanyalah pada tahap ekonomi dunia yang dikawal sepenuhnya oleh Zionist kaparat.

Walaupun begitu, kita sebagai blogger atau pencari income tambahan di internet, harus la bijak mengawal dan menguruskan perniagaan yang beroperasi mengunakan mata wang USD.

Sebagai contoh, sudah masa nya menaikkan sedikit harga barangan atau servis yang kita jual dan sediakan. Pada masa ini lah, kreativiti diperlukan. Selari dengan kenaikan harga tersebut, tambah lah sesuatu seperti hadiah, bonus atau cenderahati sebagai langkah untuk memujuk hati pelanggan.

Bagaimana pula dengan kamu? Suka, sedih, bersahaje atau tiada perasaan mengenai berita ini?

Posted in Bersahaje, Featured

Comments

  • zik zik http://zikrihusaini.com Posted on: August 19, 2010 at 10:29 pm

    dikatakan tun dr mahadir ada banyak simpan emas… tak pasti dekat mana dia simpan… kira macam orang2 dulu simpan emas… aku emas duit syiling adala..hehe , memang aku nak beli emas nie…tapi ada jer tiap bulan dugaan…. motor meragam…. bayar itu ini… dah habis….

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 19, 2010 at 10:53 pm

      Tun memang banyak simpan emas kat luar. Lagipun, dia antara orang terawal yang sedar akan hal ini. Xpa zik kalau kita dah niat, I’allah akan dapat juga satu hari nanti. just struggle for it

  • mijie mijie http://www.muhammadtarmizi.com Posted on: August 19, 2010 at 10:31 pm

    hari tu aku nak widthraw paypal, tgk rate paypal bagi 3.09, sedih siot jadi aku pun jual je paypal kat WC, heheeheh dpt la lebih skit

    itulah kesan kepada blogger yg main international dan urusan dalam usd

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 19, 2010 at 10:57 pm

      Yup, memang smart langkah tu bang. jual ka forum dari cash out melalui bank. Kalau tak parah gak kita ni hehehehe

  • Shaun Shaun http://www.wp-engine.com Posted on: August 19, 2010 at 10:52 pm

    Making sure comments form is now working as expected.

  • ash ash http://YourWebsite Posted on: August 19, 2010 at 11:37 pm

    Xpela, nanti hantaran ney kite pkai emas tau yg. Utk mase hadapan :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 19, 2010 at 11:45 pm

      Boleh I’allah. kan kita dah plan camtu sayang :)

  • kulanz kulanz http://kulanzsalleh.com Posted on: August 19, 2010 at 11:54 pm

    mata wang kukuh, tapi kita juga yang tak pandai kukuh ni..
    setakat ni aku tak simpan banyak emas.. paling2 pun cincin hantaran masa kahwin dulu.. nak kumpul jugalah lepas ni :)

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 5:49 am

      Heheheehe cincin hantaran tu bukan wife yang punye ke? hehhehee

  • zuls zuls http://zulseffort.com Posted on: August 20, 2010 at 12:19 am

    kupasan menarik, aku pun rasa tak best sebab hal ni, baru jer terfikir nak kuarkan duit dari paypal. Tapi pada masa sama rasa gembira, kalau ringgit kukuh , aku rasa ekonomi makin baik, jadi saham juga makin naik.

  • zool zool http://ligakampung.com Posted on: August 20, 2010 at 12:32 am

    Ye la paypal pun kureng bila nak withdraw kan.. Tapi takpe .. yang penting masyuk.. kurang sikit anggaplah bukan rezeki kita.

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 5:50 am

      rezeki mungkin banyak lagi disebabkan ekonomi semakin kukuh

  • sofian sofian http://www.sofiancheisa.com/blog Posted on: August 20, 2010 at 12:35 am

    huhu..jem macam ni…tapi on contrary boleh amik servis murah2 kan..hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 5:50 am

      huhuhuhu…murah untuk USD la. tapi kalau ringgit still sama kot

  • Dila.13 Dila.13 http://writer-4-hire.net Posted on: August 20, 2010 at 12:39 am

    idea bernas untuk kasi bonus! maybe lepas ni kenalah kasi satu dua artikel percuma kalau client buat bulk order :)

  • etomyam etomyam http://myjazmanie.com Posted on: August 20, 2010 at 12:52 am

    tak tahu berapa lama nilai tu boleh maintain, takut lepas ni jatuh pulak

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 5:51 am

      tol gak tu…keadaan sekarang memang susah nak maintain

  • mrnamie mrnamie http://mrnamie.com Posted on: August 20, 2010 at 2:16 am

    teringin jugak nak buat simpanan dalam bentuk emas ni ek.. hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 5:53 am

      bagus bro untuk masa depan…memang harga sentiasa mantap. orang yahudi dah lama mula simpan emas. dah x lame lagi USD memang jatuh dan terus jatuh sampai dah x lagi dijadikan matawang dunia

  • Maliq Maliq http://drmaliq.com/ Posted on: August 20, 2010 at 6:16 am

    kalo berita ringgit mengukuh, rasa sedih pulak masa nak cash out adsense
    kalo dengar berita ringgit jatuh, rasa happy lah pulak nak cashout adsense

    hurmm….

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 12:50 pm

      samelah ape yang aku rasa. tapi, perasaan tu macam tak betul cos we should proud as a malaysian. dah pening ni hahahaha

      • Dila.13 Dila.13 http://www.writer-4-hire.net Posted on: August 21, 2010 at 11:02 am

        hahaha.. pening tak tau nak memihakkan ‘hapiness’ tu kat belah mana ye? hehe.. kalau per-click adsense tu kita sendiri boleh control, sure kita naikkan rate per-click tu kan? :P

  • Nine Nine http://nine.gapuranetwork.net/ Posted on: August 20, 2010 at 7:35 am

    bila baca komen baru aku tahu Tun ada banyak simpan emas kat luar ek..bijak ye..aku cuma ada satu cincin jer kat jari, tu pun cincin suasa..

    sebab tu aku duk rasa emas penting skrg, sebab mak aku pun simpan semua dalam bank barang kemas ye…

    sorry kut out of topic bro..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 12:52 pm

      xpe bro. nice share. sebenarnya pelaburan emas ni bukan kita beli barang kemas. sebab ia merugikan dengan kos workmanship @ upah. kita digalakkan beli emas pure 916/ 999 dalam bentuk jongkong. sebab nilainya tak banyak turun dalam 3-5% berbanding dengan emas perhaisan boleh jatuh sehingga 30% bnyak nya

  • khairolghani khairolghani http://khairolghani.com Posted on: August 20, 2010 at 8:16 am

    aku pun dalam perkiraan nak buat pelaburan emas..duit pun ada,tunggu masa sesuai sikit..lagipun tak habis baca lagi pasal pelaburan emas..takut silap percaturan..

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 12:54 pm

      lepas baca, better dapatkan nasihat dari yang pakar. itu pun lagi bagus kan?

  • miziology miziology http://mizhaclan.com Posted on: August 20, 2010 at 10:09 am

    aku pun sama mcm ko la boy.. aku gembira sbb nilai RM kita meningkat tapi agak down sikit la utk tukaran USD ke RM hehe

    • boy_bersahaje boy_bersahaje Posted on: August 20, 2010 at 12:56 pm

      hehehehe…semua yang main USD mesti sedih nye la…tak sama dah macam tahun lepas yang samok je memanjang hehehehe

  • ray ban ray ban http://www.rayban-malaysia.com Posted on: August 20, 2010 at 1:21 pm

    google adsense lepas ni xdapat seperti dulu lagi la hehehehe

  • boss boss http://www.hujanbatu.com Posted on: August 20, 2010 at 4:13 pm

    boy, exchange rate memang teruk giler.. skarang.. 1usd=rm3.13 .. aduhai.. memang sakit jiwa tengok.. yea betul inilah masa untuk menaikkan harga service dan jualan..

  • madlut madlut http://www.madlut.com Posted on: August 21, 2010 at 3:20 am

    nie la akibatnya main pasaran international eh..hehe..janji still 3. kira bolehla..walaupun…dah tak sebanyak dulu, huhuhu

Got an opinion ?

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback URL:

Copyright © 2010 Reza Mohyin.