written by boy_bersahaje on July 4th 2011

Alhamdulillah, selepas detik-detik yang paling indah pada bulan lepas- upacara pernikahan bersama isteri tercinta; kini hidup aku lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Rasa lebih tenang dan semangat kembali pulih dari hari ke hari. Motivasi yang sentiasa tinggi dalam hal kerja dan juga kehidupan seharian. terima kasih isteri yang sentiasa memberi semangat dan sumber inspirasi untuk otak aku kembali bekerja dan berfikiran lebih optimis.
Banyak try & error yang telah terjadi pada tahun lepas. Orang cakap kalau tak buat, kita tak akan rasa dan grab experience. That’s true. dari situ, lebih banyak aku belajar dari kesilapan. Kesilapan yang memberi 1001 jalan dan idea untuk terus berfikiran positif tanpa pandang belakang.
Mungkin entri ini bukanlah tip blogging terbaik yang aku kongsikan. Tetapi hanyalah sebuah diari yang lebih ke arah motivasi; sama ada untuk diri aku dan juga untuk pembaca rezamohyindotcom. (more…)
Posted in Arena Blogging, Bersahaje, tip blogging terbaik
written by boy_bersahaje on November 7th 2010
Oppsss! Aku minta maaf di atas keterlanjuran sikap aku yang membiarkan RezaMohyinDotCom ini menjadi pusat ternakan burung merpati dan juga tikus
. Bukan disengajakan, maklumlah sekarang aku sudah pun mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pekerja kilang. Masa sangat lah suntuk aku meng online kan diri.
Masuk kerja bermula jam 8.30am dan berakhir pada jam 6.00pm. Itulah rutin harian aku bekerja sebagai seorang pencacai di kilang milik warga Amerika. Bukan bermakna aku sudah hilang minat dengan dunia bisnes online, tetapi bagi aku belum masanya untuk aku menyerahkan sepenuh masa aku bekerja sendiri sebagai usahawan internet sepenuh masa. Sampai masa dan target, I’allah segalanya akan terjawab.
Namun begitu, beberapa siri eBook percuma telah pun bermula penulisanya. Ya, masih lagi dalam niche SEO tetapi aku akan mengetengahkan eCommerce atau shopping cart sebagai satu medium terbaru dalam penulisan tersebut. Mungkin ia adalah sesuatu yang agak mencabar untuk aku yang masih terkial-kial, tetapi itulah cabaran yang membuatkan ia lebih seronok untuk diteroka
. (more…)
Posted in Arena Blogging, Bersahaje, Shopping cart
written by boy_bersahaje on October 22nd 2010
Masih ingat lagi entri Forum Survey: Kawan-kawan Tolong Saya Boleh?
Setelah berhempas pulas bersama mengharungi badai yang menggila (cewah ayat macam penyajak!) akhirnya, satu forum khas yang membincangkan mengenai webmaster dan blogging telah berjaya ditubuhkan. Berkat kerjasama rakan-rakan dan bloggers pakar yang lain
Oh ya, janganlah kamu orang berfikiran ini bukan untuk kamu. Walaupun kamu masih baru dalam bidang ini, inilah peluang untuk bertanya dan berkongsi apa jua permasalahan dan pendapat. Dari sini I’allah aku sebagai founder akan berusaha mencari mereka yang lebih arif untuk menyelesaikan permasalahan atau apa jua bentuk perkongsian.
Setakat ini, ada lebih kurang 15 moderator yang akan memantau segala aktiviti kita di forum tersebut. Memantau bermakna meihat dan membantu, menulis dan berkongsi, bersosial dan mengeratkan silaturrahim sesama bloggers dan webmasters.
(more…)
Posted in Arena Blogging, Google, Killerbackinkbuilding, RezaMohyinDotCom, SEO