Boleh Saya Bantu?: Tiba Masa Kamu Bertanya Sekarang

written by bersahaje on September 24th 2010

Selepas kejayaan beberapa entri lepas yang banyak menceritakan mengenai backlinks dan SEO, sedikit kepuasan telah pun tercapai. Apa yang aku tahu, tanpa segan silu aku luahkan. Perbincangan demi perbincangan mengenai keywords, Meta Tags, bounce rate dan asas SEO telah pun berlangsung.

Tetapi, timbul juga beberapa kesangsian dalam hati aku mengatakan bahawa, ada lagi perkara yang masih lagi kabur. Tidak kira lah sama ada skop tersebut melibatkan produk, SEO, backlinks atau blogging.

Maka dengan itu, terbitlah entri ini dalam membantu aku dan juga kamu-pembaca RezaMohyinDotCom; untuk membincangkan beberapa topik yang bakal diterbitkan di sini. Topik tersebut adalah mengenai permasalahan kamu yang berkaitan dengan SEO, produk mahu pun blogging. (more…)

Posted in Arena Blogging, RezaMohyinDotCom, SEO

Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

written by bersahaje on September 15th 2010

Pernah kah kamu dengan semangatnya mencari keywords EMAS yang selalu diperkatakan, tetapi akhirnya menemui jalan buntu?

Percayalah, 85% kebanyakan kecundang di tengah jalan dan hanya 12-13% sahaja yang berjaya. Ini bukanlah satu perkara yang aneh icon smile Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

kajian Keyword Keywords Research: Apa Langkah Seterusnya?

Entri ini adalah kesinambungan untuk entri Keywords research: 4 perkara yang terpenting.

Keywords research adalah perkara yang paling kritikal yang perlu diberi perhatian. Aku suka mengibaratkan keywords research ini umpama mencari tanah yang strategi untuk membuka bisnes baru.

Sebagai contoh, ingin membuka stesyen minyak, perlukan kawasan yang mempunyai lalu lintas yang agak sibuk dan mudah untuk kereta berhenti. Kalau ingin membuka dobi, ia perlukan kawasan yang kebanyakkan nya terdiri daripada golongan bujang dan sibuk seperti student, kawasan penempatan baru dan foreigner. (more…)

Posted in Arena Blogging, SEO

Aidilfitri: Misi Yang Tercapai

written by bersahaje on September 11th 2010

impian tercapai Aidilfitri: Misi Yang Tercapai

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca RezaMohyinDotCom icon smile Aidilfitri: Misi Yang Tercapai . Maaf zahir dan batin aku. Kalau ada tersilap dan terkasar bahasa selama aku menulis blog ini, harap kamu orang maafkan ya.

Alhamdulillah, puasa dah pun berakhir, raya pula yang muncul. Sebelum berpuasa, sebenarnya, aku telah set target untuk RezaMohyinDotCom. Target tersebut bukanlah sesuatu yang besar. Tetapi cukuplah dengan hanya melihat impak dan perubahan yang positif untuk blog ini.

Beberapa uji-kaji juga telah aku buat untuk melihat perubahan trend dan traffic pembaca RezaMohyinDotCom. Berikut adalah hasil yang aku target sebaik selesai sahaja bulan Ramadan:

  1. Alexa rank meningkat antara 100,000-300,000
  2. Memahami waktu yang terbaik untuk post setiap entri
  3. Menulis sekurang-kurangnya 1 entri setiap hari (more…)
Posted in Arena Blogging, Bersahaje
Copyright © 2010 Reza Mohyin.