Rahsia Kahwin: Jangan di Salah Erti

written by boy_bersahaje on September 12th 2011

perkahwinan1 Rahsia Kahwin: Jangan di Salah Erti

Semakin lama, usia kita semakin bertambah. Pemikiran dan cara hidup juga akan berubah. Salah satu perubahan dalam hidup yang kita akan kecapi adalah alam perkahwinan. Alam di mana tanggungjawab bertambah, perasaan cinta yang halal, kasih yang tidak berbelah-bahagi dan juga sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan si isteri atau suami yang tercinta selagi ia masih tidak bercanggah dengan tuntutan syara’.

Sebagai masyarakat yang bertanggunjawab, kita hendaklah sentiasa memberikan sokongan kepada pasangan-pasangan yang baru berumah-tangga. Terutama sekali rakan-rakan terdekat. Sokongan bermaksud, memahami jadual waktu yang semakin ketat untuk melepak, bersuka-ria- sama seperti di zaman bujang dan remaja. Aku terlahir di kalangan rakan-rakan yang hidup di alam asrama. Ikatan persahabatan kami boleh dikatakan kuat. Makan sepinggan, hidup susah bersama, suka bersama dan menangis bersama-sama. Bila mengenangkan zaman tersebut hampir pupus, kadang-kadang rasa sedih datang. Banyak masa rakan kita akan lebih bersama dengan keluarga mereka. Ini adalah tanggungjawab yang memang tidak boleh diabaikan. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari

Raya 2011: Pastinya Suasana Berbeza Buat Aku

written by boy_bersahaje on August 25th 2011

Sedar tak sedar, sekarang sudah masuk minggu terakhir berpuasa. Lagi 5 hari sahaja lagi (semasa post ini ditulis) untuk kita menyambut Aidilfitri yang mulia. Pelbagai pengalaman manis yang semestinya menjadi kenangan terindah Ramdan tahun ini. Antaranya ialah aku yang sudah bertukar status icon smile Raya 2011: Pastinya Suasana Berbeza Buat Aku , berpuasa di kilang dan puasa full di rumah; Johor Bahru.

P4100189 1024x768 Raya 2011: Pastinya Suasana Berbeza Buat Aku

Kalau dulu, puasa bujang-bujang, ikut suka je nak buka atau sahur apa. Rokok sebatang pun dah boleh dengan air seteguk dua. Tapi sekarang dah berubah sikit, at least kurma sebiji dua dengan air. Walaupun isteri berada 800 km++, tapi perasaan tetap berlainan jika dibandingkan dengan dulu. Zakat fitrah tahun ni untuk kawasan Johor Bahru ialah rm7.50. Tapi aku bayar rm15 =). Rasa seronok lain macam. Benda baru kan, semuanya jadi excited semacam. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari

Ahad: Esok dah Kerja Semula

written by boy_bersahaje on July 24th 2011

quality time 300x225 Ahad: Esok dah Kerja Semula

=)

Bagi mereka yang dah bekerja, hari Sabtu dan Ahad adalah hari terbaik untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta. Ada juga pada hari Sabtu yang bekerja. Hari Ahad dan Sabtu adalah hari yang sangat dinanti-nantikan. Walaupun bidadari aku berada jauh dari aku, banyak juga aktiviti yang boleh aku jalankan di rumah. Hampir 90% waktu aku dihabiskan di rumah. Tengok movies, makan-makan, kemas rumah dan bilik, basuh baju dan yang paling utama, buat kerja naikkan ranking blogs dan juga client’s web.

Kalau dulu, masa remaja, masa sebelum kahwin, banyak masa aku dihabiskan untuk lepak luar dengan teman-teman. Tengok wayang, karoke, ngeteh dan paling banyak; main senuker. Kadang-kadang balik rumah lewat malam. Biasalah, darah masih muda, semua nak rasa. Bila fikirkan balik, rasa sayang pula masa yang telah dibazirkan. Kalaulah digunakan sepenuhnya kepada hal yang berfaedah, mesti banyak untungnya $$$. (more…)

Posted in Bersahaje, Diari
Copyright © 2010 Reza Mohyin.